Mou Kerajaan Bertentangan Dengan Perlembagaan Nilai Asia


malaysiakini.com
Diterbitkan: Sep 17, 2024 5:43 PM
Semua rakyat yang cintakan negara harus menolak rangka memorandum persefahaman (MOU) antara kerajaan dan ahli Parlimen PN, kata pengerusinya Muhyiddin Yassin

Muhyiddin menegaskan PN menolak MOU tersebut kerana kandungan yang menurutnya bertentangan dengan Perlembagaan dan nilai-nilai masyarakat Asia.

“Bagi saya, peruntukan kepada ahli-ahli Parlimen pembangkang tidak perlu dibuat menerusi apa-apa perjanjian atau MOU.

“Ini adalah janji PH dalam manifesto PRU15 dan perdana menteri sekarang adalah daripada parti PH,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu susulan langkah Timbalan Perdana Menteri II, Fadillah Yusof - yang mewakili kerajaan dalam rundingan dengan PN - mendedahkan kandungan MOU kepada umum, selepas keputusan PN untuk menolaknya dan mengkritiknya secara terbuka.

MOU itu menggariskan syarat kepada ahli Parlimen PN sebagai pertukaran untuk mendapat peruntukan pembangunan.

Muhyiddin mendakwa MOU itu melarang ahli Parlimen PN untuk bersuara mengenai isu kaum, agama dan raja-raja (3R) dan tindakan membangkitkannya dianggap sebagai “menyebarkan kebencian”.

“Ini tidak betul. Negara ini dibina atas persefahaman antara kaum atau kontrak sosial yang kemudiannya menjadi sebahagian daripada Perlembagaan Persekutuan yang mempunyai peruntukan-peruntukan khusus mengenai hak-hak kaum, agama Islam dan Raja-Raja Melayu.

“Apa hak Kerajaan PH-BN untuk menghalang ahli-ahli Parlimen PN daripada memperjuangkan perkara-perkara yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan di Dewan Rakyat?

“Adakah Kerajaan PH-BN ingin memadam sejarah pembentukan Malaysia yang merdeka, meruntuhkan teras pembinaan negara bangsa yang aman dan harmoni, menafikan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak yang sah untuk kaum-kaum lain dan menulis semula Perlembagaan secara halus menerusi MOU ini?” soalnya.

Muhyiddin turut mendakwa MOU itu mengandungi unsur yang bertentangan dengan nilai masyarakat Asia, apabila menghalang ahli Parlimen PN membuat kenyataan “yang mendiskriminasi mana-mana pihak samada atas dasar agama, kaum…atau apa-apa faktor identiti yang lain”.

“Identiti yang lain ini termasuklah kumpulan LGBT. Adakah ini bermakna jika ahli-ahli Parlimen PN bersetuju dengan draf MOU ini, maka mereka tidak boleh menentang sebarang dasar atau undang-undang yang mungkin akan digubal oleh kerajaan PH-BN untuk membenarkan perlakuan LGBT pada masa hadapan?” soalnya lagi.

Dua versi MOU

Untuk rekod, rangka MOU ini memiliki dua versi.

Kandungan kedua-dua versi kebanyakannya sama, namun satu versi dirangka untuk ditandantangani ahli Parlimen PN secara individu, dan satu lagi untuk PN selaku gabungan dan akan mengikat semua ahli Parlimennya.

Bahagian yang dirujuk Muhyiddin adalah bahagian 2.1 (i) dan (j). Berikut adalah bahagian itu dalam versi yang dirangka untuk PN:

“PN juga mengakui dan bimbang dengan ucapan-ucapan berbentuk kebencian, diskriminasi kaum, agama, dan sebarang bentuk hasutan terhadap Institusi Diraja, termasuk Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong, serta Raja-Raja Melayu. PN juga mengutuk segala propaganda, maklumat palsu, atau sebarang idea yang bertujuan untuk menghasut dan menimbulkan ketegangan kaum, agama, dan/atau budaya serta melakukan sebarang diskriminasi dalam apa- apa bentuk, atau menimbulkan sebarang kebencian terhadap Institusi Diraja dan Raja-Raja Melayu, atau sebarang bentuk penderhakaan terhadap Institusi Diraja dan Raja-Raja Melayu.

“PN juga mengakui dan menyatakan komitmen bahawa setiap ahli Parlimennya akan menahan diri daripada membuat sebarang kenyataan dan/atau ucapan dan/atau perbuatan sama ada secara lisan atau bukan lisan, yang bersifat kebencian, atau menggunakan sebarang bentuk bahasa yang merendahkan atau mendiskriminasikan mana-mana pihak atau kumpulan sama ada atas dasar agama, kaum, etnik, warna kulit, asal-usul, jantina, kewarganegaraan, atau apa-apa faktor identiti yang lain, atau sebarang bentuk komunikasi yang mempunyai kecenderungan untuk mencetuskan sebarang diskriminasi, kebencian, atau keganasan terhadap mana-mana pihak, atau melakukan sebarang bentuk penghinaan, penderhakaan, atau kecenderungan untuk menghina dan menderhaka terhadap Institusi Diraja dan Raja-Raja Melayu.”

