Muazzin Terkentut Ketika Sedang Melaungkan Azan



Soalan:
Saya bertugas sebagai seorang bilal di salah sebuah masjid. Ada satu hari tu saya bertugas, semasa sedang khusyuk melaungkan azan, tiba-tiba saya terkentut. Adakah saya perlu teruskan azan atau berhenti untuk ambil wudhu’? Tolong saya ustaz sebab bila terkentut, hilang habis khusyuk saya untuk azan. Mohon pencerahan.

Jawapan:
Azan merupakan salah satu daripada syiar Islam yang sangat besar. Dari segi syarak ianya bermaskud perkataan yang khusus yang mana ianya dilaungkan untuk memberitahu tentang telah masuknya waktu solat fardu. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Malik Bin Al-Huwairith. Kata beliau:

أَتَيْتُ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- أَنَا وَصَاحِبٌ لِى فَلَمَّا أَرَدْنَا الإِقْفَالَ مِنْ عِنْدِهِ قَالَ لَنَا إِذَا حَضَرَتِ الصَّلاَةُ فَأَذِّنَا ثُمَّ أَقِيمَا وَلْيَؤُمَّكُمَا أَكْبَرُكُمَا
Aku dan sahabatku datang untuk bertemu dengan Nabi SAW. Apabila kami mahu pulang, Rasulullah SAW bersabda: “Jika masuk waktu solat maka azanlah dan kemudian laungkan iqamah. Biarkan orang yang paling tua dari kalangan kalian yang menjadi imam.” [Riwayat Muslim (1570)]

Imam Al-Nawawi menyebut bahawa hadis ini menjadi dalil bahawa wajib untuk sentiasa menjaga syiar azan sama ada ketika bermusafir mahupun berada di kawasan tempat tinggal. (Rujuk Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 2/175)

Walaupun nampak ringan, namun ianya merupakan syiar yang tidak boleh ditinggalkan. Sehinggakan Nabi SAW menggalakkan umatnya untuk menjadi salah seorang yang melaungkan syiar yang mulia ini. Perkara ini dapat dilihat melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah. Kata beliau bahawa Nabi SAW bersabda:

لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الْأَوَّلِ ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلَّا أَنْ يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لَاسْتَهَمُوا وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِي التَّهْجِيرِ لَاسْتَبَقُوا إِلَيْهِ وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِي الْعَتَمَةِ وَالصُّبْحِ لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا
“Kalaulah manusia tahu (kelebihan) azan dan saf yang pertama, mereka tidak mendapatinya melainkan dengan undian nescaya mereka akan mengundi. Kalaulah mereka tahu kelebihan bersegera menunaikan solat, nescaya mereka akan segera menunaikannya. Jika mereka tahu kelebihan solat isyak dan subuh (secara berjemaah), maka mereka datang walaupun secara merangkak.” [Riwayat Al-Bukhari (615) & Muslim (1009)]

Ada beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk menjadikan azan yang dialungkan itu sah. Antara syarat-syarat tersebut ialah:

Islam. Iaitu muazzin mesti seorang Muslim.Berakal.Seorang yang mumayyiz.Lelaki.Menguatkan suara ketika azan.Masuk waktu solat.Muazzin tahu tentang waktu solat.Berturutan (Muawalah) di antara kalimah azan.Mengikut susunan kalimah azan (tertib).
Oleh itu mana-mana syarat yang tidak dipenuhi maka azan tersebut tidak sah.

Kembali kepada persoalan yang dikemukakan, jika seseorang terkentut atau terbatal wudhu’nya ketika melaungkan azan maka azannya tetap sah. Ini kerana bersuci daripada hadas bukan syarat sah azan. Seseorang yang melaungkan azan tanpa berwudhu’, azannya tetap sah namun perbuatan tersebut adalah perbuatan yang makruh. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW:

إِنِّي كَرِهْتُ أَنْ أَذْكُرَ اللَّهَ إِلاَّ عَلَى طُهْرٍ
“Aku tidak suka menyebut nama Allah kecuali aku berada dalam keadaan yang bersih (suci daripada hadas).” [Riwayat Ibnu Hibban (806)]

Atas sebab itu, jika seseorang terkentut semasa melaungkan maka teruskan sahaja azan, ambil wudhu’ semula setelah selesai melaungkan azan. Namun, jika dia memberhentikan azan serta merta untuk mengambil wudhu’, dia mesti melaungkan azan daripada awal bukan menyambung kembali kalimah azan yang dia berhenti tadi.

Imam Al-Nawawi menukilkan perkataan Imam Al-Syafi’i di mana beliau menyebut jika seseorang memulakan azan dalam keadaan dia telah berwudhu’ kemudian terbatal wudhu’nya, dia hanya perlu teruskan azannya dan jangan berhentikan azan yang sedang dilaungkannya itu. Namun jika dia berhenti dan pergi mengambil wudhu’ kemudian kembali untuk melaungkan azan dia boleh menyambung kembali azannya akan tetapi lebih baik dia mula dari awal kalimah azan.

Imam Al-Nawawi kemudian menyambung lagi dengan menyebut bahawa pandangan ashab di dalam mazhab Syafi’i adalah perlu mula semula dari awal kalimah azan bukannya menyambung kembali kalimah yang di berhenti tadi supaya orang ramai tidak menganggap dia bermain-main dengan kalimah azan. (Rujuk Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab, 3/98).

Begitu juga apabila dia berhenti untuk pergi mengambil wudhu’, tidak boleh untuk orang lain menyambung azannya.

Al-Khatib Al-Syarbini menyebut: “Disyaratkan di dalam azan agar ianya dilaungkan oleh seorang muazzin sahaja. Tidak boleh menyambung azan yang dilaungkan oleh orang lain kerana ianya dilaungkan oleh dua orang dan takut-takut akan menimbulkan kekeliruan.” (Rujuk Mughni Al-Muhtaj Ila Ma’rifah Ma’ani Alfaz Al-Minhaj, 1/136)

Kesimpulannya, jika saudara sedang melaungkan azan kemudian terkentut, azan yang dilaungkan tetap sah. Pergilah berwudhu’ setelah selesai melaungkan azan. Namun, jika saudara berhenti kemudian pergi untuk berwudhu’, laungkan azan bermula dari awal kalimah bukan menyambung semula kalimah ketika berhenti tadi. Begitu juga orang lain tidak dibenarkan untuk menyambung kalimah azan yang terhenti ketika saudara pergi mengambil wudhu’.

Semoga Allah memberikan kita kefahaman di dalam agama-Nya. Wallahu’alam.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/07/muazzin-terkentut-ketika-sedang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seorang Maut Seorang Lagi Cedera Parah Jatuh 40 Kaki Ketika Sedang Selfie

Seorang Maut Seorang Lagi Cedera Parah Jatuh 40 Kaki Ketika Sedang Selfie

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 554 hits
Pelancong berusia 24 tahun itu maut apabila terjatuh ke atas konkrit SEORANG pelancong Britain maut manakala seorang lagi rakannya cedera parah apabila terjatuh dari ketinggian 40 kaki ketika sedang berselfie Ketika kejadian kedua dua merek...
Pakai Kasut Bawa Anjing Berlari Lari Dalam Masjid Ketika Orang Sedang Solat

Pakai Kasut Bawa Anjing Berlari Lari Dalam Masjid Ketika Orang Sedang Solat

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 365 hits
Tular di media sosial samada di dalam Facebook atau Twitter beberapa rakaman menunjukkan seorang wanita masuk ke dalam masjid dengan membawa seekor anjing dan memakai kasut Pakai Kasut Bawa Anjing Berlari Lari Dalam Masjid Ketika Orang Seda...
Mengapa Wanita Jadi Lebih Sering Buang Air Besar Ketika Sedang Menstruasi

Mengapa Wanita Jadi Lebih Sering Buang Air Besar Ketika Sedang Menstruasi

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 311 hits
Salah satu hal yang kerap dialami oleh banyak wanita ketika menstruasi adalah berupa dorongan untuk buang air besar Hal ini biasa dialami wanita pada hari pertama menstruasi dan membuat mereka berlama lama di kamar mandi
Remaja Perempuan Maut Buaian Gergasi Patah Dan Terhempas Ketika Sedang Berhayun

Remaja Perempuan Maut Buaian Gergasi Patah Dan Terhempas Ketika Sedang Berhayun

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 459 hits
Video rakaman kejadian menunjukkan buaian gergasi di sebuah pusat hiburan patah ketika sedang berhayun menyebabkan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun maut di tempat kejadian Tragedi yang dilaporkan berlaku di Jizzakh Uzbekistan itu m...
Jawatan Utama Perkhidmatan Awam Psc Sedang Kaji Tentukan Proses Pelantikan

Jawatan Utama Perkhidmatan Awam Psc Sedang Kaji Tentukan Proses Pelantikan

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 338 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Pdip Klaim Sedang Panen Kader Terbaik Siap Isi Kabinet Jokowi Ma Ruf

Pdip Klaim Sedang Panen Kader Terbaik Siap Isi Kabinet Jokowi Ma Ruf

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 251 hits
Disinggung sosok potensial PDIP yang akan menjabat jabatan tertentu Zuhairi mengaku belum ada pembahasan lebih lanjut Ia menuturkan memilih sosok untuk masuk ke pemerintahan adalah hak prerogatif presiden dan Ketua Umum PDIP Megawati Soekar...
Menelusuri Kampus Master Sang Ketua Dpr Yang Sedang Diperdebatkan

Menelusuri Kampus Master Sang Ketua Dpr Yang Sedang Diperdebatkan

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 210 hits
Sebelumnya kader muda Partai Golkar Jakarta Agus Harta mempertanyakan almamater Bamsoet itu Dia mengaku sudah menelusuri di mana IM Newport Indonesia tidak ada website resminya
Filem Akira Arahan Taika Waititi Kini Sedang Mencari Pelakon Berketurunan Asia Jepun

Filem Akira Arahan Taika Waititi Kini Sedang Mencari Pelakon Berketurunan Asia Jepun

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 448 hits
Nampaknya peminat peminat manga anime Akira tidak perlu risau mengenai masalah whitewashing dalam filem live action Akira terbitan Warner Bros Menurut senarai casting call yang dikeluarkan laman Backstage com Warner Bros kini sedang mencari...
Pegawai Kanan As Dakwa Sedang Membersihkan Nama Huawei Selepas Tidak Lagi Disenarai Hitam

Pegawai Kanan As Dakwa Sedang Membersihkan Nama Huawei Selepas Tidak Lagi Disenarai Hitam

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 313 hits
Baru baru ini tular tentang Syarikat Huawei didakwa telah menyaman Amerika Syarikat kerana telah menyita peralatan telekomunikasi di dalam negara tersebut Bagaimanapun seorang pegawai kanan Amerika Syarikat telah memberi satu kenyataan berk...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti