Mudahnya Booking Hotel Online
Salam dears… Bila nak pergi bercuti atau nak book hotel, korang suka buat tempahan secara online atau telefon hotel? Well, kalau Mama memang lebih suka buat booking hotel online je. Sebab bagi Mama booking hotel atau resort secara online ni adalah satu kemudahan yang patut digunakan bila mencari tempat yang sesuai untuk bercuti atau pun untuk work purpose / business trip.
Tapi Mama rasa mesti ada diantara korang yang masih ragu-ragu nak tempah hotel secara online ni kan? Mungkin ada yang rasa booking online ni macam tak berapa selamat. Atau ada yang tak pasti nak guna laman web yang mana sebab ada banyak website untuk book hotel online kan?
Mungkin sebab tu lah masih ramai yang lebih suka walk in atau buat tempahan melalui telefon ke hotel ja. Tapi…bila buat gitu, kemungkinan besar akan dapat harga yang lebih mahal daripada online tau. So..kalau nak tau camna nak cari cheap hotel booking korang boleh teruskan membaca okey
Salah satu laman web yang korang boleh survey ialah Traveloka
Kenapa Nak Book Hotel Online?
Sapa yang ada pengalaman book hotel online atau cari best offer untuk hotel yang korang nak stay? Korang tau tak, kat negara lain dah lama dah diorang book hotel secara online ni. Cuma kat Malaysia ni ianya boleh dianggap masih baru gak lah.
Mungkin sebab ramai tak pakai kad debit untuk buat pembelian online, risau tentang keselamatan transaksi online. Tapi bab keselamatan sekarang dah makin power, so dah tak risau sangat. Bagi Mama sebenarnya lebih mudah nak beli atau buat tempahan secara online. Tapi pastikan korang ikut arahan ciri ciri keselatamatan lah.
Kalau ada orang tanya kenapa nak buat online booking? Well firstly kita dapat jimat duit dan masa kita. Bayangkan…tengah berjogging sambil pakai fon pun kita boleh book hotel, atau survey untuk bandingkan harga hotel-hotel yang ada. Kita dah tak payah call setiap hotel yang ada dalam list semata mata nak tanya pasal harga dan promosi.
Booking online ni juga lebih mudah dan fleksibel sebab ‘dihujung jari’ je korang dan boleh pilih hotel ikut kehendak dan bajet korang. Tambahan plak, boleh juga check dan baca review hotel yang ada dalam list tu. Lebih mudah lah nak pilih ikut keselesaan.
Check dan baca review dulu tau sebelum book hotel online
Kalau dah terang terang ada review yang negatif daripada pelanggan yang pernah menginap kat hotel tu, haaa pangkah je lah daripada list korang. Tak payah pening pening nak tanya merata hotel ni ok tak, hotel tu ok tak? Semuanya di hujung jari saja
Disamping tu, lebih mudah untuk check maklumat berkaitan bilik yang ditempah tu. Boleh check apa yang termasuk dalam booking korang contohnya harga tu termasuk sarapan atau tidak? Nak check terms & conditions pun senang contohnya boleh duduk berapa orang, bila check in and check out.
Sebaiknya baca betul betul semua T&C sebelum booking tau, jangan main redah buat booking. Tengok dan baca betul betul supaya tak rosakkan mood masa bercuti nanti kalau last minute baru tau benda yang korang harapkan tu tak ada.
Korang jugak boleh check harga yang perlu dibayar tanpa sebarang kos-kos tersembunyi. So lagi senang nak bajet dan standby duit kan. Tapi kena ingat, kalau lambat buat booking…harga boleh naik tau. So Mama nak pesan, kalau dah ada hotel yang berkenan tu dan kena dengan bajet korang, baik cepat cepat buat booking jer. Lambat kang melepas plak harga tu kan
Untuk payment method biasanya boleh bayar pakai kad kredit atau debit. Senang kan? Macam shopping online jer. Cuma pastikan ada baki yang cukup dalam bank akaun korang, kalau tak cukup acaner nak bayar kan? hehe
Haa selain daripada check T&C, bila book online ni mudah sebab boleh check apa kemudahan yang ada kat hotel tu. Contohnya ada seterika tak? Ye laa kadang kadang kita nak iron baju tapi hotel tu takdak iron kan naya tu. Lagi satu, pastikan ada wifi atau tidak sebab Mama tau zaman sekarang ni kan kalau takde wifi korang mesti meroyan kan? Hahaha
And yang paling bestnya, boleh booking hotel di seluruh dunia! Bukan Malaysia jer, so seluruh muka bumi ni korang boleh jelajah sekali hehe. Dah tak payah bayar bil telefon mahal mahal nak booking hotel di London dah hehe. Segalanya dihujung jari je sekarang ni.
Nak tau apa hotel yang ada, search ja kat Internet. Contohnya nak cari hotel kat Port Dickson lah katakan, korang search ja kat google macam Lexus Hibiscus Port Dickson Hotel booking, kalau nak hotel lain korang tukar je lah nama hotel tu.
Lexis Hibiscus Port Dickson
Bestnya lah bilik ada private pool gini
Mama teringin nak bawa si kembar bercuti di tepi pantai lagi. Hopefully lenkali ada laa rezeki nak menginap di Lexis Hibiscus ni
Kesimpulannya, tempahan penginapan secara online amatlah senang! Asalkan ada line Internet, ada komputer atau smartphone, kat mana mana atau bila bila masa saja boleh buat booking kan? Jimat masa dan jimat duit. So apa lagi, jom ler survey next holiday korang. Have fun!
143 total views, 42 views today
The post Mudahnya Booking Hotel Online appeared first on Mama Kembar Tiga.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mamakembartiga.com/2019/04/mudahnya-booking-hotel-online.html/