Motif Politik Raja Pemberi Rasuah Dan Hubungan Erat Pemangkin Selesai 4



Pengerusi DAP Sabah Phoong Jin Zhe sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap ahli perniagaan kontroversi, Albert Tei, kerana mengaitkannya dengan skandal lesen perlombongan negeri itu, di sebuah rancangan audio siar baru-baru ini. Phoong berkata dia "jijik dan marah" terhadap tuduhan ke atasnya dan menyifatkan kenyataan Tei sebagai "pemesongan fakta sepenuhnya." "Saya telah segera mendapatkan nasihat peguam saya dan sedang bersiap untuk memulakan tindakan undang-undang bagi mempertahankan reputasi dan integriti saya. "Kenyataannya tentang apa yang dibincangkan ketika satu-satunya perbualan kami adalah pemesongan fakta sepenuhnya, sama sekali tidak berasas, dan sangat mengelirukan. Kenyataan sedemikian menjurus kepada tindakan pembunuhan karakter yang sangat berniat jahat dan fitnah melalui pemalsuan maklumat. "Saya perlu menyatakan dengan jelas bahawa saya tidak pernah memulakan sebarang pertemuan dengannya, dan saya juga tidak pernah membuat kenyataan seperti 'siapa yang tidak suka wang?' atau seumpamanya," katanya dalam kenyataan hari ini. Menurut laporan China Press, Tei berkata dia telah dijemput untuk bertemu Phoong oleh setiausaha politiknya, Chan Long Wei, didakwa untuk bertanya mengenai skandal perlombongan Sabah. Tei mendakwa Phoong telah bertemu dengannya secara peribadi untuk membincangkan isu lesen perlombongan dan menuduhnya tidak melaporkan perkara itu kepada SPRM, walaupun sedar ia melibatkan rasuah. “Apabila Phoong baru sahaja memegang jawatan sebagai menteri Sabah, dia tahu tentang peruntukan tersebut. (Ketua Menteri Sabah Hajiji MD Noor) akan memberikan setiap menteri atau wakil parti lesen perlombongan yang relevan dan dia tahu tentang ini, jadi dia panggil saya untuk bertemu dengannya dan bertanya tentang peruntukan ini. “Saya bersumpah kepada Tuhan, dia berkata kepada saya, ‘siapa yang tidak mahu wang?’ Jika dia tidak berkata demikian, dia boleh saman saya. “Saya kemudian mencari maklumat dan dapati Hajiji enggan beri lesen kepada DAP kerana dia tidak mahu parti itu tahui proses penuh atau cara sistem itu berfungsi. Dia takut DAP mungkin dedahkannya. Saya tahu Hajiji tidak beri lesen kepada DAP, jadi saya tidak lagi menghubunginya," kata Tei seperti dipetik. Tei bagaimanapun berkata dia tidak memberikan wang kepada Phoong—seperti yang dilakukannya kepada sejumlah ahli politik lain. ‘Tei cuba pujuk’ Phoong yang merupakan bekas Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah berkata dia hanya bertemu Tei sekali iaitu pada 22 Mac 2023 dan menegaskan ia bukanlah pertemuan yang diatur lebih awal, tetapi Tei sendiri yang tetap ingin bertemunya. Phoong juga berkata dia tidak mengenali Tei secara peribadi. Semasa pertemuan itu, dakwanya, Tei cuba memujuknya untuk meluluskan penubuhan sebuah syarikat konsesi bagi menguruskan eksport besi buruk Sabah. "Setelah dengan cermah mengesahkan garis masa pada hari itu dan menyemak rekod mesej saya dengan setiausaha politik saya, faktanya jelas - Tei tetap ingin berjumpa saya walaupun tiada janji temu ditetapkan, dengan menyatakan yang pertemuan singkat pun sudah memadai. "Semasa pertemuan itu, selain membangkitkan perkara berkaitan perlombongan, Tei juga cuba memujuk kami untuk meluluskan penubuhan syarikat konsesi bagi secara eksklusif menguruskan eksport besi buruk Sabah," dakwa Phoong. Selepas pertemuan itu, kata Phoong, persetujuan sebulat suara dicapai yang cadangan Tei tidak dapat diterima, dan tiada tindakan susulan dibuat selepas itu. "Kebenarannya adalah seperti yang Tei sendiri nyatakan dengan jelas, saya tidak pernah ambil wang daripadanya. Saya mahupun DAP tidak pernah terlibat dalam sebarang proses yang berkaitan dengan hal perlombongan Sabah dan kami juga tidak pernah setuju dengan penubuhan mana-mana syarikat yang bertujuan untuk memonopoli eksport besi buruk Sabah,” katanya lagi.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/12/motif-politik-raja-pemberi-rasuah-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azam Baki Bertekad Mahu Mufliskan Pelaku Rasuah Jangan Nikmati Harta Yang Dicuri

