Mudah Faham Bersatu Sekarang Ibarat Parti Sesumpah Kan Boleh Berubah Anytime


Penambahan kenyataan Marzuki Yahya berkenaan keputusan mesyuarat MPT Bersatu pada akhir Februari lalu, serta kuasa Dr Mahathir Mohamad selaku pengerusi parti

Seorang pemimpin Pemuda Bersatu (Armada) menyangkal dakwaan bahawa keputusan untuk keluar daripada PH memang telah dibuat oleh kepemimpinan tertinggi parti itu

Ketua Penerangan Armada Ulya Aqamah Husamudin, berkata Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu memang membincangkan sama ada untuk keluar PH atau tidak, pada 23 Februari lalu

Bagaimanapun Ulya mendakwa ketetapan MPT ketika itu adalah untuk memberi masa kepada pengerusi Dr Mahathir Mohamad bagi memutuskan perkara berkenaan

Sehingga hari ini, MPT masih belum menetapkan apa-apa hubungan politik secara formal

Oleh kerana tiada gabungan politik yang dipersetujui oleh MPT, tidak salah untuk model kerajaan Kedah diguna pakai, iaitu PH bersama Bersatu, katanya yang juga anggota MPT parti itu, dalam kenyataan hari ini

Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan Bersatu Radzi Jidin, yang mendakwa keputusan untuk keluar PH diputuskan MPT dalam mesyuarat 23 Februari lalu

Radzi berkata mana-mana ahli yang ingkar terhadap dasar dan keputusan parti, termasuk sengaja menyertai gabungan parti-parti lain yang bercanggah dengan pendirian parti, boleh digugurkan keahliannya

Dalam pada itu, Ulya mendakwa yang Bersatu tidak pernah bersetuju untuk mengadakan kerjasama dengan Umno, PAS ataupun Perikatan Nasional (PN)

Beliau turut mendakwa MPT juga hanya bersetuju dengan Mahathir sebagai calon perdana menteri daripada Bersatu

“Justeru itu, apabila ahli Parlimen Bersatu yang lain menghantar nama kedua, tindakan itu telah melanggar ketetapan MPT

“Penting untuk maklum MPT tidak pernah mengubah pendirian ini (calon perdana menteri),” katanya lagi

Dalam pada itu, seorang lagi pemimpin Bersatu Marzuki Yahya dalam kenyataan berasingan, turut mendakwa perkara sama

Dua perkara amat jelas diputuskan dalam mesyuarat terakhir MPT pada 24 Februari, iaitu sebulat suara menolak peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai pengerusi, dan sebulat suara menamakan beliau sebagai calon tunggal perdana menteri

Mesyuarat MPT pada 23 Februari, tiada keputusan rasmi untuk Bersatu keluar daripada PH. Walaupun perkara tersebut dibahaskan tetapi akhirnya keputusan sebulat suara memberi sepenuhnya kepecayaan kepada Dr Mahathir selaku pengerusi untuk membuat keputusan, jelasnya, yang menyangkal kenyataan Radzi

Beliau juga mendakwa MPT Bersatu tidak pernah bersetuju untuk mengadakan sebarang hubungan dengan Umno dan PAS

Untuk rekod, Jawatan Marzuki sebagai setiausaha agung Bersatu kini dalam pertikaian, susulan pergeseran antara Mahathir dengan presiden parti, Muhyiddin Yassin

Muhyiddin memecat Marzuki dan melantik Hamzah Zainuddin sebagai setiausaha agung pada 18 Mac lalu. Bagaimanapun Mahathir berkata pemecatan itu terbatal dan tidak sah kerana tidak memenuhi peraturan parti

'Pengerusi ada kuasa'
Marzuki turut menyangkal kenyataan Radzi bahawa Mahathir tidak mempunyai kuasa untuk menandatangani kenyataan bersama PH dan Warisan bagi pihak Bersatu, yang menurutnya bercanggah dengan pendirian parti itu

Kenyataan itu berkenaan tuntutan agar sidang Dewan Rakyat yang seterusnya diadakan selama dua minggu, bukan hanya sehari seperti yang ditetapkan pada masa ini

"Pemimpin utama parti dan kuasa mutlak untuk memimpin Bersatu adalah Dr Mahathir selaku pengerusi, selari dengan prinsip kedaulatan undang-undang dan perlembagaan parti

"Ia selaras dengan Fasal 16.2 parti bahawa tugas-tugas pengerusi adalah menjadi pengerusi dan pemimpin utama parti yang bertanggungjawab menjamin kelicinan keseluruhan perjalanan pentadbiran serta dasar parti," katanya lagi

Berkenaan kenyataan Radzi bahawa ahli yang ingkar dengan keputusan parti boleh terlucut keahlian, Marzuki berkata Fasal 10.2.3 Perlembagaan Bersatu tidak terpakai dalam isu itu

