Mou Unikl Huawei Untuk Sistem Urus Bencana Lebih Sistematik


 
Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi (dua dari kiri) selepas menyaksikan Majlis Pertukaran Dokumen MoU antara Presiden dan CEO UniKL Azman Senin (kiri) dengan CEO Huawei Malaysia Simon Sun (kanan) ketika sesi lawatan ke ibu pejabat Huawei di Shenzhen, China. (Gambar Bernama)SHENZHEN: Malaysia dijangka menerima sistem pengurusan bencana lebih sistematik menggunakan teknologi baharu sebagai persediaan menghadapi sebarang bencana.
Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkata pemindahan teknologi itu direalisasikan menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan syarikat telekomunikasi China, Huawei, dalam satu majlis hari ini.
“(Huawei) memiliki sistem yang boleh memberikan keberhasilan dalam tempoh kira-kira 30 saat untuk dianalisis dan sebagai tanda amaran awal mengenai keadaan banjir, ribut atau lain-lain.
“(Justeru) Malaysia sangat mendambakan sistem seperti ini kerana kita menghadapi Monsun Timur Laut dan kini Monsun Barat Daya,” katanya kepada media Malaysia selepas menyaksikan majlis tandatangan MoU berkenaan.
Zahid kini dalam lawatan rasmi pertamanya ke China sejak menjadi timbalan perdana menteri pada Disember 2022. Lawatan selama 11 hari bermula 22 Mei lepas itu diadakan atas jemputan Naib Perdana Menteri China Ding Xuexiang.
Turut hadir dalam majlis MoU itu, Timbalan Menteri Luar Mohamad Alamin dan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Asyraf Wajdi Dusuki.
Sementara itu, Zahid berkata, perbincangan bersama Huawei dalam kunjungannya di ibu pejabat syarikat itu di sini turut memfokuskan usaha memperkasa bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berpandukan teknologi terkini, antaranya meliputi kecerdasan buatan (AI), Internet Pelbagai Benda (IoT) dan sistem robotik.
“Huawei sudah berada di Malaysia selama 23 tahun dan mereka sudah memperkenalkan beberapa teknologi baharu seperti AI, iaitu agak baharu di Malaysia, namun kita yakin usaha dilakukan Huawei ini akan dapat memindahkan, bukan sahaja teknologi tetapi ilmu ke negara kita.
“Seterusnya IoT yang juga menjadi bidang tumpuan harus diberi peluang kepada pelajar TVET, mengikuti bidang robotik yang pada hemat saya sudah lama di negara ini (China) tetapi baharu di Malaysia. Ini tentunya (membolehkan) lebih ramai tenaga mengendalikan robotik (dan) sistem ini di negara kita,” katanya.
Selain itu, katanya, Huawei akan membuka pusat pentadbiran baharu di Malaysia sekali gus membuktikan komitmen syarikat telekomunikasi itu untuk mewujudkan kira-kira 6,000 peluang pekerjaan baharu dalam sistem 5G mahupun 5GA yang sedang dibawa ke Malaysia.
Sementara menerusi hantaran di Facebook, Zahid memaklumkan Huawei turut menyatakan hasrat mereka untuk menyokong hala tuju kepimpinan digital Malaysia melalui pembangunan bakat dalam bidang tersebut serta membantu untuk bersama-sama menerokai bidang digital dan teknologi sebagai pemangkin ke arah menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.
“Saya berharap kerjasama erat Malaysia dengan pihak Huawei akan terus diperhebat bagi membolehkan Malaysia menyumbang ke arah inovasi teknologi digital, di samping melahirkan lebih ramai tenaga mahir warga tempatan di dalam bidang tersebut,” katanya.
Terdahulu, beliau turut mengadakan lawatan di Huawei Von Neumann Exhibition Hall (Industry and Digital Transformation) dan berpeluang melihat kepelbagaian produk dan teknologi dibangunkan Huawei, merangkumi bidang pendigitalan sistem pentadbiran kerajaan, pengurusan kesesakan trafik bandar, ‘Smart City Intelligence’, Huawei Cloud, Pusat Kecerdasan Buatan (AI) dan Keselamatan Data. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/05/mou-unikl-huawei-untuk-sistem-urus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banjir Lahar Dingin Bmkg Ungkap Sumbar Belum Punya Sistem Peringatan Dini Bencana

