Motif Joghani Terajui 1mdb Task Force Untuk Kaut Untung



Hal yang Anwar sembunyikan ialah penyelesaian ini diusahakan oleh Dato’ Seri Hishammuddin Hussein Onn yang mempunyai hubungan rapat dengan keluarga diraja Abu Dhabi. NO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin
Bahagian 5
Dalam memorandum Kementerian Kewangan yang didedahkan dalam Bahagian 4 (baca di link di bawah), jelas bahawa JoGhani tidak berbuat sesuatu bagi tujuan menyelesaikan masalah negara. Sebenarnya, JoGhani nak kaut keuntungan sebanyak US$30 juta (RM140 juta). Itulah sebabnya JoGhani beriya-iya menyerang Penyelesaian Goldman Sachs. Banyak cerita yang JoGhani lepaskan kepada media dapat dilakukan olehnya kerana JoGhani berkuasa ke atas Media Prima.
Banyak perkara yang JoGhani bangkitkan adalah palsu. JoGhani telahpun mendapat surat dari Lembaga Pengarah 1MDB dan SRC yang menjelaskan sebab sepenuhnya prinsip dan kaedah Penyelesaian Goldman Sachs. Ini disembunyikan oleh JoGhani bagi tujuan politik untuk memberikan gambaran bahawa walaupun Najib menyebabkan kerugian kepada 1MDB, tetapi, kerugian itu menjadi lebih besar semasa penyelesaian. Ini adalah palsu.
1. Peristiwa 1MDB-Goldman Sachs Yang Kerajaan Malaysia Rahsiakan
2. Skandal 1MDB: Senjata Menjatuhkan Kepimpinan Melayu
3. Senjata Politik PH-BN Adalah Fitnah
4. Membunuh Karakter Muhyiddin Untuk Menyelamatkan Najib
5. Kenapa JoGhani Menyerang Penyelesaian Goldman Sachs?
Sikap pemimpin UMNO seperti JoGhani yang cuba mengaut keuntungan dalam jawatan yang mereka pegang masih dan akan terus berlarutan selagi penyangak UMNO duduk dalam kerajaan gabungan dengan PH. Ini amatlah memalukan apabila Anwar Ibrahim melantik JoGhani yang merupakan orang yang telah cover up kes 1MDB semasa JoGhani menjadi MKII. Ini menimbulkan kecurigaan apakah sebenarnya motif Anwar melantik JoGhani jika bukan dengan tujuan untuk merosakkan kes pemulihan aset yang dikendalikan oleh 1MDB Task Force dengan jayanya.
Yang paling mendukacitakan ialah apabila Peguam Negara berdiam diri tidak menceritakan fakta yang sebenar sedangkan Peguam Negara memimpin rundingan dengan Goldman Sachs. Kebisuan Tengku Zafrul Tengku Aziz yang merupakan Menteri Kewangan ketika itu amatlah jelas satu percaturan politik kerana Tengku Zafrul adalah bendahari UMNO Selangor yang kalah semasa PRU-15. Tapi, Tengku Zafrul kini menjadi Menteri dalam Kabinet Anwar. Anwar akan mempergunakan Tengku Zafrul sebagaimana Anwar telah mempergunakan Peguam Negara dan SPRM untuk menyeret Muhyiddin Yassin dengan kes Mahkamah bagi mencemarkan nama Muhyiddin. Ini dilakukan supaya pengundi Melayu tidak lagi menyokong Muhyiddin/BERSATU pada 6 PRN yang akan datang.
Anwar pula telah membuat kenyataan yang bohong. 1MDB Task Force yang merundingkan Penyelesaian Goldman Sachs dianggotai oleh AGC, MOF, BNM, SPRM, NFCC, SC. Ini adalah 1MDB Task Force yang sama yang juga merundingkan Penyelesaian IPIC. Amatlah aneh apabila Anwar mengkritik 1MDB Task Force semasa pentadbiran Muhyiddin sebagai tidak cekap dan tidak berpengalaman sedangkan ia adalah 1MDB Task Force yang sama yang memungkinkan Anwar membuat pengumuman seolah dia beroleh kejayaan pada 27.2.2023.
Anwar ini muka tak malu. Adalah mustahil tak sampai sebulan dia jadi PM, tiba-tiba kes IPIC selesai. Faktanya ialah kes IPIC telah dirundingkan hampir dua tahun. Masalah IPIC timbul apabila JoGhani pada tahun 2017 sebagai MKII telah membuat Malaysia menandatangani penyelesaian dalam abitrasi di UK. Penyelesaian tersebut amat merugikan Malaysia dan ini berlaku semasa JoGhani merupakan MKII.
Apabila kerajaan PH pertama kali menjadi kerajaan, usaha telah diambil untuk mencabar penyelesaian yang dibuat semasa JoGhani adalah MKII. Pada 2021, setelah 1MDB Task Force mencapai kejayaan dalam Penyelesaian Goldman Sachs, Penyelesaian AmBank, Penyelesaian Deloitte dan Penyelesaian KPMG yang berjumlah RM 20 bilion, pihak IPIC telah memulakan rundingan mencari penyelesaian.
Hal yang Anwar sembunyikan ialah penyelesaian ini diusahakan oleh Dato’ Seri Hishammuddin Hussein Onn yang mempunyai hubungan rapat dengan keluarga diraja Abu Dhabi. Kerangka terma penyelesaian telahpun dipersetujui di mana pihak Abu Dhabi bersetuju membuat bayaran tunai dan membuat pelaburan di Malaysia. Penyelesaian ini berhasil apabila Yang di-Pertuan Agong telah bertemu dengan Perdana Menteri Abu Dhabi yang merupakan rakan persekolahannya. Terma muktamad diusahakan oleh Tengku Zafrul apabila berjaya menaikkan jumlah bayaran tunai dari USD1.5 bilion kepada USD1.8 bilion sebagai ganti indemniti yang diminta oleh Malaysia.
Oleh itu, pengumuman oleh Anwar pada 27.2.2023 amatlah memalukan kerana tidak memberikan kredit kepada pihak-pihak yang mengusahakan penyelesaian tersebut. Sebaliknya, Anwar mengambil kredit seolah-olah dia yang mengusahakan penyelesaian itu. Jika dilihat gambar-gambar yang diedarkan oleh media, ia hanya menunjukkan pihak Malaysia dengan peguam baru mereka di pejabat PM. Tidak pula diceritakan tentang mesyuarat rundingan yang dijalankan berbulan-bulan di Abu Dhabi dan di London.
Cukuplah setakat ini cerita JoGhani dan Anwar Ibrahim yang bermain sandiwara berkenaan Penyelesaian Goldman Sachs dan IPIC. Konco-konco JoGhani telah melepaskan cerita kepada CNA Singapura berkenaan Penyelesaian Goldman Sachs dengan memetik sumber dekat kerajaan. Ini adalah taktik sama yang digunakan dalam semua pembunuhan karakter terhadap pemimpin BERSATU baru-baru ini.
Rakyat Malaysia akan lebih terkejut apabila mendengar nanti The Untold Story of The AmBank Settlement. Ini akan didedahkan sedikit masa lagi.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2023/05/01/motif-joghani-terajui-1mdb-task-force-untuk-kaut-untung/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pendedahan Eksklusif Rakyat Susah Mereka Kaut Untung Dengan Menggunakan Kontrak Lori Air

Pendedahan Eksklusif Rakyat Susah Mereka Kaut Untung Dengan Menggunakan Kontrak Lori Air

papar berkaitan - pada 3/5/2023 - jumlah : 266 hits
PENDEDAHAN WAN MAHISSIN MENGGEMPARKANYa Allah kenapa baru aku tahu Rupa rupanya mereka suka rakyatnya dalam kesulitan kerana mereka boleh mengaut keuntungan Lori yang mengangkut air dibayar RM500 RM700 sehari Jika 1 Parlimen ada 20 buah lor...
Air Force Cops Probing Alleged Bullying Case At Training Centre

Air Force Cops Probing Alleged Bullying Case At Training Centre

papar berkaitan - pada 3/5/2023 - jumlah : 193 hits
A woman had posted on social media that her younger brother was bullied at the RMAF training centre in Kuantan PETALING JAYA The Royal Malaysian Air Force is conducting an internal investigation on the alleged bullying case at its training ...
Air Force Metmalaysia Conduct Cloud Seeding Operations

Air Force Metmalaysia Conduct Cloud Seeding Operations

papar berkaitan - pada 3/5/2023 - jumlah : 141 hits
The air force and the Malaysian Meteorological Department conducted cloud seeding operations in the Teluk Bahang Dam and Air Itam Dam water catchment areas in Penang starting yesterday The air force announced the operation in a statement ye...
Wrong To Assume Umno Can Force Anwar To Pardon Najib

Wrong To Assume Umno Can Force Anwar To Pardon Najib

papar berkaitan - pada 5/5/2023 - jumlah : 189 hits
It may have been a premonition of sorts an intuition or his research team had done an excellent job On Oct 18 2010 the then opposition leader while debating Budget 2011 made some startling observations The government Anwar Ibrahim told Dewa...
1mdb Transactions Bsi Bank Failed In Its Duty Says Witness

1mdb Transactions Bsi Bank Failed In Its Duty Says Witness

papar berkaitan - pada 18/4/2023 - jumlah : 173 hits
Former Singaporean banker told the High Court here today that there were obvious red flags in relation to 1Malaysia Development Berhad transactions in BSI Bank but the bank has never filed any suspicious transactions report to the Monetary ...
Pgn Raup Untung Rp1 31 Triliun Di Kuartal 1 2023

Pgn Raup Untung Rp1 31 Triliun Di Kuartal 1 2023

papar berkaitan - pada 3/5/2023 - jumlah : 137 hits
Direktur Utama PGN M Haryo Yunianto mengatakan kinerja positif tersebut dicapai di tengah normalisasi pascapandemi Covid 19 sekaligus menghadapi ketidakpastian kondisi geopolitik global
Simpan Duit Raya Anak Cara Ni Lebih Selamat Tak Ada Susut Nilai Lagi Untung

Simpan Duit Raya Anak Cara Ni Lebih Selamat Tak Ada Susut Nilai Lagi Untung

papar berkaitan - pada 27/4/2023 - jumlah : 212 hits
Duit raya anak jangan dibiarkan sahaja membazir tanpa disimpan sebaiknya Namun cara bagaimana mak ayah perlu menyimpannya agar memberi pulangan lebih baik pada anak kelak Menyimpan dengan emas fizikal antara kaedah simpanan yang cukup popul...
Untung Jadi Menantu Dia Warganet Puji Layanan Sheila Rusly Terhadap Menantu

Untung Jadi Menantu Dia Warganet Puji Layanan Sheila Rusly Terhadap Menantu

papar berkaitan - pada 20/4/2023 - jumlah : 135 hits
Perkahwinan bukan sekadar menyatukan dua insan tetapi termasuklah menyatukan dua keluarga besar Hubungan silaturahim yang baik antara mentua dan menantu merupakan satu rezeki sebenarnya Ramai juga selebriti lain yang mempunyai hubungan baik...
Politik Gimik Lagi Tol Rahmah Syarikat Tol Untung Lagi Besar Syarikat Simen Kaya Sabsidi Simen

Politik Gimik Lagi Tol Rahmah Syarikat Tol Untung Lagi Besar Syarikat Simen Kaya Sabsidi Simen

papar berkaitan - pada 20/4/2023 - jumlah : 221 hits
Tol RAHMAH Percuma selama empat hari OSTB Tuan tuan there is no such thing as percuma Ini bukan cerita sepenuhnya Syarikat tol akan dibayar ganti rugi ataupun depa akan claim balik kesemua tol yang kononnya percuma itu Maksudnya kerajaan ak...
Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Road To Upkk 2024

Gloomy Tanjung Tembeling

Pas Youth Dap Shouldn T Politicise Our Criticism Of Xmas Celebration

Quit State Govt On Principle Over Cooperation With Dap Akmal Told

Siti Kasim Allow Malaysian Muslims To Choose If They Wish To Come Under Syariah Or Civil Law