Muafakat Nasional Retak Menanti Belah Di Terengganu Azan Ismail








Pengakuan yang dibuat oleh Pengerusi Umno Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said baru-baru ini bahawa tidak berlaku kerjasama antara kepimpinan Pas dan Umno di Terengganu menggugat Muafakat Nasional (MN) di negeri itu.

Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Azan Ismail, masalah dalam MN di negeri kaya petroleum berkenaan 'ibarat retak menanti belah'

Katanya, Umno dan Pas sangat sukar untuk bekerjasama kerana permusuhan sejak 1980an lalu akibat Amanat Hj Hadi yang mengkafirkan orang Umno.

Sejak itu, katanya, Umno sentiasa melihat Pas dengan penuh curiga dan begitu juga sebaliknya bagi orang Pas sebarang urusan dengan penyokong Umno sukar diterima.

"Apa yang disebut oleh Datuk Seri Ahmad Said adalah manifestasi keadaan sebenar di akar umbi secara menyeluruh di Terengganu. Sejarah perbalahan Pas dan Umno ini memakan masa beberapa dekad. Pernah berlaku solat Jumaat diadakan dua kali kerana imam yang berbeza politik, malah berlaku penceraian sebab politik dan banyak lagi yang tidak selesai sampai sekarang.

"Kisah isu kerjasama antara Pas dan Umno ini kelihatan cantik di peringkat pusat, yang dirangka oleh Presiden Pas sendiri. Sedangkan dahulu dia juga yang menanamkan doktrin menolak Umno bukan kerana politik, tetapi Umno ini kafir dan tidak boleh diterima.

"Kesilapan ini dilakukan oleh Pas kerana mereka menggunakan agama untuk meraih sokongan politik. Akhirnya perkara ini tertanam begitu teguh dalam kehidupan harian masyarakat luar bandar, terutamanya Melayu di Terengganu," kata Azan ketika dihubungi Suara Keadilan.

Menurut Azan, masalah peringkat akar umbi Pas dan Umno di Terengganu tidak mungkin boleh diselesaikan dalam beberapa tahun. Jika ditekan oleh pimpinan atasan sekali pun, katanya berkemungkinan ahli bawahan akan mengambil tindakan bertentangan, terutama pada waktu pilihan raya dan hari mengundi.

Beliau turut tidak menolak akan berlaku sabotaj dalam kedua-dua parti sekiranya keputusan pihak atasan tidak sejalan dengan kehendak ahli bawahan

Mengulas percubaan Bersatu untuk meletak calon pula, bagi Azan, masalah itu seperti menuang petrol kepada api yang sedang menyala. Selain, kerusi Umno tidak begitu banyak yang sanggup dikorbankan oleh Pas, beberapa DUN pula akan terpaksa diberi kepada calon yang pernah berkhianat kepada Umno pada suatu ketika.

"Bersatu ini parti serpihan dan tak ramai ahli dalam parti itu. Ahli Umno yang keluar pun tak ramai, di Terengganu Umno gelarkan Bersatu parti nyamuk, mereka tidak boleh duduk semeja malah benci membenci.

"Hal ini kerana ahli-ahli Umno yang keluar parti ini dulu pegang jawatan kecil sahaja tetapi bila sertai Bersatu ada yang diangkat sebagai Pengerusi GLC (dalam Kerajaan Persekutuan) dan diberi jawatan yang besar. Ini menjadikan cemburu Umno pada Bersatu memuncak dan mustahil untuk bekerjasama serta akan diberi kerusi oleh Umno

"Saya anggap Bersatu akan alami nasib agak menyedihkan dalam pilihan raya akan datang dari segi pengagihan kerusi yang mana Pas tak akan beri apa-apa kerusi dan Umno juga tidak akan bertolak ansur untuk beri apa-apa kerusi," kata Azan lagi.

Untuk rekod, sebelum ini perselisihan kerusi agak meruncing apabila Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Samsuri membayangkan Pas akan mengekalkan kedudukan di 6 kerusi parlimen dan meninggalkan Umno hanya 2 kerusi untuk ditandingi. Sekiranya Bersatu ingin mencelah maka mungkin Umno akan bertanding hanya 1 kerusi.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/08/muafakat-nasional-retak-menanti-belah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Bn Terengganu Tidak Sebulu Muafakat Nasional Retak Menanti Belah

Pas Bn Terengganu Tidak Sebulu Muafakat Nasional Retak Menanti Belah

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 332 hits
Nazhan ZulkifliMuafakat Nasional di Terengganu ibarat retak menanti belah seperti dapat dilihat dalam pertengkaran antara bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said yang juga Pengerusi Umno negeri dengan Adun Bukit Tunggal Dr Alias Razak sem...
Muafakat Nasional Bergelora Di Terengganu

Muafakat Nasional Bergelora Di Terengganu

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 300 hits
Pengakuan yang dibuat oleh Pengerusi Umno Terengganu Datuk Seri Ahmad Said baru baru ini bahawa tidak berlaku kerjasama antara kepimpinan Pas dan Umno di Terengganu menggugat Muafakat Nasional di negeri itu Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan Ne...
Umno Grassroots Against Ppbm Joining Muafakat Nasional Says Tok Mat

Umno Grassroots Against Ppbm Joining Muafakat Nasional Says Tok Mat

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 331 hits
Tok Mat says he has received a lot of feedback from the grassroots who are not comfortable with the idea of PPBM joining Muafakat Nasional PETALING JAYA Umno deputy president Mohamad Hasan today said the party s grassroots are not comfortab...
Tidak Perlu Ada Abang Long Dalam Muafakat Nasional Dr Samsuri

Tidak Perlu Ada Abang Long Dalam Muafakat Nasional Dr Samsuri

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 248 hits
KUALA TERENGGANU 16 Ogos Menteri Besar Dato Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengingatkan pihak yang menyertai Muafakat Nasional supaya memahami hasrat dan tujuan sebenar pakatan itu dalam perjuangan politik negara Menurut beliau apabila tiga ...
Bersatu Boleh Khianati Muafakat Nasional

Bersatu Boleh Khianati Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 436 hits
Aku amat setuju dengan pandangan Zamil Ibrahim penyertaan Bersatu kedalam Muafakat Nasional amat merbahaya kepada MN kerana didalam Bersatu terdapat ramai pengkhianat pengkhianat parti Hamzah Zainuddin dan lain lain memenangi kerusi mereka ...
6 Ahli Parlimen Amanah Bersama Bersatu Sertai Muafakat Nasional

6 Ahli Parlimen Amanah Bersama Bersatu Sertai Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 504 hits
Enam Ahli Parlimen Amanah dijangka akan keluar parti untuk bersama Bersatu menyertai Muafakat Nasional Difahamkan kumpulan itu akan diketuai bekas Menteri YB Salahuddin Ayub yang juga Ahli Parlimen Pulai Selain itu YB Hasanuddin Mohd Yunus ...
Akar Umbi Umno Kurang Senang Bersatu Sertai Muafakat Nasional Tok Mat

Akar Umbi Umno Kurang Senang Bersatu Sertai Muafakat Nasional Tok Mat

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 422 hits
Astro AwaniOgos 18 2020 Mohamad berkata pandangan semua pihak perlu diambil kira memandangkan isu berkenaan adalah satu keputusan besar buat parti itu Gambar failSEREMBAN Hasrat Parti Pribumi Bersatu Malaysia menyertai Muafakat Nasional men...
Takiyuddin Pas Umno Presidents Have Officially Invited Bersatu To Join Muafakat Nasional

Takiyuddin Pas Umno Presidents Have Officially Invited Bersatu To Join Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 384 hits
The presidents of PAS and Umno had sent signed letters inviting Parti Pribumi Bersatu Malaysia to officially join the Muafakat Nasional pact PAS secretary general Datuk Takiyuddin Hassan said Speaking to the media here the de facto law mini...
Hakikat Mengapa Ahli Ahli Parlimen Bersatu Pkr Dan Pan Ingin Menyertai Muafakat Nasional Menjelang Pru 15

Hakikat Mengapa Ahli Ahli Parlimen Bersatu Pkr Dan Pan Ingin Menyertai Muafakat Nasional Menjelang Pru 15

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 463 hits
Oleh Isham JalilHari ini ada ura ura bahawa beberapa pemimpin Parti Amanah Negara akan menyertai Muafakat Nasional Parti Bersatu juga telah membuat keputusan untuk menyertai MN minggu lepas Seorang menteri Bersatu berkata bahawa ada kemungk...
Sabah Umno Chief Confident In Party S 34 Year Struggle And Revival

Buffet Ramadan 2025 Fraser Place Puteri Harbour

Alyph Feat Ziana Zain Gerak Chord

Penerangan Jenis Jenis Gangguan Seksual Kanak Kanak Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

Alyssa Dezek Ara Aziz Qadejah Aliff Syukri Cik B Raya Genz Chord

Kadar Zakat Fitrah 2025m 1446h Setiap Negeri

Indonesia Cuts Domestic Airfares For Aidilfitri Travel

Ikan Taucu Sedap Kredit Dapur Kecik Naza


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ismail Sabri Diarahkan Sprm Isytihar Harta

Mulakan Berbuka Puasa Dengan Kurma Dan Air Kosong Diikuti Dengan Makanan Ringan Seperti Sup

Xiaomi 15 Ultra Dilancar Reka Bentuk Ikonik Fokus Fotografi Harga Dari Rm5 199

Ismail Sabri Diarah Isytihar Harta Sprm Sita Wang Tunai Rm170 Juta Jongkong Emas Rm7 Juta

Ismail Sabri Sprm Dan Sejarah Berulang

15 Pantun Berbuka Puasa Klasik Bermakna Untuk Sahabat