Mosti Lancar Innovathon Cungkil Bakat Idea Inovatif




Kerajaan terus mengandakan usaha menjana dan mengembangkan idea inovatif produk digital dan teknologi yang boleh dikomersialkan pada masa akan datang.
Terbaharu, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melancarkan program realiti televisyen inovasi dikenali sebagai Innovathon khusus untuk memberi peluang kepada rakyat mengembangkan idea inovatif mereka.
Menterinya Rafizi Ramli dalam kenyataan berkata, program itu akan dilaksanakan dengan kerjasama saluran televisyen berbayar, Astro dan akan ditayangkan selama 10 episod bermula Jun depan.
Melalui program itu, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM1 juta bagi tujuan modal asas dan awal bagi membantu pemenang-pemenang program realiti tersebut mengembangkan inovasi mereka.
“Ini bukan soal monopoli (melahirkan syarikat digital) tetapi ia berkaitan dengan idea dan produk.
“Salah satu tujuan Innovathon ini ialah menggalakkan lebih ramai termasuk yang sudah mulakan kerjaya tetapi yakin boleh memulakan syarikat dengan produk sendiri. Dengan harapan apabila dia boleh menambah jumlah (syarikat) digital dan teknologi, peluang untuk menambah syarikat ini akan lebih tinggi.
“Ini satu keperluan untuk kita membina ekonomi digital kita ke tahap yang lebih tinggi, sekali gus membuka peluang pekerjaan yang mencukupi dan melonjak gaji purata,” ujarnya.
Mengulas lanjut mengenai program tersebut beliau berkata, rakyat Malaysia yang berminat tanpa mengira had umur boleh menyertai program itu dengan menghantar idea inovatif berbentuk video ringkas sehingga 7 Mei depan.
Video ringkas yang dihantar akan dinilai dan peserta terpilih kemudiannya dijemput hadir secara fizikal untuk saringan panel hakim di enam lokasi Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Pahang, Sarawak dan Sabah.
Peserta pada peringkat berkenaan pula jelasnya akan menerima bimbingan daripada mentor berpengalaman dalam bidang perniagaan, produk, dan teknologi malah, idea mereka akan dibentangkan di hadapan bakal pelabur.
“Kami berharap usaha melalui Innovathon ini akan membina keyakinan lebih ramai bakat dalam masyarakat untuk membina kerjaya dan inovasi dalam bidang ekonomi digital,” katanya lagi.
Sementara itu, Rafizi berkata rakyat Malaysia adalah pengguna teknologi yang tinggi, dengan tahap penggunaan telefon pintar dan internet yang tinggi, sistem pembayaran digital yang matang dan penggunaan media sosial yang meluas.
Walau bagaimanapun katanya, berbanding negara lain rakyat Malaysia jarang melihat potensi diri sebagai pencipta atau inovator yang boleh membangunkan produk digital dan teknologi untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.
“Bandingkan kita dengan Singapura. Berapa banyak syarikat teknologi yang melahirkan idea setiap tahun? Bandingkan Indonesia, kenapa mereka pergi ke sana? Sebab pasaran besar dan kemungkinan idea ditukar kepada produk komersial adalah tinggi.
“Ini proses yang sedang kerajaan lakukan untuk memberikan kesedaran dan memahami pasaran teknologi. Ia bukan hanya disebab insentif, geran dan dana yang diberikan oleh kerajaan,” tambahnya.
The post MOSTI lancar Innovathon, cungkil bakat idea inovatif first appeared on Suara Pakatan Daily.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/36315?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=mosti-lancar-innovathon-cungkil-bakat-idea-inovatif

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
100 Idea Bio Twitter

100 Idea Bio Twitter

papar berkaitan - pada 15/4/2023 - jumlah : 475 hits
1 Suka mencuba resipi masakan baru 2 Mencintai alam sekitar dan alam semula jadi 3 Pemula dalam dunia fotografi 4 Pelajar yang bersemangat 5 Penggemar filem indie 6 Gemar melancong dan mencari pengalaman baru 7 Penulis bebas 8 Penggemar per...
No Idea Why Double Six Tragedy Report Classified Under Osa Says Loke

No Idea Why Double Six Tragedy Report Classified Under Osa Says Loke

papar berkaitan - pada 13/4/2023 - jumlah : 387 hits
Transport minister Loke Siew Fook said the report was probably classified because it was standard procedure then PETALING JAYA Transport minister Loke Siew Fook said he is unable to provide a reason as to why the report on the Double Six tr...
Idea Kapitalis Riba

Idea Kapitalis Riba

papar berkaitan - pada 9/4/2023 - jumlah : 276 hits
Kalau DAP yang RANCANG dan cadangkan ramai yang boleh faham Sudah tentu patuh syariah dan madani bukan bidang mereka Kesimpulan yang aku faham cekik darah lintah darat Keluar mulut harimau masuk mulut buaya Sedangkan Ada pilihan original ma...
Sampul Duit Raya Bertingkat Pelita Solar Antara 5 Trend Inovatif Sambut Lebaran Tahun Ini

Sampul Duit Raya Bertingkat Pelita Solar Antara 5 Trend Inovatif Sambut Lebaran Tahun Ini

papar berkaitan - pada 3/4/2023 - jumlah : 655 hits
Trend berubah saban tahun seiring dengna perkambangan teknologi dan kreativiti orang Sampul Raya Bertingkat Mungkin Jadi Trend Lebaran Tahun Ini Bayangkan dapat sampul duit raya bertingkat ni Raya tahun ini Buka je ingat sampul duit raya bi...
Agak Agak Idea Dia Ni Boleh Pakainka Selepas Cetak Duit

Agak Agak Idea Dia Ni Boleh Pakainka Selepas Cetak Duit

papar berkaitan - pada 2/4/2023 - jumlah : 249 hits
Itujerla yang mampu dia buat Korek korek korek selagi boleh Macamla selesai masalah rakyat Buta kau punya mentaliti dulu zaman gawat simpanan rakyat still ada utk hari tua Tapi jika dapat pemimpin yg hanya tahu nak buat kerja mudah dan moda...
Walaun Mana Ada Banyak Idea Kecuali Kerja Dia Suka Laga Lagakan Orang

Walaun Mana Ada Banyak Idea Kecuali Kerja Dia Suka Laga Lagakan Orang

papar berkaitan - pada 21/4/2023 - jumlah : 317 hits
Aku ternampak walaun share video keluhan tauke Mydin kerugian sebab cuti tergempar Begitulah walaun Perangai serupa sesumpah Boleh berubah Sekejap bela rakyat Sekejap lagi bela peniaga Bayangkan kalau DS Anwar tak umumkan cuti dia jugalah n...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Keadaan Mangsa Banjir Di Aceh Kritikal Bantuan Masih Diperlukan Utusan Melayu Plus 18 12 2025

Sabtu Kimchi Homemade Type M

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Delicious Recipe Corned Beef Hash Casserole


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Villa H Ark Architecture Tunisia