"Persoalan saya kepada Radzi, siapa yang langgar keputusan MPT?...Sebagai ketua penerangan yang ada dalam mesyuarat MPT, beliau seharusnya berpegang teguh kepada keputusan mesyuarat, bukan membelakanginya," katanya lagi

Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/05/mudah-faham-bersatu-sekarang-ibarat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lagi Lagi Berubah Lagi Sekarang Semua Transportasi Boleh Dipakai Mudik

Lagi Lagi Berubah Lagi Sekarang Semua Transportasi Boleh Dipakai Mudik

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 245 hits
Pemerintah akan kembali memberikan izin operasi untuk berbagai transportasi untuk mengangkut penumpang ke luar daerah Hal ini dilakukan setelah larangan operasi transportasi diberlakukan dalam mencegah mudik Menteri Perhubungan Budi Karya S...
Bersatu Johor Boleh Dapat Jawatan Mb Semula

Bersatu Johor Boleh Dapat Jawatan Mb Semula

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 245 hits
BERSATU Johor Boleh Dapat Jawatan MB Semula Sekarang ini Johor sedang bergolak Isu pembahagian jawatan GLC sedang dipertikaikan oleh pendokong2 BERSATU Khabarnya mereka melihat pembahagian ini adalah tidak adil kepada mereka Pendokong pendo...
Bayi Kurang Sihat Amp Mudah Sakit Ini Sebab Orang Luar Tak Boleh Sesuka Hati Menciumnya

Bayi Kurang Sihat Amp Mudah Sakit Ini Sebab Orang Luar Tak Boleh Sesuka Hati Menciumnya

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 384 hits
Setiap bayi yang dilahirkan pastinya akan menerima kunjungan ramai tetamu Pernahkah ibu ayah melihat mereka melakukan ciuman mulut pada wajah bayi kerana jatuh hati dengan kecomelan anak kecil anda yang berbau harum seperti syurga Pastinya ...
Dari Parti Utama Bersatu Kini Underdog Di Johor

Dari Parti Utama Bersatu Kini Underdog Di Johor

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 217 hits
Ng Xiang Yi Dua bulan selepas mengambil alih kuasa keretakan sudah kelihatan dalam gabungan Perikatan Nasional dengan perselisihan antara Bersatu dengan Umno di Johor Bagi adun Bukit Batu daripada PKR Jimmy Puah ia adalah balasan terhadap B...
Masalah Dengan Umno Johor Boleh Tular Ke Negeri Lain Kata Pemimpin Bersatu

Masalah Dengan Umno Johor Boleh Tular Ke Negeri Lain Kata Pemimpin Bersatu

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 512 hits
Mohd Farhan Darwis PERTELINGKAHAN dengan Umno di Johor perlu diselesaikan segera untuk mengelakkan masalah itu merebak ke negeri lain kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Wan Saiful Wan Jan Katanya masalah itu boleh menular memandang...
Ahli Parti Bersatu Pening Kepala Mana Satu Nak Sokong

Ahli Parti Bersatu Pening Kepala Mana Satu Nak Sokong

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 321 hits
MPT Bersatu tak pernah buat keputusan keluar PH KEMASKINI 11 34PM Penambahan kenyataan Marzuki Yahya berkenaan keputusan mesyuarat MPT Bersatu pada akhir Februari lalu serta kuasa Dr Mahathir Mohamad selaku pengerusi parti Seorang pemimpin ...
Why Debate Ge Seats Now As Gov T Focuses On Health Economic Crises Bersatu Man

Why Debate Ge Seats Now As Gov T Focuses On Health Economic Crises Bersatu Man

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 363 hits
Bersatu supreme council member Dr Muhammad Faiz Na aman took aim at fellow Bersatu leader and party deputy president Mukhriz Mahathir for allegedly politicking at a time when the Perikatan Nasional government was focussed on overcoming the ...
Bersatu Boleh Kembali Bersama Ph Salahuddin Ayub

Bersatu Boleh Kembali Bersama Ph Salahuddin Ayub

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 269 hits
Kerajaan Perikatan Nasional Johor yang semakin bergolak memungkinkan berlakunya pembubaran Dewan Undangan Negeri sebagaimana yang diinginkan Umno Namun Pakatan Harapan Johor menawarkan pilihan yang lebih mudah iaitu Bersatu kembali membentu...
Doktor Kongsi Rahsia Sahur Yang Boleh Bagi Kenyang Sampai Pukul 6 Mudah Dicuba

Doktor Kongsi Rahsia Sahur Yang Boleh Bagi Kenyang Sampai Pukul 6 Mudah Dicuba

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 382 hits
Bukan senang nak kekal bertenaga pada bulan puasa Waktu makan sahur antara waktu yang sangat penting bagi memastikan kita kekal bertenaga walaupun berpuasa pada siang hari Baca Pemilihan pemakanan juga penting ketika sahur Pastikan pilih ma...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri