Mrsm Asrama Penuh Tak Patut Jadi Sekolah Anak Orang Kaya Pibgn


Tujuan asal penubuhan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) untuk membantu golongan berpendapatan rendah perlu dikekalkan dan tidak sepatutnya kedua-dua sekolah itu berubah menjadi sekolah ‘anak golongan berada’.
Sehubungan itu, pemilihan pelajar ke sekolah elit itu sepatutnya tidak hanya bersandarkan kecemerlangan akademik, tetapi latar belakang serta pendapatan keluarga turut perlu diberikan perhatian.

Bagi Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Prof Madya Mohamad Ali Hasan, beliau menyambut baik langkah kerajaan untuk meluaskan kuota kemasukan sehingga 60 peratus ke SBP dan 65 peratus ke MRSM bagi pelajar daripada golongan B40 (berpendapatan rendah) mulai tahun hadapan.

Justeru beliau mahu pengambilan pelajar mematuhi dasar 60 peratus dan 65 peratus yang ditetapkan untuk mengelakkan berlakunya monopoli dalam kalangan pelajar yang bukan dalam kategori itu.

"Kalau dah ditetapkan kuota kepada pelajar B40 memasuki MRSM dan SBP, maka perlu dipastikan pihak yang menguruskan pengambilan pelajar mengikut kuota yang ditetapkan. Jika tidak mematuhi dasar, itu yang menyebabkan tempat pelajar dalam kumpulan tertentu akan diisi dengan mereka yang tidak sepatutnya," katanya kepada Bernama.

Mohamad Ali berkata ia selari dengan dasar kerajaan baharu untuk terus membantu golongan kurang berkemampuan memperoleh kemudahan pendidikan berkualiti.

Dakwaan anak dapat 6A tak ada tempat

Isu keutamaan pelajar keluarga B40 untuk memasuki SBP atau MRSM dilihat menjadi isu yang sangat sensitif dalam kalangan ibu bapa kerana ramai yang berharap untuk anak-anak mereka memasuki dua jenis sekolah itu berdasarkan merit pelajar.

Bagaimanapun, Kementerian Pendidikan dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) telah menyatakan komitmen mereka untuk memberi lebih peluang kepada pelajar daripada keluarga B40, dengan Menteri Pembangunan Luar Bandar Rina Harun sendiri menegaskan pihaknya tidak mahu MRSM dimonopoli oleh golongan elit, sehingga mengganggu peluang untuk golongan pelajar B40.

Apabila keputusan permohonan kedua-dua jenis sekolah itu bagi kemasukan ke tingkatan satu tahun depan diumumkan Jumaat lalu, media sosial dipenuhi pelbagai komen daripada ibu bapa terutama kalangan ibu bapa yang nama anak mereka tidak tersenarai.

Ada dakwaan bahawa anak mereka yang mendapat keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 6A dan aktif kokurikulum tidak mendapat tempat kerana berada dalam kelompok berpendapatan sederhana (M40) dan berpendapatan tinggi (T20) tetapi rakan anak-anak mereka yang hanya mendapat 1A diterima kerana datang daripada golongan B40.

Bagi ibu bapa yang menyokong usaha kerajaan yang mahu mengutamakan golongan B40 pula, alasan mereka pelajar dari golongan itu yang berpotensi tetapi mempunyai akses pendidikan yang terhad serta kehidupan di rumah serba kekurangan perlu dibantu untuk dapat bersaing ‘di padang yang sama rata’.

Sementara itu Mohamad Ali turut mencadangkan supaya pengambilan pelajar ke SBP dan MRSM turut difokuskan kepada pelajar di kawasan bandar bagi mengelakkan mereka daripada terdedah dengan masalah sosial di bandar.

Senada dengan Mohamad Ali, Profesor Emeritus Fakulti Pendidikan Universiti Malaya Prof Emeritus Datuk Dr Isahak Haron juga mahu kerajaan mengetatkan syarat-syarat pengambilan supaya tawaran ke SBP dan MRSM diutamakan kepada golongan B40.

"Perkara ini perlu dilaksanakan bagi mengurangkan jurang antara pelajar. Dengan adanya kuota ini juga, pelajar cemerlang dari pelbagai latar belakang pendapatan keluarga dapat menikmati pendidikan yang berkualiti," katanya.

Mengenai pembiayaan pendidikan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah yang berjaya memasuki sekolah berkenaan, Isahak berkata satu skim bantuan pelajar perlu diwujudkan bagi membantu mereka menanggung kos seperti tambang perjalanan, pembelian barangan persekolahan dan wang saku.

Timbul dakwaan ada pelajar daripada golongan B40 tidak memasuki MRSM atau SBP walaupun telah ditawarkan, kerana untuk memasuki MRSM dan SBP mereka perlu mengeluarkan belanja yang agak banyak sewaktu pendaftaran dan persediaan sebelum mendaftar, yang dianggap agak membebankan bagi golongan terbabit.

Walaupun banyak bantuan disediakan untuk pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah di MRSM dan SBP, lazimnya bantuan itu hanya diberikan selepas mereka memasuki kedua-dua jenis sekolah itu.

- Bernama
loading..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2018/12/mrsm-asrama-penuh-tak-patut-jadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mampu Bagi Bagi Kado Natal Ke Anak Anak Seluruh Dunia Seberapa Kaya Santa

Mampu Bagi Bagi Kado Natal Ke Anak Anak Seluruh Dunia Seberapa Kaya Santa

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 205 hits
Perayaan Natal tentu identik salah satunya dengan tokoh Santa Claus Dalam cerita sosok Santa akan berkeliling dunia menggunakan kereta salju membagikan hadiah kepada seluruh anak di bumi Tentunya hal ini membuat penasaran sekaya apa Santa s...
Mama Papa Tak Perlu Risau Pertama Kali Hantar Anak Ke Sekolah Cikgu Ni Berikan Pesanan Jamin Anak Selamat

Mama Papa Tak Perlu Risau Pertama Kali Hantar Anak Ke Sekolah Cikgu Ni Berikan Pesanan Jamin Anak Selamat

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 537 hits
Mama papa pastinya makin berdebar menunggu hari untuk menghantar anak ke pra sekolah atau tadika Bimbang anak ditinggalkan bersama rakan rakan yang tak dikenali menangis nak buang air dan sebagainya Semua ini makin membuatkan mama tak tidur...
Program Cuti Sekolah Biasakan Anak Dengan Library Perpustakaan Raja Tun Uda Seksyen 13 Shah Alam

Program Cuti Sekolah Biasakan Anak Dengan Library Perpustakaan Raja Tun Uda Seksyen 13 Shah Alam

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 1067 hits
PROGRAM CUTI SEKOLAH BIASAKAN ANAK DENGAN LIBRARY SEKSYEN 13 SHAH ALAM Lagi seminggu je anak anak nak kembali ke sekolah Depa dah mula bosan cuti lama sangat dok tanya bila nak sekolah Kang dah sekolah sibuk pulak bila nak cuti hahahaha Sam...
Jom Bawa Anak Anak Anda Menyaksikan Persembahan Jungle Jam Di Resorts World Genting Cuti Sekolah Ini

Jom Bawa Anak Anak Anda Menyaksikan Persembahan Jungle Jam Di Resorts World Genting Cuti Sekolah Ini

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 441 hits
Jika anda masih belum berkesempatan untuk membawa anak anak anda berjalan ketika cuti sekolah ini apa kata anda ke tempat yang yang dekat tapi memberi keseronokan kepada anak anak anda Apa kata anda bawa anak anda jalan jalan ke Resorts Wor...
Saya Perhatikan Dah Lama Jiran Saya Ni Jiran Hantar Anak Ke Sekolah Walaupun Musim Cuti Bila Ditanya Ini Sebabnya

Saya Perhatikan Dah Lama Jiran Saya Ni Jiran Hantar Anak Ke Sekolah Walaupun Musim Cuti Bila Ditanya Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 610 hits
Seperti perkongsian ini jiran berbangsa Cina memberitahu anaknya akan dihantar ke sebarang kelas untuk mempelajari skil baru Meskipun terpaksa berhabis ribuan ringgit mereka sanggup demi masa depan anak Hantar anak ke sekolah walau musim cu...
Pertama Kali Anak Nak Ke Sekolah Trik Mudah Ajar Anak Bangun Pagi

Pertama Kali Anak Nak Ke Sekolah Trik Mudah Ajar Anak Bangun Pagi

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 553 hits
Musim awal persekolahan hanya tinggal beberapa hari saja lagi Pastinya mama makin berdebar untuk menghantar anak anak ke tadika atau pra sekolah kan Pastinya pelbagai ragam anak yang merunsingkan mama Salah satunya pasti masalah untuk kejut...
Masih Berebut Sekolah Anak Nik Aziz Kesal Pihak Lain Urus Daftar Pelajar

Masih Berebut Sekolah Anak Nik Aziz Kesal Pihak Lain Urus Daftar Pelajar

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 350 hits
DENYUT REFORMASI KOTA BARU Lembaga pengarah Mahaad Darul Anuar kesal terdapat pihak tidak bertanggungjawab menguruskan pendaftaran pelajar baru tanpa izin pihaknya Menganggap satu pencerobohan bertentangan dengan syarak dan moral Nik Omar N...
Tahan Kencing Balik Sekolah Dan Berdiam Diri Rahsia Terbongkar Anak 3 Tahun Dianiayai Rakan

Tahan Kencing Balik Sekolah Dan Berdiam Diri Rahsia Terbongkar Anak 3 Tahun Dianiayai Rakan

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 433 hits
Kes membabitkan gangguan seksual ke atas kanak kanak kini menunjukkan tahap membimbangkan Semakin banyak kes dilaporkan namun tidak kurang juga kes yang didiamkan kerana kekurangan bukti selain menutup aib pihak terbabit Perkongsian dari se...
Guru Tadika Kongsi 4 Punca Anak Menangis Pada Hari Pertama Sekolah 3 Perkara Ibu Ayah Mesti Buat

Guru Tadika Kongsi 4 Punca Anak Menangis Pada Hari Pertama Sekolah 3 Perkara Ibu Ayah Mesti Buat

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 651 hits
Menangis pada hari pertama sekolah adalah kebiasaan yang akan berlaku pada hari pertama sekolah Ibu ayah jangan judge anak panik mesti tahu punca anak menangis Hari pertama persekolahan anak mendebarkan bukan sahaja kepada si anak tetapi ib...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp