Mp Saran Kerajaan Ambil Alih Bernas Untuk Tangani Krisis Beras


malaysiakini.com

Diterbitkan: Jul 4, 2022 10:45 AM
Kerajaan perlu mengambil alih pemilikan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) untuk memastikan beras untuk negara ini mencukupi dan menstabilkan harga bekalan makanan asas itu

Ahli Parlimen Wangsa Maju Dr Tan Yee Kew berkata kerajaan tidak boleh lagi mengharapkan Bernas - yang kini milik swasta sepenuhnya - untuk membantu menambah simpanan dan pengeluaran beras tempatan.

"Bernas adalah sebuah syarikat swasta sepenuhnya. Ironinya Bernas yang mengaut keuntungan besar dengan memonopoli import beras ditugaskan untuk membantu menggalakkan pengeluaran beras tempatan.

"Hakikatnya semakin rendah beras tempatan, semakin banyak Bernas boleh mengimport, dan semakin besar keuntungan mereka.

"Oleh itu, kita tidak boleh mengharapkan Bernas dengan pemilikannya sekarang untuk membantu mempromosikan pengeluaran beras tempatan," katanya.
Menurut Tan pada ketika ini harga bagi beras - sama ada import atau tempatan - hampir ditentukan sepenuhnya oleh Bernas, iaitu sebuah syarikat yang mementingkan keuntungan.

"Jika kerajaan bersungguh-sungguh dalam soal sara diri beras dan mengawal kenaikan harga bahan itu, Putrajaya mesti mendapatkan semula kawalan ke atas beras import, mengambil alih pengurusan subsidi kepada petani daripada Bernas dan perolehan beras daripada petani," katanya.

Ahli parlimen PKR itu berkata Malaysia mungkin akan menghadapi kekurangan beras - sekali gus kenaikan harga - susulan harga bahan makanan ruji itu meningkat berturut-turut untuk bulan kelima pada Mei tahun ini.

Katanya, menurut All-Rice Index dari Organisasi Makanan dan Pertanian (FAO), Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, harga eksport beras meningkat akibat daripada kekurangan petroleum, baja, gandum dan makanan yang disebabkan perang Ukraine-Rusia.

"Apabila perang berlarutan, harga dijangka meningkat. Negara-negara yang bergantung kepada import beras bagi menambah pengeluaran tempatan mereka hampir pasti akan menghadapi kekurangan bekalan dan kenaikan harga.

"Keperluan tahunan beras bagi rakyat Malaysia ialah 2.5 juta tan metrik. Pengeluaran beras negara pula sekitar 70 peratus manakala bakinya bergantung kepada import.

"Apabila perang berlarutan, kita bukan saja perlu menghadapi kenaikan harga beras tetapi juga kekurangan bekalan di pasaran," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/07/mp-saran-kerajaan-ambil-alih-bernas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Elak Krisis Inflasi Kerajaan Perlu Segera Atasi Kelemahan Ringgit

Elak Krisis Inflasi Kerajaan Perlu Segera Atasi Kelemahan Ringgit

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 280 hits
Kerajaan perlu mengambil tindakan segera dengan merangka inisiatif bagi mengatasi kelemahan nilai ringgit dan mengelak krisis inflasi terhadap negara Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata banyak langkah yang boleh dilakuk...
22 06 2022 Fokus 4 45 Panas Pakatan Harapan Desak Kerajaan Tangani

22 06 2022 Fokus 4 45 Panas Pakatan Harapan Desak Kerajaan Tangani

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 276 hits
Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam satu kenyataan menuntut kerajaan mengumumkan sepenuhnya pelan menangani isu subsidi dan kos sara hidup dalam masa 24 jam dan sekiranya gagal menteri yang bertanggungjawab wajib meletakkan jawatan
Mahfuz Kata Cara Kerajaan Tangani Kenaikan Harga Barang Melucukan Macam Maharaja Lawak

Mahfuz Kata Cara Kerajaan Tangani Kenaikan Harga Barang Melucukan Macam Maharaja Lawak

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 343 hits
July 4 2022 Cara kerajaan menangani isu kenaikan harga barangan yang kini membebankan rakyat bukan sahaja dilihat melucukan malah menunjukkan kerajaan ketika ini tidak berupaya untuk mentadbir negara dengan baik Naib Presiden Amanah Datuk M...
Awani Ringkas Kerajaan Diminta Tangani Masalah Rakyat Dengan Pantas

Awani Ringkas Kerajaan Diminta Tangani Masalah Rakyat Dengan Pantas

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 217 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini S...
Ini Kerajaan Lama La Ni Saarani Mb Sembang Kencang Mb

Ini Kerajaan Lama La Ni Saarani Mb Sembang Kencang Mb

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 147 hits
Presiden Indonesia tolak UMNO Memalukan Pemimpin negara luar tahu Malaysia masih dikuasai peminpin UMNO yg korup Nampak tuan Xde sape percaya Malaysia dah selagi kaki2 rasuah dlm UMNO masih bebas Kecuali Najib dan pemimpin yg rasuah selamat...
Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 341 hits
Tahniah diucapkan kerana anda dah lepas satu level untuk bekerja sebagai penjawat awam Tapi masa sesi temuduga ni lah salah satu penentu anda diterima atau pun tidak dalam position yang telah dimohon Mungkin ada yang first time dapat temudu...
Kerajaan Tak Stabil Sebab Muhyiddin Bertemu Dap

Kerajaan Tak Stabil Sebab Muhyiddin Bertemu Dap

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 192 hits
KUALA LUMPUR Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Zahidi Zainul Abidin berpandangan Pilihan Raya Umum Ke 15 perlu diadakan pada tahun ini kerana kerajaan sedia ada kini tidak stabil Menurut beliau antara faktor berlakunya ketidakstabilan ...
Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2022

Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2022

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 400 hits
Berita baik buat anak jati negeri Sabah kerana permohonan untuk Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah telah dibuka Biasiswa ini dibuka bagi calon yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjan Muda di Institusi Pengajian T...
Drama Rumah Tanpa Luka

Beli Kopi Cafe Mesra Di Stesen Minyak Petronas Desaru

Tiga Lelaki Ditahan Curi Kabel Rempuh Kenderaan Ketika Cuba Larikan Diri

Aktiviti Kunjungan Hormat Ketua Aktivis Ppim Ke Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan Ppim 21 08 2025

Lg Brings Ai Powered Comfort To Malaysian Homes With Lg Ai Air

Makan Malam Lewat Di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly

Harapan Yang Hidup Hati Yang Sabar

Mr D I Y S Invites Malaysians To Celebrate Merdeka With Bersama Satu Bazaar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berapa Tempoh Umur Yang Terbaik Untuk Mendirikan Rumah Tangga Di Zaman Sekarang

Kemas Kebun

Puisi Tarbiah Oleh Areef

Install Taobao Claim Tumbler Tyeso Serendah Bayaran Rm3

Pgslot Top 50 By Frank Rayzubiri Com Pgslot Website 29 25 Casino

Pgslot Top 3 By Willie Couppie Com 100 Pgslot Sagaming Ambslot Pgslot Pg 99 17 September 25