Azam Baki Bertekad Mahu Mufliskan Pelaku Rasuah Jangan Nikmati Harta Yang Dicuri

papar berkaitan - pada 6/12/2025 - jumlah : 158 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan memperhebat usaha mengembalikan setiap sen aset negara yang diseleweng tahun hadapan selaras dengan strategi meminimumkan ketirisan Menurut laporan Bernama Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki...
Rasuah Di Negeri Ulamak Kiok Memalukan Negri Miskin Makan Rasuah Kuat

Rasuah Di Negeri Ulamak Kiok Memalukan Negri Miskin Makan Rasuah Kuat

papar berkaitan - pada 5/12/2025 - jumlah : 193 hits
Che IbrahimDulu REE sekarang lembu pula Tu pun masih dok dakwa bebas rasuah
Ahli Parlimen Pn Padang Serai Didakwa Subahat Kes Rasuah Rm400 000

Ahli Parlimen Pn Padang Serai Didakwa Subahat Kes Rasuah Rm400 000

papar berkaitan - pada 8/12/2025 - jumlah : 116 hits
Azman Nasrudin bersama pegawai SPRM dan peguamnya di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 8 Disember 2025 SHAH ALAM 8 Dis Ahli Parlimen Padang Serai Azman Nasrudin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas satu pertuduhan ...
Pm Anwar Dedah Akta 711 Akan Diperkemas Bagi Bezakan Pemberi Maklumat Dan Perasuah

Pm Anwar Dedah Akta 711 Akan Diperkemas Bagi Bezakan Pemberi Maklumat Dan Perasuah

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 92 hits
Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 akan ditambah baik pada tahun hadapan kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Menurut laporan Astro Awani pendekatan itu diambil untuk membezakan antara pemberi maklumat dan penjen
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

papar berkaitan - pada 19/12/2025 - jumlah : 131 hits
KUANTAN Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang akan terus memperkukuhkan kerjasama strategik dalam usaha membanteras rasuah dan salah guna kuasa di negeri ini Pengarah SPRM Pahang Mohd Shukor...
Apa Hubungan Farhash Dengan Anwar Bin Ibrahim Djebat Cannel

Apa Hubungan Farhash Dengan Anwar Bin Ibrahim Djebat Cannel

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 127 hits
Djebat CannelPKR yang sudah berubah bukannya Azam RafiziBekas timbalan presiden PKR Rafizi Ramli mengkritik apa yang disifatkannya sebagai perubahan sikap parti itu terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki selepas menjadi kerajaan Bagi Raf...
Syurga Saya Anna Jobling Amp Ibu Berpelukan Hubungan Kembali Jernih

Syurga Saya Anna Jobling Amp Ibu Berpelukan Hubungan Kembali Jernih

papar berkaitan - pada 14/12/2025 - jumlah : 173 hits
Pelakon jelita Anna Jobling mencuri perhatian ramai apabila detik penuh emosi terpancar di karpet merah Anugerah Bintang Popular Ke 37 malam tadi selepas dia dilihat berpelukan erat dengan ibunya Ariz Arop susulan beberapa bulan berdepan ke...
Selesai Sampul Buku Teks Sekolah Rendah

Selesai Sampul Buku Teks Sekolah Rendah

papar berkaitan - pada 6/12/2025 - jumlah : 156 hits
Ucid dan sarah dah dapat buku teks untuk Tahun 6 Jadi Mama Yan dah mula membalut buku buku teks mereka Pembalut buku pakai yang sedai ada di rumah aje Dah dua tahun tak beli pembalut buku Dua tahun lepas suami belikan banyak bergulung gulun...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


The Lodge Maribaya Bandung Lokasi Aktiviti Menarik Dan Spot Bergambar Cantik

Anugerah Rekod Nilam

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan