Motif Pembunuhan Tak Dapat Dikesan Lelaki Ini Culik Bunuh Wanita Di Stesen Kereta Api


Lagi tentang kes jenayah di korea yang sampai sekarang masih misteri.

ARTIKEL BERKAITAN Terlampau Obses Dengan Cinta, Lelaki Ini Tikam Bekas Teman Wanita Kerana Terlalu Sayang Korang tahu tak ‘Mashimaro’ ni apa?
Mashimaro ialah satu watak kartun comel dan ianya bukan sesuatu yang korang akan terfikir untuk kaitkan dengan pembunuh. Walaubagaimanapun, ia adalah satu mimpi ngeri bagi hidup seseorang yang berkait rapat dengan kematian seorang wanita!

Kronologi Pada 7 Jun 2005, seorang tukang cuci sedang membersihkan sampah di kawasan kejiranan di Yangcheon seperti biasa sehingga dia terjumpa sebuah guni besar di sebelah tong sampah. Setelah diperiksa lebih dekat, dia melihat sepasang tangan pucat terkeluar dari guni.
Tukang cuci mengandaikan hanyalah tangan mainan dan cuba mengambil guni itu, tetapi ia terlalu berat. Merasakan ada sesuatu yang tidak kena, dia menyentuh ‘mainan’ itu dan menyedari bahawa ia adalah tubuh manusia.

Dalam satu temu bual, Park Seong-yeol, seorang detektif pembunuhan, mendedahkan bahawa mayat ditemui dengan beg plastik hitam diikat di atas kepala. Terdapat kesan gigitan di dada wanita itu. Selain itu, 2 tuala wanita dan beberapa tisu ditemui di dalam badannya. Tambah detektif itu lagi, mangsa telah diserang secara seksual tetapi tiada air mani atau DNA ditemui.
Identiti mangsa Mangsa kemudiannya dikenali sebagai Kwon yang berusia 20 tahun paada ketika itu. Punca kematian ditentukan kerana sesak nafas. 6 bulan kemudian, pada 11 November 2005, polis menerima panggilan mengenai satu lagi mayat.
Kali ini, mayat itu ditemui di luar sebuah restoran. Pemilik restoran itu menemui bungkusan pelik di luar restorannya. Seperti tukang cuci tadi, dia menganggap bungkusan itu hanya sampah biasa tetapi ia kelihatan mencurigakan dan menghubungi polis.

Mangsa ini pula dikenali sebagai Lee. Sama seperti mangsa sebelumnya, Lee dibungkus menggunakan beg plastik hitam yang diikat di kepalanya dan punca kematiannya juga adalah sesak nafas.
Dalam temu bual lain, profesor undang-undang Yoo Seong-ho menyatakan bahawa terdapat banyak persamaan antara 2 kes tersebut. Wanita itu cedera di tempat yang sama, dan punca kematian juga sama.
Modus operandi suspek Selain itu, pakar psikologi jenayah Pyo Chang-won berkata bahawa kaedah yang digunakan untuk menyembunyikan mayat adalah serupa dan ia bukan sesuatu yang boleh dilakukan dengan mudah.

Jenis simpulan yang digunakan untuk menyembunyikan mayat mangsa boleh menjadi petunjuk kepada identiti pembunuh. Simpulan itu seolah-olah diikat oleh seseorang yang tahu cara mengikat simpulan secara profesional, jadi pelakunya mungkin bekerja dalam pekerjaan yang melibatkan kotak pembungkusan atau bungkusan lain.
Anehnya, satu hujung simpulan dipotong pendek menjadikannya lebih mudah untuk dirungkai. Park Ji-sun, seorang profesor psikologi sosial berkata bahawa ini boleh menjadi tabiat yang disebabkan oleh profesion pelakunya.
Satu lagi persamaan antara 2 kes itu ialah lokasi terakhir mangsa yang berjaya dijejaki iaitu Stesen Shinjeong. Sementara itu, kedua-dua jenayah juga berlaku pada hujung minggu.
Mangsa ke-3 gagal dibunuh Pada 31 Mei 2006, 6 bulan selepas pembunuhan ke-2, pembunuh itu menyerang lagi di Stesen Shinjeong. Kali ini, rancangan pembunuh itu gagal. Pada hari itu, mangsa telah diculik dan dibawa ke bilik bawah tanah yang gelap. Semasa penculiknya pergi ke tandas, dia menyelongkar pintu yang kebetulan tidak berkunci.
Dia berlari ke tingkat 2 bangunan itu dan bersembunyi di sebalik rak kasut. Di sana, dia melihat pelekat Mashimaro di rak kasut serta pasu bunga di atasnya. Pasu bunga itu seolah-olah dibuat oleh seorang kanak-kanak.

