Mp Dua Kolam Makin Gelisah
My-news.online
PERKEMBANGAN terkini krisis kepimpinan negara akhirnya terpaksa diselesaikan oleh campur tangan pihak Istana Negara.
Ini berikutan perletakan jawatan Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Yassin pada hari Isnin lalu.
Sebagai payung negara, Duli Yang DiPertuan Agong akhirnya terpaksa membuat keputusan bagi menentukan siapakah bakal pengganti Perdana Menteri setelah tiada sesiapa dalam kalangan MP yang mendapat sokongan majoriti untuk mengambil alih.
Atas sebab itu, pihak Istana Negara telah memanggil kesemua ketua parti pada hari ini bagi menjelaskan tindakan bakal diambil oleh Duli Tuanku, yang sejajar dengan hak di dalam perlembagaan dan termaktub bawah bidang kuasa Tuanku.
Tuanku Yang DiPertuan Agong juga telah memberikan satu “date line” kepada semua ahli-ahli Parlimen terbabit untuk mengisi Surat Akuan (SD) masing-masing berhubung siapakah yang mereka sokong dan calonkan menjadi Perdana Menteri. SD tersebut perlu diserah terus kepada pihak Istana Negara sebelum pukul 4.00 petang, Jumaat ini.
Kita semua maklum, kali terakhir sebutan jumlah SD yang diumumkan oleh kedua-dua belah pihak sebelum ini adalah tidak sepadan dengan lebihan hampir 15 MP sedangkan jumlah keseluruhan MP sepatutnya 220 sahaja dengan mengambil kira dua MP telah meninggal dunia.
Maka dengan cara telus ini , setiap seorang MP perlu menyerahkan sendiri perakuan masing-masing dan tentu sekali MP yang di syaki selama ini bermain dua kolam akan terdedah.
Lebih parah lagi apabila senarai nama akan dipamer oleh pihak Istana kepada semua Ahli Parlimen sebagai pembuktian.
MP seperti Nazri Aziz misalnya, pasti akan tersepit kerana semua pihak kini mahu tahu siapakah calon pilihannya.
Beliau antara MP yang sokongannya sering bertukar-tukar.
Nazri Aziz pernah menyatakan sokongan terbuka terhadap Anwar Ibrahim, kemudian nya beralih kepada Tan Sri Mahiaddin dan kini pendirian terakhirnya kepada Datuk Ismail Sabri.
Jadi siapakah disokong Nazri sebenarya?
Ini baru satu contoh sokongan MP, baki lagi 14 bagaimana pula?
Maka amat menarik untuk kita sebagai rakyat memerhatikan perilaku setiap MP kita bila tiba harinya nanti.
The post MP Dua Kolam Makin Gelisah appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/08/18/mp-dua-kolam-makin-gelisah/