Banjir Lahar Dingin Bmkg Ungkap Sumbar Belum Punya Sistem Peringatan Dini Bencana

papar berkaitan - pada 17/5/2024 - jumlah : 257 hits
Selama ini peringatan dini bencana banjir di Sumatera Barat hanya mengandalkan hasil analisa dan prakiraan cuaca diterbitkan BMKG
Enzy Storia Keluhkan Pajak Bea Cukai Lebih Mahal Dari Harga Tas Stafsus Sri Mulyani Beri Penjelasan Begini

Enzy Storia Keluhkan Pajak Bea Cukai Lebih Mahal Dari Harga Tas Stafsus Sri Mulyani Beri Penjelasan Begini

papar berkaitan - pada 20/5/2024 - jumlah : 172 hits
Pratowo melanjutkan nilai koreksi lebih tinggi dari harga retail dan tas merupakan barang substitusi Enzy pun mempersilakan PJT untuk mengembalikan barang itu
Lebih Didahulukan Istri Atau Ibu

Lebih Didahulukan Istri Atau Ibu

papar berkaitan - pada 20/5/2024 - jumlah : 276 hits
Pertanyaan Dalam Islam bagi seorang suami mana yang lebih didahulukan Ibunya atau istrinya Jawaban Alhamdulillahi hamdan katsiran thayyiban mubarakan fihi ash shalatu wassalamu ala alihi wa shahbihi Menggabungkan Dua Perkara Lebih Utama Per...
Foto Porak Poranda Afghanistan Setelah Banjir Dahsyat Bercampur Lumpur Lebih Dari 300 Orang Tewas

Foto Porak Poranda Afghanistan Setelah Banjir Dahsyat Bercampur Lumpur Lebih Dari 300 Orang Tewas

papar berkaitan - pada 20/5/2024 - jumlah : 224 hits
Di provinsi Baghlan terdapat 311 korban tewas 2 011 rumah hancur dan hampir 3 000 rumah rusak parah
Tok Ojk Larang Pemegang Saham Mayoritas Punya Lebih Dari Satu Bpr Dan Bprs

Tok Ojk Larang Pemegang Saham Mayoritas Punya Lebih Dari Satu Bpr Dan Bprs

papar berkaitan - pada 20/5/2024 - jumlah : 225 hits
Pemilik saham mayoritas hanya diperbolehkan untuk mempunyai satu BPR ataupun BPRS
6 Investasi Terbaik Untuk Dana Pensiun Lebih Untung Mana

6 Investasi Terbaik Untuk Dana Pensiun Lebih Untung Mana

papar berkaitan - pada 20/5/2024 - jumlah : 236 hits
Ada untung dan ruginya jika memilih investasi untuk dana pensiun tersebut
Pak Lah To Be Laid To Rest In Warriors Mausoleum

Perbelanjaan Menggunakan Kereta Proton E Mas 7

Resipi Kuih Peria Yang Sedap Mudah Tip Bentuk Jadi Cantik Guna Jaring Ini

Biografi Tun Abdullah Ahmad Badawi

Back To The Future Why Y2k Fashion Is Making A Major Comeback

Unleash Your Inner Artist Learn How To Paint

Mastering The Road Learn Driving Theory For A Solid Foundation

Sharing The Road With Trucks A Safety Guide For Drivers


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pelihara Ayam Penelur Penuhi Keperluan Keluarga

Belasungkawa Tun Abdullah Ahmad Badawi Perginya Permata Negara Di Usia 85 Tahun

Soal Jawab Agama Bawah Sejadah Ada Najis

Keladi Sayur Setelah 3 Bulan Di Raised Bed

Cultural Rhythms Festival Showcases Global Talents At Harvard

Nerdywave Tees For Geeks Gamers The Slightly Supernatural