Moratorium Automatik Yang Tidak Automatik




 Malam tadi Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin menyebut tentang pemberian moratorium automatik berikutan perlaksanaan PKP penuh antara 1 hingga 14 Jun ini.
“Saya mendengar permintaan rakyat supaya kerajaan menimbang semula pemberian moratorium.
“Sehubungan itu, hasil perbincangan bersama Bank Negara Malaysia (BNM), industri perbankan memberi jaminan dan komitmen penuh untuk terus memberikan bantuan pembayaran balik pinjaman dan moratorium.
“Oleh itu, bagi semua golongan B40 dan rakyat yang terjejas ekoran kehilangan pekerjaan serta perusahaan mikro dan PKS yang tidak dibenarkan beroperasi dalam  tempoh PKP, anda diberi pilihan untuk mendapatkan kelulusan moratorium penuh selama 3 bulan atau boleh memilih untuk mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50 peratus selama tempoh 6 bulan,” katanya dalam perutusan khas yang disampaikannya.
Sehubungan itu, tambah Mahiaddin lagi, para peminjam hanya perlu menghubungi bank masing-masing untuk mendapatkan manfaat bantuan tersebut.
Dengan pemahaman yang mudah, moratorium yang diumumkan Mahiaddin itu hanya terhad untuk golongan B40 dan mereka yang terjejas pendapatan, kehilangan pekerjaan dan bukan menyeluruh seperti PKP 1.0 sebelum ini.
Golongan M40 bermakna tidak layak langsung menikmati moratorium kali ini.
Mengapa golongan M40 dipinggirkan, walhal ramai juga mereka ini yang terjejas pendapatan dan hilang pekerjaan perlaksanaan PKP?
Maka, kenapa ia disebut moratorium automatik, sedangkan langsung tidak automatik dan masih ada golongan yang terkecuali daripada menikmatinya?
Selain itu, disebut juga bahawa peminjam diberi pilihan sama ada mahu moratorium selama tiga bulan atau pengurangan bayaran balik sebnyak 50 peratus bagi tempoh enam bulan.
Kenapa perlu diberi pilihan kalau ia disebut moratorium automatik?
Bukankah autimatik bermakna tiada pengecualian dan tiada pilihan?
Seterusnya, disebut juga oleh Mahiaddin, para peminjam perlu menghubungi bank masing-masing untuk memperolehi manfaat bantuan yang diumumkannya itu.
Sekali lagi, dengan peminjam perlu menghubungi bank, bermakna moratorium ini langsung tidak automatik.
Peminjam yang tidak menghubungi bank tidak akan memperolehi bantuan moratorium yang disebut automatik itu.
Kenapa kerajaan tidak melaksanakan moratorium automatik selama tiga bulan tanpa perlu peminjam berurusan dengan bank sebagaimana moratorium enam bulan yang diberikan pada PKP 1.0 dahulu?
Susah sangatkah mahu melakukannya?
Inikah bentuk kerajaan yang dikatakan prihatin kepada nasib rakyat?
Prihatin kepada rakyat atau prihatin kepada bank?
Akhirnya, walaupun disebut oleh Perdana Menteri sebagai moratorium automatik, berdasarkan sebahagian besar syarat yang diletakkan, ia bukanlah automatik sepenuhnya.
Hanya suku yang automatik, tetapi tiga suku lagi tidak automatik.
Mengapa Mahiaddin tidak sebut saja moratorium kali ini sebagai moratorium tidak automatik? 


