Mp Pas Digantung 2 Hari Lepas Label Guan Eng Pondan


Lu Wei Hoong 
   
PARLIMEN | Anggota Parlimen Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuk Shaary, diperintah meninggalkan Dewan Rakyat hari ini selepas enggan menarik balik kenyataan "pondan" ditujukan kepada Lim Guan Eng (PH-Bagan).

Sebelum itu berlaku pertikaman lidah di antara kedua-dua anggota parlimen berkenaan berhubung dakwaan Ahmad Marzuk bahawa "DAP menguasai kementerian kewangan dan kerajaan".

Isu itu timbul apabila wakil PAS berkenaan mempertikaikan dasar kerajaan membuka pintu kepada kontraktor semua bangsa bagi tender yang sebelum ini hanya dikhaskan kepada bumiputera.

Selepas berlaku kekecohan, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Mohd Rashid Hasnon mengarahkan Ahmad Marzuk menarik balik kata-kata yang dilontarkan kepada menteri kewangan itu.

Mohd Rashid memberi arahan sebanyak tiga kali kepada Ahmad Marzuk supaya menarik balik kata-kata tersebut.

Apabila enggan Mohd Rashid akhirnya mengarahkan Ahmad Marzuk keluar dan menggantungnya daripada hadir di Dewan Rakyat selama dua hari.

Sebagai tanda kebersamaan, anggota parlimen Umno turut bertindak keluar dari dewan dan mengiringi Ahmad Marzuk

Tak diberi ruang Sebelum itu dalam perbahasannya Ahmad Marzuk berkata ada perubahan ketara dalam sistem kerajaan apabila tender yang sebelum ini dikhaskan untuk kontraktor bumiputera kini dibuka kepada semua kaum.

Kata Ahmad Marzuk ia berlaku secara agresif, tanpa notis atau pekeliling.

"Sejauh mana ia berlaku? Apakah jaminan kerajaan dasar penggalakan bumiputera dipertahankan?" katanya.

Ahmad Marzuk juga bertanya sama ada keadaan itu menjadi sebahagian daripada agenda yang dibawa kerajaan PH dan kementerian kewangan yang didominasi DAP bagi "menghakiskan hak-hak bumiputera".
Ahmad MarzukSemasa menggulung perbahasan, Lim berkata beliau kesal kerana wakil dari Pengkalan Chepa memainkan isu sentimen perkauman.

Kata Lim kerajaan masih menggunakan kaedal lama tetapi pemberian tender dibuat secara terbuka, bukan melalui rundingan terus seperti diamalkan BN.

Ahmad Marzuk kemudian membaca sesuatu dari telefon genggamnya dan mendakwa ia adalah fakta mengenai perubahan dasar kerajaan berhubung pemberian tender.

Apabila Lim tidak memberi ruang kepada Ahmad Marzuk untuk meneruskan pencelahan.

Lim: Duduk

Ahmad Marzuk: Menteri duduk dulu.

Apabila keadaan dalam Dewan Rakyat kecoh Ahmad Marzuk kedengaran berkata: "Saya anak jantan, bukan pondan macam (MP) Bagan.

Beberapa anggota parlimen PH kemudian bangkit membantah penggunaan istilah berkenaan dan sebahagian daripada mereka merujuk kepada peraturan mesyuarat dewan.

Bagaimanapun Ahmad Marzuk bertegas enggan menarik balik kata-katanya.

LIHAT VIDEO DI SINI




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/04/mp-pas-digantung-2-hari-lepas-label.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Ahli Parlimen Pas Dihalau Dewan Rakyat Selepas Gelar Guan Eng Pondan

Malaysia Ahli Parlimen Pas Dihalau Dewan Rakyat Selepas Gelar Guan Eng Pondan

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 352 hits
Anggota Parlimen Pengkalan Chepa Ahmad Marzuk Shaary diperintah meninggalkan Dewan Rakyat hari ini selepas enggan menarik balik kenyataan pondan ditujukan kepada Lim Guan Eng Sebelum itu berlaku pertikaman lidah di antara kedua dua anggota ...
Opposition Stages Walkout After Pas Mp Ejected For Calling Guan Eng Pondan

Opposition Stages Walkout After Pas Mp Ejected For Calling Guan Eng Pondan

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 231 hits
The opposition staged a walkout in Parliament here on Tuesday after PAS Pengkalan Chepa MP Ahmad Marzuk Shaary was ejected after he called Finance Minister Lim Guan Eng a pondan During debates on the Supplementary Supply Bill Ahmad claimed ...
2 Police Reports Made Over Fake News Involving Guan Eng

2 Police Reports Made Over Fake News Involving Guan Eng

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 245 hits
PUTRAJAYA Two police reports have been lodged over the dissemination of fake messages and news relating to Finance Minister Lim Guan Eng on social media Lim s press secretary Lutfi Hakim in a statement today said the two reports were made a...
Penang Undersea Tunnel Guan Eng Is Lying Again

Penang Undersea Tunnel Guan Eng Is Lying Again

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 279 hits
If you were to read pages 7 12 and 13 of Zarul Ahmad Mohd Zulkifli s statement to the Malaysian Anti Corruption Commission in January 2018 you can see that Guan Eng is lying The tender was merely an eyewash to give an impression there is no...
Again Guan Eng Sabotaging Daim And 2 Million Malaysians

Again Guan Eng Sabotaging Daim And 2 Million Malaysians

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 311 hits
The same day and it was the same day Lim Guan Eng sabotaged the meeting On top of getting friendly parties to question and as speculation is that Guan Eng got Tommy Thomas to direct It was speculated that Daim was negotiating with Jho Loh a...
Sales Of Hk Consulate Najib Or Guan Eng Bodoh Or Reporters Dibodoh

Sales Of Hk Consulate Najib Or Guan Eng Bodoh Or Reporters Dibodoh

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 291 hits
It is Tuesday today Today the newspapers frontpage is providing background story of Dato Najib s SRC trial that should begin tomorrow On April 3rd 10 years ago Najib sworn in as the 6th Prime Minister but on same date 10 years later he is i...
Guan Eng Buat Laporan Polis Lagi

Guan Eng Buat Laporan Polis Lagi

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 237 hits
W KUALA LUMPUR Orang awam dinasihatkan untuk berhati hati apabila menerima maklumat berkenaan Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang tidak dapat dikenal pasti kesahihannya dan elakkan daripada menyebar maklumat tersebut Ini kerana terdapat piha...
Mujahid Guan Eng Tak Campurtangan Tabung Haji Ahli Lembaga Pengarah

Mujahid Guan Eng Tak Campurtangan Tabung Haji Ahli Lembaga Pengarah

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 233 hits
Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji Prof Dr Ashraf Md Hashim mengucapkan terima kasih kepada rakyat negara ini yang prihatin dengan agensi pengurusan ibadah haji umat Islam tersebut Kenyataan penuh beliau di bawah dipercayai berkaitan tuduhan...
Sale Of Hk Consulate Building May Fetch More Than Rm1 6 Bil Says Guan Eng

Sale Of Hk Consulate Building May Fetch More Than Rm1 6 Bil Says Guan Eng

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 241 hits
Finance Minister Lim Guan Eng says Najib Razak is trying to blame the Pakatan Harapan government for the sale of the Hong Kong consulate building KUALA LUMPUR The sale of the Malaysian consulate building in Hong Kong being conducted at pres...
Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

Contoh Inspirasi Poster Ucapan Selamat Hari Pekerja 2024

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

Exploring The Impact Of Aluminum In Contemporary Design



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Security Status Not Satisfied

How Often Should You Clean Your Air Ducts A Guide For Laval Homeowners

Ugutan Klopp Punca Salah Berang

Saravanan Takes Dig At Unity Govt While Stumping For It

Absolute Power Corrupts Absolutely

Ffp Membantu Menangani Isu Gaji Dalam Bola Sepak Tempatan