Mp Gesa Anwar Ikut Jejak Dr M Kenakan Moratorium Akta Hasutan


malaysiakini.com
Alyaa Alhadjri
Diterbitkan: Jul 22, 2024 6:47 PM
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim menggesa kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim mengenakan semula moratorium terhadap Akta Hasutan 1948 seperti dilakukan di bawah pentadbiran PH 1.0 yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad.

Pemimpin veteran PKR itu berkata walaupun terdapat banyak kelemahan sepanjang tempoh pertama PH berkuasa, moratorium Akta Hasutan berjaya dilaksanakan sehinggalah kerajaan PH tumbang pada Feb 2022.

“Jadi saya percaya kerajaan Madani yang ‘lebih reformis’ di bawah perdana menteri Anwar, sepatutnya lebih progresif berbanding Mahathir.

“Saya mencadangkan agar kerajaan Madani yang dipimpin oleh Anwar mencontohi PH 1.0 di bawah Mahathir dan menguatkuasakan moratorium serta-merta ke atas penggunaan Akta Hasutan 1948,” kata Hassan kepada Malaysiakini hari ini.

Dia berkata demikian sebagai mengulas siasatan terhadap peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali di bawah Akta Hasutan hari ini.
Rafique disiasat berhubung ucapannya semasa perhimpunan antikerajaan bulan lalu dengan menggelarkan Anwar sebagai “scammer”.

Terdahulu, Rafique yang merupakan penganjur perhimpunan “Rakyat Lawan Anwar” disoal siasat di Bukit Aman setelah satu laporan polis dibuat di Perlis oleh sebuah NGO yang tidak dinamakan.

Mengulas lanjut, Hassan yang juga seorang peguam, berkata Akta Hasutan bertentangan dengan prinsip asas undang-undang di mana"niat" di sebalik kesalahan yang didakwa perlu dibuktikan terlebih dahulu.

“Sekiranya polis mahu membuka kertas siasatan ke atas Rafique, adalah lebih adil dan profesional untuk mereka menggunakan Kanun Keseksaan, contohnya Seksyen 505(b),” katanya.

Seksyen 505 Kanun Keseksaan memperuntukkan kesalahan berkaitan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan membuat, menerbitkan atau mengedarkan apa-apa kenyataan, khabar angin atau berita.

Seksyen 505(b) pula memperuntukkan kesalahan berkaitan niat hendak menyebabkan, atau yang mungkin menyebabkan, ketakutan atau kegentaran kepada awam, atau kepada mana-mana golongan awam supaya oleh yang demikian itu seseorang mungkin terdorong melakukan sesuatu kesalahan terhadap Negara atau terhadap ketenteraman; atau

Awal bulan ini kumpulan masyarakat sivil mengadakan demontrasi bagi menggesa perdana menteri menunaikan janji PH untuk memansuhkan undang-undang era British itu.

Hassan antara ahli parlimen kerajaan yang menerima memorandum disampaikan kumpulan berkenaan.

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail pada Mac lalu berkata kabinet telah memberikan kebenaran untuk meneruskan cadangan pindaan Akta Hasutan, tetapi ia bertujuan membantu kerajaan mengekang provokasi berhubung isu 3R (kaum, agama, raja).

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/07/mp-gesa-anwar-ikut-jejak-dr-m-kenakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Putrajaya Sedia Pinda Akta Anti Lompat Parti Kata Anwar

Putrajaya Sedia Pinda Akta Anti Lompat Parti Kata Anwar

papar berkaitan - pada 13/7/2024 - jumlah : 205 hits
PUTRAJAYA terbuka dan sedia berbincang bagi meminda akta lompat parti untuk memperbaiki kelompangan yang terdapat dalam undang undang itu kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim Beliau berkata Pakatan Harapan pernah mengusulkan supaya pindaan di...
Mp Tells More Progressive Anwar To Copy Dr M S Sedition Act Moratorium

Mp Tells More Progressive Anwar To Copy Dr M S Sedition Act Moratorium

papar berkaitan - pada 23/7/2024 - jumlah : 331 hits
A veteran PKR MP has urged Prime Minister Anwar Ibrahim s administration to reinstate a moratorium on the use of the Sedition Act 1948 first imposed during Pakatan Harapan s first stint in government under former premier Dr Mahathir Mohamad...
Video Momen Spesial Jokowi Ditarik 2600 Pelajar Ikut Menari Tarian Kolosal Papua

Video Momen Spesial Jokowi Ditarik 2600 Pelajar Ikut Menari Tarian Kolosal Papua

papar berkaitan - pada 23/7/2024 - jumlah : 164 hits
Presiden Jokowi dan para menteri terlihat sangat senang menari bersama ribuan pelajar Papua
Kantor Lima Jam Digeledah Kepala Disdukcapil Semarang Ikut Keluar Bareng Penyidik Kpk

Kantor Lima Jam Digeledah Kepala Disdukcapil Semarang Ikut Keluar Bareng Penyidik Kpk

papar berkaitan - pada 23/7/2024 - jumlah : 268 hits
Aktivitas pelayanan publik di Kantor Disdukcapil Kota Semarang tetap berjalan sebagaimana mestinya saat penyidik KPK melakukan penggeledahan
Sari Yanti Teruja Ikut Anaknya Dariya Pergi Rombongan Sekolah Lawat Kilang Muzium Coklat

Sari Yanti Teruja Ikut Anaknya Dariya Pergi Rombongan Sekolah Lawat Kilang Muzium Coklat

papar berkaitan - pada 24/7/2024 - jumlah : 181 hits
teruja ikut anaknya Dariya pergi rombongan sekolah lawat kilang dan muzium coklat Seperti yang lain apabila anak anak mengikuti rombongan sekolah sudah tentulah ibu ibu juga akan turut teruja Sari Yanti Teruja Ikut Anaknya Dariya Pergi Romb...
Bakal Bertemu Pengusaha Kaltim Jokowi Ajak Ikut Bangun Ikn

Bakal Bertemu Pengusaha Kaltim Jokowi Ajak Ikut Bangun Ikn

papar berkaitan - pada 29/7/2024 - jumlah : 153 hits
Jokowi berharap para pengusaha lokal dapat terlibat dalam pembangunan IKN
Foto Antusiasme Pedagang Hingga Kuli Panggul Ikut Adu Panco Di Pasar Ciseeng Bogor

Foto Antusiasme Pedagang Hingga Kuli Panggul Ikut Adu Panco Di Pasar Ciseeng Bogor

papar berkaitan - pada 20/7/2024 - jumlah : 210 hits
Selain untuk meramaikan pasar perlombaan ini juga bertujuan memasyarakatkan kembali olahraga adu panco
No Ic Ikut Negeri Kepentingan Struktur Nombor Mykad

No Ic Ikut Negeri Kepentingan Struktur Nombor Mykad

papar berkaitan - pada 20/7/2024 - jumlah : 783 hits
Setiap warganegara Malaysia wajib mempunyai kad pengenalan atau juga dikenali sebagai MyKad Ia juga biasanya disebut sebagai IC ringkasan untuk Identity Card Ia merupakan dokumen pengenalan diri rasmi yang mengandungi butiran peribadi penti...
Top Reasons Online Casino Malaysia Has Become A Preferred Choice For Gamblers

Cara Mohonan Mykasih 2025 Syarat Kelayakan Kadar Bantuan

Xiaomi 17 17 Pro 17 Pro Max Dilancarkan Secara Rasmi

Generasi Perfect 10 Angkat Kisah Tekanan Dan Pencarian Identiti Anak Muda

Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal

Cekodok Pisang Rangup Di Luar Dan Tanda Kematian

Lirik Lagu F Nyanyian Floor 88

Apakah Hukum Membaca Surah Al Sajdah Dalam Solat Subuh Setiap Jumaat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Waspada Taktik Penipuan Yang Menyamar Sebagai Anggota Pdrm Di Platform Whatsapp

Semakan Penyata Akaun Muip Berjaya Bongkar Ada Pemohon Zakat Dikesan Miliki Simpanan Puluhan Ribu Ringgit

Remaja Jual Buah Pinggang Demi Iphone Hidup Menderita Kini Berstatus Oku

Bakar Isteri Kerana Enggan Masak Mi Segera

Mtl Jbpm Kesan 763 Hotspot Berisiko Banjir Di Pahang

Penduduk Tak Boleh Tidur Dakwa Berlaku Gangguan Pada Waktu Malam