Berdasarkan kenyataan mangsa ke-3 itu, penyiasat menyedari bahawa suspek ini tidak bekerja seorang diri malah dibantu oleh lelaki lain. Mangsa menyebut bahawa dia mendengar dan melihat 2 orang lelaki.
Selepas bersembunyi selama beberapa jam, dia melarikan diri dari bangunan itu dan menyorok di sebuah sekolah rendah. Dalam keadaan panik, dia tidak ingat di mana bangunan penculiknya dan dia juga tidak dapat mengingati jalan yang dia lalui.
Bagaimanapun, dia masih ingat melihat banyak tali di ruang bawah tanah tempat dia ditawan. Ini seolah-olah membuktikan bahawa pembunuh itu terlibat dalam perniagaan pembungkusan atau bekerja dalam kerja pembungkusan.
Identiti suspek Disebabkan ini ialah kes yang sukar diselesaikan pihak polis, sebuah rancangan dokumentari penyiasatan di Korea telah menghebahkan bukti dan memanggil saksi pada 2015. Seorang wanita menelefon untuk mengatakan bahawa dia pernah tinggal di bangunan itu dan memiliki rak kasut dengan pelekat Mashimaro.
Dia berkata bahawa dia mengingati dengan jelas pelekat Mashimaro, serta pasu bunga yang diletakkan di atas rak kasut. Dia juga menyebut bahawa lelaki yang tinggal di rumah separa bawah tanah itu berusia 30-an dan tinggal bersendirian. Kadang-kadang, dia juga akan melihat lelaki lain bersamanya.
Sehingga kini, polis sedang menyiasat kes itu dengan mengumpul pelbagai maklumat dan bukti yang jelas untuk menangkap suspek. Walaubagaimanapun, ianya masih tidak dapat diselesaikan.
Harap suspek cepat ditangkap.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.k
The post Motif Pembunuhan Tak Dapat Dikesan, Lelaki Ini Culik & Bunuh Wanita Di Stesen Kereta Api first appeared on KimchiDaily.my.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kimchidaily.my/motif-pembunuhan-tak-dapat-dikesan-lelaki-ini-culik-bunuh-wanita-di-stesen-kereta-api/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Maut Disyaki Hidu Gas Monoksida Dalam Kereta

Wanita Maut Disyaki Hidu Gas Monoksida Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 28/11/2023 - jumlah : 291 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang wanita maut dipercayai mengalami keracunan gas monoksida ketika berada dalam sebuah kereta di sebuah stesen minyak di Jalan Sultan Ibrahim Kota Bharu malam tadi Ketua Polis Kota Bharu Mohd Rosdi Daud berka...
Janji Anies Untuk Warga Banjarmasin Bangun Stadion Hingga Jalur Kereta Api

Janji Anies Untuk Warga Banjarmasin Bangun Stadion Hingga Jalur Kereta Api

papar berkaitan - pada 5/12/2023 - jumlah : 137 hits
Anies juga menekankan pada pembangunan berkelanjutan dengan mengutamakan ekonomi hijau sebagai prioritas pertumbuhan ekonomi di Kalimantan Selatan
Paspampres Bunuh Culik Imam Masykur Divonis Penjara Seumur Hidup Dipecat Dari Tni

Paspampres Bunuh Culik Imam Masykur Divonis Penjara Seumur Hidup Dipecat Dari Tni

papar berkaitan - pada 11/12/2023 - jumlah : 134 hits
Hukuman ini dijatuhi kepada para terdakwa karena disebutnya melakukan pembunuhan secara bersama sama
Pemuda Di Indragiri Hulu Bunuh Teman Wanita Demi Kuasai Motor Korban Ditemukan Tinggal Kerangka

Pemuda Di Indragiri Hulu Bunuh Teman Wanita Demi Kuasai Motor Korban Ditemukan Tinggal Kerangka

papar berkaitan - pada 22/11/2023 - jumlah : 125 hits
Pemuda bernama Zulkifli ditangkap tim Satreskrim Polres Indragiri Hulu karena membunuh teman wanitanya Lily Suryani Ningsih seorang mahasiswi
Kontroversi Penetapan M Suryo Dalam Suap Rel Kereta Api Firli Bahuri Jadi Tersangka Saat Pimpin Rapat

Kontroversi Penetapan M Suryo Dalam Suap Rel Kereta Api Firli Bahuri Jadi Tersangka Saat Pimpin Rapat

papar berkaitan - pada 30/11/2023 - jumlah : 174 hits
Penetapan pengusaha Muhammad Suryo sebagai tersangka kasus dugaan suap jalur kereta api di Direktorat Jenderal Perkeretaapian berujung kontroversi
Polisi Berhasil Gali Keterangan D Istri Panca Untuk Bongkar Motif Pembunuhan 4 Anak Di Jagakarsa

Polisi Berhasil Gali Keterangan D Istri Panca Untuk Bongkar Motif Pembunuhan 4 Anak Di Jagakarsa

papar berkaitan - pada 11/12/2023 - jumlah : 129 hits
Hari ini kami berhasil untuk meminta keterangan dari ibu D selaku ibu korban kata AKBP Bintoro
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas