Mp Dap Bersikap Biadap Menjerit Jerit Ketika Pm Ajak Bertafakur Dan Berdoa


agandadaily.com26/7/2021
Sidang Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia.
Sidang Khas Parlimen yang bermula hari ini menonjolkan sikap biadap pemimpin DAP yang bertindak menjerit-jerit semasa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak semua Ahli-Ahli Parlimen (MP) untuk bertafakur dan membacakan Al-Fatihah kepada semua mangsa Covid-19.

Sebelum bermula sesi, Muhyiddin yang juga MP Pagoh mengucapkan takziah kepada semua mangsa Covid-19 dan meminta izin kepada Yang di-Pertua Dewan, Datuk Azhar Harun untuk bertafakur serta membaca doa sebagai menghormati mangsa yang terkorban.

“Sebelum saya memulakan penerangan, saya mewakili kerajaan dan seluruh ahli Parlimen dengan perasaan sedih dan hiba ingin menyampaikan salam takziah buat semua ahli keluarga mangsa Covid-19 yang diuji dengan kehilangan insan-insan tersayang.

“Datuk Yang di-Pertua, saya memohon izin untuk kita semua bertafakur seketika dan membaca surah Al-Fatihah bagi mengingati mangsa-mangsa yang telah meninggal dunia. Al-Fatihah,” katanya.

Bagaimanapun, beberapa MP DAP bangun antaranya Lim Guan Eng dan Gobind Singh Deo dan Nga Kor Ming dan terus menjerit-jerit tanpa menghiraukan Muhyiddin yang sedang membacakan surah Al-Fatihah.

“Point of order, point of order,” kata Guan Eng yang mengetuai MP DAP untuk menghalang Muhyiddin meneruskan ucapan.

Azhar bagaimanapun meminta Muhyiddin untuk meneruskan ucapan walaupun diganggu oleh pemimpin DAP yang tidak berpuas hati dengan ucapan tersebut.

Sidang Khas Parlimen yang bermula hari ini akan diadakan selama lima hari sehingga 2 Ogos ini, ia pertama kali semenjak Proklamasi Darurat diisytiharkan pada Januari.

Dijangkakan lima menteri termasuk Muhyiddin akan memberi penerangan mengenai keseluruhan termasuk Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Sidang khas Parlimen diadakan untuk kerajaan membentangkan proklamasi darurat dan ordinan-ordinan darurat seperti yang dikehendaki Yang di-Pertuan Agong.

Mengikut Peraturan Am 11(3), Perdana Menteri menetapkan Aturan Urusan Mesyuarat yang hanya akan melibatkan:

a) Pembentangan Proklamasi Darurat dan Ordinan-Ordinan Darurat.
b) Pembentangan Proklamasi Darurat (2) bertarikh 12 Disember 2020 mengenai Pilihan Raya Kecil Parlimen Gerik serta Pembentangan Proklamasi Darurat (3) bertarikh 12 Disember 2020 mengenai Pilihan Raya Kecil N66 Bugaya, Sabah.
c) Penerangan menteri-menteri di bawah Peraturan Am 14(1)(i).

Ahli-ahli Dewan boleh bertanyakan soalan hanya selepas menteri selesai setiap sesi penerangan dan terhad kepada isu yang merangkumi penerangan menteri


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/07/mp-dap-bersikap-biadap-menjerit-jerit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembangkang Terjerit Jerit Bila Pm Ajak Tafakur Baca Al Fatihah

Pembangkang Terjerit Jerit Bila Pm Ajak Tafakur Baca Al Fatihah

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 221 hits
Entah apa yang merasuk beberapa wakil pembangkang dalam sidang khas Dewan Rakyat hari ini sehingga menyebabkan mereka menjerit jerit ketika Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak semua Ahli Parlimen bertafakur dan membacakan sura...
Wan Saiful Selar Ahli Parlimen Dap Tidak Tahu Hormat Ketika Pm Berucap

Wan Saiful Selar Ahli Parlimen Dap Tidak Tahu Hormat Ketika Pm Berucap

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 237 hits
Wan Saiful selar ahli Parlimen DAP tidak tahu hormatWan Saiful Wan JanSHAH ALAM Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk Wan Saiful Wan Jan menyelar tindakan ahli Parlimen DAP yang langsung tidak tahu menghormati apabila Perdan...
Ambil Iktibar Patuhi Sop Elak Peningkatan Kes Dalam Komuniti Ketika Aidiladha Rayu Noor Hisham

Ambil Iktibar Patuhi Sop Elak Peningkatan Kes Dalam Komuniti Ketika Aidiladha Rayu Noor Hisham

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 270 hits
Noor Hisham berkata 267 kluster komuniti dengan 17 106 kes positif dilaporkan tercetus susulan sambutan perayaan lalu iaitu Aidilfitri dan Hari Gawai PETALING JAYA Masyarakat diseru mengambil iktibar dengan sama sama menjaga diri dan keluar...
Hiburan Tak Nampak Kelibat Ketika Misi Bantuan Di Jordan Netizen Persoal Di Mana Caprice

Hiburan Tak Nampak Kelibat Ketika Misi Bantuan Di Jordan Netizen Persoal Di Mana Caprice

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 298 hits
Umum sedia maklum mengenai luahan perasaan Caprice yang sepertinya tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku di sebalik misi di Gaza kini BACA AdvertisementSeperti yang semua tahu penyanyi rap itu menyertai misi berkenaan bersama Humanitar...
Punca Sebenar Lelaki Tampar Imam Masjid Negara Ketika Solat Jumaat

Punca Sebenar Lelaki Tampar Imam Masjid Negara Ketika Solat Jumaat

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 286 hits
PUNCA SEBENAR LELAKI TAMPAR IMAM MASJID NEGARA KETIKA SOLAT JUMAATKejadian yang tidak disangka sangka berlaku apabila seorang lelaki dipercayai berbangsa Arab tiba tiba menampar imam ketika sedang mengimamkan solat jumaat di Masjid Negara k...
Doa Ketika Datang Bulan Haid

Doa Ketika Datang Bulan Haid

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 875 hits
AssalamualaikumBismillah1 Doa Pertama Kali Datang Bulan HaidAlhamdulillahi ala kulli halin wa astaghfirullaha min kulli dzanbin Segala puji bagi Allah atas segala perkara dan aku memohon kepadaMu Ya Allah daripada semua dosaku 2 Doa Sepanja...
Lakukan Ketika Malas Itu Hebat

Lakukan Ketika Malas Itu Hebat

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 254 hits
LAKUKAN KETIKA MALAS ITU HEBAT Assalammualaikum wbt Malasnya la Rasa malas ni bukan dibuat buat Bila rasa malas datang memang tak boleh bawa bincang Nak lawan kena betul betul lawan dengan semangat itu pun selalu tewas Terbabas juga Penanga...
Mahkamah Tinggi Kesatuan Eropah Putuskan Majikan Ada Kuasa Untuk Pecat Pekerja Yang Memakai Hijab Ketika Bertugas

Mahkamah Tinggi Kesatuan Eropah Putuskan Majikan Ada Kuasa Untuk Pecat Pekerja Yang Memakai Hijab Ketika Bertugas

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 244 hits
Mahkamah Tinggi Kesatuan Eropah telah memutuskan bahawa majikan boleh memecat mana mana pekerja wanita yang berhijab ketika bertugas lapor portal DW Keputusan itu dibuat berikutan kes yang difailkan oleh dua wanita Muslim di Jerman yang dig...
Htar Nafi Cover Line Ketika Lawatan Muhyiddin

Htar Nafi Cover Line Ketika Lawatan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 349 hits
KLANG Hospital Tengku Ampuan Rahimah menafikan dua dakwaan berhubung isu cover line semasa lawatan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke hospitalnya semalam serta arahan doktor pelatihnya berpindah keluar daripada asrama mereka Pengar...
Rewards Travel Now Too Many Points Not Enough Seats

Jumaat Terakhir Sebelum Ramadan Saya Nak Tanya Ada Sesiapa Nak Taja Makanan Dan Minuman Untuk Buka Puasa

Tiket Murah Promo Sekarang Ada Promo Tiket Murah Kat Trip Com Jom Check It Out

Isu Beras Kajian Mardi Buktikan Rakyat Ditipu

Pahang Sultan Wants End To Debate Over Royal Addendum On Najib

Salam Ramadan 1446h 2025h Dan Selamat Berpuasa

Penganggur Ditahan 3 Jam Lepas Samun Kedai Emas

Unifi Mobile Kini Ada Pelan Prabayar Dengan Tempoh Aktif 12 Bulan Harga Rm180


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Gloomy Morning Pancake Felt Keychain

Myteamppim Coach Ict

Kisah Kaum Tsamud Peradaban Yang Hilang Karena Azab Allah

Lirik Lagu Inikan Hari Raya Andi Bernadee

Alif Satar The Locos Jangan Ada Air Mata Chord

Floor 88 Feat Baby Shima Lagi Lagi Tak Dapat Raya Chord