Muat Naik Video Dakwa Ciq Di Jb Dirempuh Polis Ambil Keterangan Fuziah


Bernama    Polis sudah mengambil keterangan Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh Jumaat lepas bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kebanjiran warga Malaysia yang pulang dari Singapura di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamed, berkata catatan bersama sebuah rakaman video berhubung dakwaan itu dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook menggunakan nama ‘Fuziah Salleh’.

Menurutnya, Imigresen Johor turut menafikan dakwaan itu dan membuat laporan polis.

“Gajet (peralatan) digunakan untuk memuat naik kenyataan berkenaan dirampas dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, siasatan diklasifikasikan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan masing-masing kerana fitnah dan mendatangkan khianat awam serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Sementara itu, Fuziah dalam kenyataannya semalam berkata beliau telah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dengan memberi keterangan terhadap siasatan video yang telah dimuat naik melalui akaun Facebook.

“Kini pihak berkuasa sedang membuat siasatan lanjut dan saya menegaskan komitmen untuk memberikan kerjasama sewajarnya. Pada masa yang sama, saya menggesa pihak media untuk berhenti membesarkan isu ini sehingga siasatan selesai,” kata Fauziah dalam kenyataannya itu.

Sementara itu, seorang wanita berumur 48 tahun ditahan semalam kerana dipercayai memuat naik dua kenyataan (catatan) menerusi akaun Facebooknya ‘Wendy Shoo Wai Ching’, yang berunsurkan hasutan serta boleh menggugat keamanan negara.

Huzir berkata, pihaknya turut merampas gajet yang digunakan suspek untuk memuat naik kenyataan itu bagi membantu siasatan.

Siasatan diklasifikasikan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan masing-masing kerana kecenderungan menghasut dan sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Siasatan masih diteruskan dan hasil siasatan akan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara untuk mendapatkan arahan selanjutnya,” katanya.

Beliau turut menggesa orang ramai untuk tidak membuat, menerbitkan atau mengedarkan sebarang kenyataan, khabar angin termasuk berita yang mempunyai kecenderungan menghasut serta boleh mendatangkan suasana tidak harmoni, perpecahan, perasaan permusuhan serta mengganggu-gugat ketenteraman dan keselamatan awam.

“Polis juga tidak akan berkompromi ke atas mana-mana pihak yang sengaja mencuba melakukan pecah keamanan dan tindakan tegas akan diambil bagi mengheret pesalah ke muka pengadilan,” katanya.-Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/04/muat-naik-video-dakwa-ciq-di-jb.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Parlimen Akan Dipanggil Beri Keterangan Jika Didapati Muat Naik Video Cetus Kegusaran Awam

Ahli Parlimen Akan Dipanggil Beri Keterangan Jika Didapati Muat Naik Video Cetus Kegusaran Awam

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 300 hits
Polis akan menyemak satu laman Facebook yang didakwa memuat naik kandungan video yang mencetuskan kegusaran orang ramai sebelum memanggil seorang Ahli Parlimen yang juga bekas timbalan menteri untuk memberi keterangan Ketua Polis Johor Datu...
Fuziah Salleh Beri Keterangan Isu Video Tular

Fuziah Salleh Beri Keterangan Isu Video Tular

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 363 hits
Fuziah Salleh Beri Keterangan Isu Video Tular Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh telah pun direkodkan keterangannya kepada pihak PDRM Fuziah Salleh Beri Keterangan Isu Video Tular Keterangan ini adalah berhubung rakaman video orang ramai m...
Padah Muat Naik Status Doa Polis Kena Covid 19 Gadis Didenda Rm10 Ribu Penjara 3 Bulan

Padah Muat Naik Status Doa Polis Kena Covid 19 Gadis Didenda Rm10 Ribu Penjara 3 Bulan

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 303 hits
Terdahulu tular kisah seorang gadis yang naik angin selepas disuruh pulang ke rumah oleh pihak polis ketika tempoh PKP sehinggakan membuatkan dia bertindak menulis status di Facebook berbaur hinaan terhadap anggota polis Gadis yang dikenali...
Muat Naik Kenyataan Berbaur Hasutan Wendy Shoo Wai Ching Ditahan Polis

Muat Naik Kenyataan Berbaur Hasutan Wendy Shoo Wai Ching Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 637 hits
Polis menahan seorang wanita tempatan berusia 48 tahun yang dipercayai memuat naik dua kenyataan berunsur hasutan dan mengaibkan kerajaan di laman media sosial Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed suspek ...
Wendy Shoo Wai Ching Ditahan Polis Muat Naik Kenyataan Hasutan Di Fb

Wendy Shoo Wai Ching Ditahan Polis Muat Naik Kenyataan Hasutan Di Fb

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 258 hits
Polis menahan seorang wanita tempatan berusia 48 tahun yang dipercayai memuat naik dua kenyataan berunsur hasutan dan mengaibkan kerajaan di laman media sosial Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed suspek ...
Enam Individu Dipanggil Rakam Keterangan Kes Kehilangan Duit Syed Saddiq Polis

Enam Individu Dipanggil Rakam Keterangan Kes Kehilangan Duit Syed Saddiq Polis

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 252 hits
Polis akan mengambil keterangan enam individu berhubung kehilangan wang tunai berjumlah RM250 000 milik Ketua Armada Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di kediamannya di kampung Tunku pada Ahad lalu Kesemua enam individu itu akan dipangg...
Aliff Syukri Dedah Surat Tuntutan Cerai Muat Naik Status Sedih

Aliff Syukri Dedah Surat Tuntutan Cerai Muat Naik Status Sedih

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 320 hits
Kemelut rumah tangga usahawan kosmeti Datuk Seri Aliff Syukri kembali hangat diperkatakan apabila surat tuntutan cerai Datin Seri Nur Shahida tersebar di The post appeared first on
Polis Perak Ambil Keterangan Exco Negeri Hadir Jamuan Di Lenggong Esok

Polis Perak Ambil Keterangan Exco Negeri Hadir Jamuan Di Lenggong Esok

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 1231 hits
IPOH Polis Perak akan mengambil keterangan seorang anggota exco kerajaan negeri bersama beberapa individu selepas gambar mereka tular di media sosial menghadiri jamuan bersama seorang timbalan menteri di sebuah maahad tahfiz di Lenggong pet...
Covid19 Polis Siasat Fuziah Salleh Kerana Sebar Fake News

Covid19 Polis Siasat Fuziah Salleh Kerana Sebar Fake News

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 374 hits
Polis akan membuka kertas siasatan terhadap seorang bekas timbalan menteri yang juga Ahli Parlimen di sebuah negeri di Pantai Timur berikutan menyiarkan video dengan keterangan palsu di akaun Facebooknya malam tadi sehingga menyebabkan kegu...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Pkr Datang Dari Jalanan Jangan Halang Rakyat Berhimpun Hassan Karim

Tips Memilih Mesin Minuman Untuk Cafe Dan Restoran

Minggu Asperasi Dan Kecemerlangan Pelajar 2024 2025

Anwar Tak Mahu Najib Alami Nasib Sama Di Penjara

Jualan Biskut Raya 2025

A Culinary Journey Through The Heart Of Southeast Asia