(ShahbudinHusin 01/06/2021)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/06/moratorium-automatik-yang-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tolong Lah Bagi Moratorium Automatik

Tolong Lah Bagi Moratorium Automatik

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 182 hits
Oleh Media Mulia RAZLAN RAFIIPETALING JAYA Kerajaan sewajarnya memberi moratorium automatik kepada peminjam institusi perbankan bagi mengurangkan beban mereka Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Razlan Rafii berkata ini kerana ramai yang terke...
Pemerkasa Plus Moratorium Automatik Selama 3 Bulan B40 Golongan Terjejas

Pemerkasa Plus Moratorium Automatik Selama 3 Bulan B40 Golongan Terjejas

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 402 hits
Kerajaan telah mengumumkan pakej baharu bantuan PEMERKASA PLUS yang bernilai RM40 bilion yang bertujuan untuk membantu rakyat menghadapi PKP 3 0 Selain itu tujuan pakej bantuan ini ialah untuk merangsang ekonomi rakyat Total Lockdown fasa p...
Segera Laksana Moratorium Automatik Puad Beritahu Putrajaya

Segera Laksana Moratorium Automatik Puad Beritahu Putrajaya

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 157 hits
May 19 2021 Puad Zarkashi berkata sejak Parlimen digantung rakyat yang terjejas tiada saluran untuk meluahkan kesusahan yang dialami supaya nasib mereka terbela PETALING JAYA Ahli majlis kerja tertinggi Umno Puad Zarkashi mendesak Putrajaya...
Moratorium Automatik Wajar Diberikan Kepada B40 Dan M40

Moratorium Automatik Wajar Diberikan Kepada B40 Dan M40

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 216 hits
Pada 4 Jun 2021oleh PENTADBIROleh Ghafar NSGolongan B40 dan M40 perlu diberi perhatian yang khusus oleh Kerajaan Perikatan Nasional dalam berhadapan dengan total lockdown bagi menangani krisis Covid 19 yang lebih serius Menurut Timbalan Set...
Moratorium Automatik Selama Tiga Bulan

Moratorium Automatik Selama Tiga Bulan

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 196 hits
Oleh KOSMO PETALING JAYA Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa semua golongan B40 dan rakyat yang terjejas semasa Perintah Kawalan Pergerakan penuh dijalankan berpeluang mendapat moratarium automatik selama tiga bulan ...
Pengendalian Moratorium Bagi Pinjaman Sewa Beli Dan Pembiayaan Islam Berkadar Tetap

Pengendalian Moratorium Bagi Pinjaman Sewa Beli Dan Pembiayaan Islam Berkadar Tetap

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 133 hits
Susulan daripada pengumuman oleh Bank Negara Malaysia pada 25 Mac 2020 yang lalu institusi perbankan sedang dalam proses memformalkan perjanjian perjanjian bagi mencerminkan semakan terhadap syarat pembayaran balik dengan pihak peminjam pel...
Kenapa Perlu Melompat Moratorium Dan Bank Negara

Kenapa Perlu Melompat Moratorium Dan Bank Negara

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 178 hits
UPDATE TERBARU MORATORIUM BERAPA LEBIHAN INTEREST PERLU DIBAYAR DAN PATUTKAH KITA MASIH AMBIL Kenyataan terbaru Bank Negara dan Persatuan Bank Malaysia mengatakan yang hire purchase fixed rate loan akan dikenakan interest sepanjang tempoh m...
Peminjam Pilih Moratorium Tidak Perlu Buat Permohonan Bnm

Peminjam Pilih Moratorium Tidak Perlu Buat Permohonan Bnm

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 170 hits
KUALA LUMPUR Bank Negara Malaysia menegaskan bahawa peminjam tidak perlu membuat permohonan bagi moratorium Bank pusat itu dalam kenyataannya berkata peminjam hanya perlu menyelesaikan dokumentasi yang diperlukan bagi memberikan kuasa undan...
Kepentingan Moratorium

Kepentingan Moratorium

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 181 hits
ENG HUAT KOH PUNCA Pandemik Convid 19 telah mengoyah sistem ekonomi Ketidakmampuan melaksanakan obligasi Kewangan yg diluar jangka dan bukan disengajakan Keakuran kepada Perintah Kawalan Pergerakan yg telah menjejaskan pendapatan KEPERLUAN ...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas

Acara Harith Iskander Di Dewan Filharmonik Petronas Dibatal

Cara Untuk Bersangka Baik Dalam Kehidupan

Naim Garcia Calon Pemain Warisan Baru Perkuat Harimau Malaya