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/09/mou-kerajaan-bertentangan-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akhirnya Mou Antara Kerajaan Dan Pembangang Di Dedahkan

Akhirnya Mou Antara Kerajaan Dan Pembangang Di Dedahkan

papar berkaitan - pada 17/9/2024 - jumlah : 265 hits
Najib Bakar Akhirnya cadangan MoU antara Kerajaan Malaysia dan Ahli Parlimen PN didedahkan oleh TPM2 Tapi kenapa Ahli Parlimen PN tolak Bila tengok MoU ni tak ada apa apa perkara yang mengikat kaki dan tangan mereka pun Takkan bila diminta ...
Gelar Pm Banduan Terhormat Bertentangan Nilai Islam Amk

Gelar Pm Banduan Terhormat Bertentangan Nilai Islam Amk

papar berkaitan - pada 24/9/2024 - jumlah : 160 hits
Oleh Abdulah Zaid Angkatan Muda KEADILAN Malaysia menyelar sikap biadab Timbalan Ketua Pemuda Pas yang mendakwa Perdana Menteri sebagai banduan terhormat Ketua Biro Pemahaman dan Pemantapan Ustaz Ashraf Hadi berkata dakwaan Ahli Dewan Undan...
Pn Sebulat Suara Tolak Mou Dengan Kerajaan

Pn Sebulat Suara Tolak Mou Dengan Kerajaan

papar berkaitan - pada 15/9/2024 - jumlah : 284 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 15 2024 9 18 AMPerikatan Nasional sebulat suara menolak dua set deraf cadangan Memorandum Persefahaman daripada kerajaan berkaitan dengan peruntukan kepada ahli parlimennya MoU itu adalah di antara kerajaan d...
Pn Keberatan Terima Mou Masih Harap Dapat Tumbangkan Kerajaan

Pn Keberatan Terima Mou Masih Harap Dapat Tumbangkan Kerajaan

papar berkaitan - pada 14/9/2024 - jumlah : 371 hits
Nora MahparPETALING JAYA Seorang penganalisis mendakwa Perikatan Nasional mungkin keberatan menandatangani memorandum persefahaman peruntukan pembangkang kerana masih menaruh harapan untuk menjatuhkan kerajaan perpaduan Felo Majlis Profesor...
Kandungan Mou Ditawarkan Kerajaan Kepada Pembangkang Tak Adil Hadi Awang

Kandungan Mou Ditawarkan Kerajaan Kepada Pembangkang Tak Adil Hadi Awang

papar berkaitan - pada 17/9/2024 - jumlah : 180 hits
PAS menolak memorandum persefahaman ditawarkan kerajaan MADANI selepas mendakwa ia tidak mengikut sifat tabii sebenar dalam amalan demokrasi yang mengikut ajaran Islam Mengemukakan alasan penolakan itu Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang ...
Hak Sama Rata Tanpa Kira Agama Antara Sebab Pn Tolak Mou Kerajaan

Hak Sama Rata Tanpa Kira Agama Antara Sebab Pn Tolak Mou Kerajaan

papar berkaitan - pada 16/9/2024 - jumlah : 178 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 15 2024Keputusan PN menolak dua set deraf cadangan Memorandum Persefahaman daripada kerajaan berkaitan dengan peruntukan kepada ahli parlimennya disifatkan sebagai langkah tepat Ketua Penerangan PAS Ahmad Fad...
Rentasan 1637 Panas Mou Kerajaan Bakal Gubal Undang Undang Mesra Lgb

Rentasan 1637 Panas Mou Kerajaan Bakal Gubal Undang Undang Mesra Lgb

papar berkaitan - pada 23/9/2024 - jumlah : 273 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1637 1 MALAYSIA MADANI MENUJU KE ARAH PEMBANGUNAN SEIMBANG 2 TOLAK MoU UNTUK MASUK SYURGA 3 MUKTAMAR PAS KE 70 LOMPONG IDEA KATA PEMIMPIN PH
Kerajaan Ph Ni Tetap Nampak Lemah Ba Benda Baik Tak Diwar Warkan Lemah

Kerajaan Ph Ni Tetap Nampak Lemah Ba Benda Baik Tak Diwar Warkan Lemah

papar berkaitan - pada 8/9/2024 - jumlah : 320 hits
Ni amenda pulak ni Tak tahu cerita pun Dengar dapat RM100k tanpa syarat Benda baik ni tapi kenapa tak digembar gemburkan Benda begini perlu dipromosikan di semua platform Ulang siar tiap hari tiap masa Biar semua orang tahu Biar semua orang...
Isu Gisb Biar Kerajaan Tentukan

Isu Gisb Biar Kerajaan Tentukan

papar berkaitan - pada 9/9/2024 - jumlah : 375 hits
MENITIK MALAMDr Mohd Na im MokhtarISU Global Ikhwan Sendiri Berhad yang kini sedang menggelegak sudah sampai ke pengetahuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mohd Na im Mokhtar Semalam beliau telah mengeluarkan kenyataan khus...
This Royal Enfield Continental Gt Caf Racer Is A Sand Cast Masterpiece

Lirik Lagu Akhiruzzaman Arora

Sentuhan Sulung Gattuso Beri Itali Kemenangan Besar

Bapa Mangsa Lemas Pinjam Rm752 Sebelum Tragedi Bilik Mayat Hpd Sunyi Tanpa Waris

Beli Luggage Online Murah Di Traveller Universal

Hiburan Marissa Dania Ambil Tindakan Undang Undang Bila Dah Sampai Masa Tiada Siapa Akan Tolong Awak

666 Apa Yang Ditulis Buku Santai Untuk Asah Kreativiti Menulis

Mayat Lelaki Dijumpai Di Dalam Kereta Di Sungai Petani


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Lembutkan Roti Baguette Yang Keras Supaya Kembali Gebu

Nellisa Tiba Di London Dan Sunday Roast

Best Water Park At Selangor Splashmania Gamuda Cove

Netizen Persoal Kenapa Nedim Nazri Masih Belum Padam Foto Free Hair Nora Danish Dia Dah Berhijab Kan

Pakar Patologi Inkues Zara Buat Repot Polis Kerana Diancam Warganet

Ucapan Muhyiddin Diganggu Suasana Himpunan Bersatu Bertukar Kecoh