Mou Anwar Permulaan Pemerintahan Diktator Mas Ermieyati


malaysiakini.com
Diterbitkan: Dec 17, 2022 12:56 PM
Bekas menteri Mas Ermieyati Samsudin mendakwa memorandum persefahaman (MOU) Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan beberapa parti lain akan membawa kepada pemerintahan diktator

Naib ketua Wanita Bersatu itu mendakwa Klausa 4 MOU itu menyatakan kesemua ahli parlimen wajib menyokong perdana menteri dalam mana-mana usul kepercayaan atau rang undang-undang bekalan atau mana-mana usul berkaitan kepercayaan kerajaan PH-BN.

Tambahnya, menurut Klausa 4(b) pula, sekiranya mana-mana ahli parlimen kerajaan yang gagal mengundi sebagaimana yang telah diarah, mereka akan dianggap telah mengosongkan kerusi parlimen mereka berdasarkan Artikel 49A Perlembagaan Persekutuan.

"Perjanjian ini adalah haram, tidak berpelembagaan, merbahaya dan tidak boleh diperkuatkuasakan. Artkel 49A tidak boleh menyebabkan mana-mana kerusi dikosongkan atas alasan cara ahli parlimen mengundi.

"Tidak ada apa-apa perkara seperti itu di dalam Artikel 49A. Ia hanya merangkumi situasi di mana seseorang ahli parlimen tersebut meletakkan jawatan atau berhenti menjadi ahli partinya," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Ahli parlimen Masjid Tanah itu juga berkata jawatankuasa pilihan khas menimbang rang undang-undang antilompat parti telah menyatakan pada 18 Julai 2022 bahawa mana-mana ahli parlimen yang tidak mengundi mengikut arahan parti tidak akan hilang kerusinya di bawah Artikel 49A.

"Tidak mungkin Anwar dan pimpinan Umno tidak tahu berkenaan laporan jawatankuasa bipartisan ini.

"Jelas, mereka secara tidak jujur memilih untuk mengendahkannya dalam satu tindakan terdesak untuk menakutkan dan mengugut ahli parlimen mereka sendiri untuk menurut kehendak parti, walaupun ianya membawa kepada kemudaratan terhadap demokrasi berparlimen," katanya.

Klausa 4 perjanjian yang ditandatangani oleh PH, BN, GPS, GRS dan Warisan semalam menetapkan bahawa ahli parlimen dalam kerajaan perpaduan yang gagal mengundi atau menyokong perdana menteri dalam usul berkaitan undi percaya, rang undang-undang bekalan atau usul prosedur berkuat kuasa pada kestabilan kerajaan persekutuan akan dianggap telah meletak jawatan.

Akibatnya, kerusi ahli parlimen akan dikosongkan mengikut Perkara 49A(1) Perlembagaan Persekutuan, dan parti ahli parlimen itu mesti memaklumkan kekosongan itu kepada Speaker Dewan Rakyat, untuk notis diberikan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan pilihan raya kecil.

Bagaimanapun, Mas Ermieyati menegaskan bahawa Anwar tidak boleh bergantung kepada Artikel 49a untuk mendapatkan sokongan semasa undi percaya terhadapnya, yang dijadualkan pada Isnin, 19 Dis.

Mas Ermieyati berkata Perlembagaan Persekutuan memberi kebebasan mutlak kepada ahli parlimen untuk mengundi.

"Ugutan serta intimidasi yang dibuat melalui perjanjian MOU terhadap ahli parlimen dari parti-parti kerajaan ini adalah satu permulaan kepada pemerintahan ala diktator.

"Despotisme jenis baru ini tidak pernah disaksikan sebelum ini di dalam sejarah politik atau parlimen Malaysia," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/12/mou-anwar-permulaan-pemerintahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mou To Support Anwar S Govt Clouded By Questions Of Legality Constitutionality

Mou To Support Anwar S Govt Clouded By Questions Of Legality Constitutionality

papar berkaitan - pada 18/12/2022 - jumlah : 184 hits
A lawyer warns party leaders against violating the constitution by directing MPs in how to vote while a Bersatu MP compares the pact to a North Korean style dictatorship The memorandum of understanding signed yesterday by party chiefs to en...
Mou Wajibkan Semua Mp Sokong Anwar Belanjawan

Mou Wajibkan Semua Mp Sokong Anwar Belanjawan

papar berkaitan - pada 17/12/2022 - jumlah : 226 hits
malaysiakini comDiterbitkan Dec 16 2022 5 06 PMPerjanjian persefahaman kerajaan perpaduan yang dimeterai petang ini mewajibkan semua ahli parlimen gabungan politik terlibat menyokong usul undi percaya kepada Anwar Ibrahim sebagai perdana me...
Mas Ermiyati Pemerintahan Kuku Besi

Mas Ermiyati Pemerintahan Kuku Besi

papar berkaitan - pada 18/12/2022 - jumlah : 541 hits
Perjanjian persefahaman yang memaksa ahli Parlimen undi usul kepercayaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atau kerajaan Pakatan Harapan Barisan Nasional dianggap tidak berperlembagaan dan akan membawa kepada pemerintahan di...
Anwar S Mou Not The Same As Ismail S Pn Mp Slams Fahmi

Anwar S Mou Not The Same As Ismail S Pn Mp Slams Fahmi

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 197 hits
Padang Serai MP Azman Nasrudin points to a controversial clause in the agreement recently signed by government parties Bersatu s Padang Serai MP today hit out at remarks by communications minister Fahmi Fadzil equating the memorandum of und...
Pn Masih Belum Putuskan Siapa Ketua Pembangkang Kata Mas Ermieyati

Pn Masih Belum Putuskan Siapa Ketua Pembangkang Kata Mas Ermieyati

papar berkaitan - pada 5/12/2022 - jumlah : 154 hits
Naib Ketua Wanita Bersatu Mas Ermieyati Samsudin berkata kebiasaannya ketua ketua parti akan memegang jawatan sebagai ketua pembangkang PETALING JAYA Perikatan Nasional masih belum memutuskan siapa yang akan dipilih mewakili gabungan itu se...
Pn S Mas Ermieyati Among 3 Mooted For Deputy Speaker

Pn S Mas Ermieyati Among 3 Mooted For Deputy Speaker

papar berkaitan - pada 8/12/2022 - jumlah : 167 hits
Mas Ermieyati Samsudin Alice Lau and Ramli Mohd Nor are the three MPs said to be in contention for the two deputy speaker s posts PETALING JAYA Perikatan Nasional s Mas Ermieyati Samsudin is among three MPs nominated for the two vacant Dewa...
Mou Paksa Sokong Anwar Kerajaan Langgar Perlembagaan Negara

Mou Paksa Sokong Anwar Kerajaan Langgar Perlembagaan Negara

papar berkaitan - pada 18/12/2022 - jumlah : 152 hits
agendaily com17 12 2022Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata jika ada aduan oleh ahli Parlimen yang berkenaan di bawah Seksyen 124 maka pihak polis wajar membuka kertas siasatan Memorandum persefahaman yang ditandatangani pemimpin pe...
Anwar Received Only Rm1 As Selangor Economic Adviser Says State Rep

Anwar Received Only Rm1 As Selangor Economic Adviser Says State Rep

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 197 hits
Anwar Ibrahim was appointed state economic adviser in 2009 when the late Khalid Ibrahim was Selangor menteri besar PETALING JAYA The Selangor government has denied Perikatan Nasional chairman Muhyiddin Yassin s claims that Prime Minister An...
Bheart Feat Waris Bila Tiba Hari Seterusnya Chord

Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

The Evolution Of Gaming Technology How Video Games Have Transformed Over The Years

Rena Monrovia When You Transport Something By Car Definitive Guide

Madani Wins Ayer Kuning But Psm Makes Waves While Pn S Pig Agenda Fails

Big Stage Alpha 2025

Scrut Nurul Izzah Aliff Aku Suruh Mereka Keluarkan Sahaja Waran Tangkap

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nak Ikut Diet Orang Putih Ke Diet Melayu Je

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Once Poor M Sian Influencer Says Rm10 Mooncake Felt Like A Luxury

Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Rantai Perak Dari Bali Didakwa Jadi Punca Gangguan Makhluk Halus Terhadap Pasangan Malaysia