Moral Of The Story
OK, tengah tunggu makanan lunch sis, confirm lama lagi ni. Buleh laa nak merepek hahahahahha
Kisah teladan yang telah ditunjukkan:
DIRI SENDIRI
1) Untuk kau gembirakan orang lain, kau kena gembirakan diri sendiri dulu
Bukan bermaksud kena selfish atau apa. Maksudnya, inner child kau kena OK, bukannya wounded
Problem dengan wounded inner child ni. Kau boleh projectkan masalah kau, insecure kau kepada orang lain. Benda tu akan makan diri sendiri akhirnya
Contoh: Kau pernah ditipu semasa past relationship kau.
Sepatutnya kau reflex kembali, kenapa engkau di tipu, adakah salah dari pihak dia or diri sendiri or keadaan yang tidak mengizinkan sebab tiada jodoh?
Selepas kau boleh identify sedikit sebanyak apa masalahnya, baru kau boleh progress dan cuba elakkan benda tu terjadi pada masa relationship akan datang
Ini tak, habis kau control next partner kau, insecure, tuduh bukan-bukan cakap “U ni mesti gatal kan, suka layan laki lain. I tak percaya kat U”
Eh tiber
Kalau betul tu, takpe jugak. Ini main belasah je tuduh sebab KAU TAKLEH SALAHKAN AKU SEBAB PREVIOUSLY AKU PERNAH KENA TIPU, POMPUAN TU PENYEBAB AKU JADI MACAM NI
Eh, kau yang masih wounded, nak nak project kepada orang lain pula. Sila jangan start any relationship kalau diri tak mampu yea
2) PERFECTIONIST
Tak salah nak jadi perfectionist, kengkadang itu je yang boleh buat kita happy sebab kita feeling macam boleh control keadaan kononnya
Kau nak aim setinggi langit cita-cita, tahap delusion ke apa ke, teruskan. Ini hidup kau. Bukan hidup orang
Lantak laa orang cakap, eleh, beria je lebih kau ni, banyak je orang fail aku tengok, takyah la kejar sangat impian tu
Biarkan mereka. Mungkin mereka ni pon ada wounded inner child. Nak marah pon tak boleh, sebab masing-masing di besarkan dengan persekitaran yang berlainan, mungkin parents bercerai, hostile environment, selalu fail dan jarang dapat apa yang mereka nak
Jadinya, mungkin intention nya cakap begitu supaya kau tak depress sebab jatuh tergolek tak mencapai impian seperti mereka. So dah warn awal-awal segala possibilities failure yang mungkin kau akan hadap
Dan mungkin juga intentionnya untuk kau cepat give up sebab stress asyik tengok kau berjaya
Whateva intention mereka pon, bukan hal yang kau perlu kisah sebab itu intention diorang, tapi ini life kau. Lantak laa kau nak buat apa
Whateva kau punya pilihan, ada pro and cons, selagi kau sanggup tanggung pro and cons, buat je la. Nothing perfect kan, kita ni banyak kena belajar sementara nak tunggu kematian ni
Jangan buat keputusan lepas tu salahkan orang lain disebabkan pilihan itu, salahkan keadaan, salahkan semua benda. Itu bangang namanya yea rakan-rakan
Tapi isu dengan perfectionist ni akan ada problem bila kau nak jadi perfectionist tu untuk mata orang lain dan bukan untuk kepuasan diri sendiri
Contoh:
Kau nak perfect sebab itu society nak
Kau buat benda tu sebab itu adalah protokolnya tapi kau tak happy kena follow
Kau rasa kalau diri tak follow apa society nak, orang akan pndang rendah dan kau adalah failure
Kau nak recognition, kau nak orang jadikan kau sebagai contoh atau role model dalam hidup diorang
Giler
Perfectionist ✅
Perfectionist tapi diri sendiri pressure, penat dan dapat depression senyap-senyap ❌ ok yea
Jangan salahkan orang perfectionist dan jangan confuse perfectionist dengan perfectionist yang perlukan recognition
OK, tu baru bahagian untuk diri sendiri
Selagi inner child kau tak OK, kau tak boleh contribute kepada partner or society dengan aman
Semua kena bermula dengan diri sendiri dulu
Inner child ni hanya tuan badan je akan tahu
Sometimes kau pon taktahu apa masalah kau sebenarnya
Tapi tengok tak cerita Barbie masa dia meditate untuk mencari tuan dia di park?
Yes, itu laa cara nya untuk berhubung dengan inner child kau. Bermeditate, duduk sorang-sorang senyap-senyap, semayang tahajjud ke untuk minta pertunjuk, then baru kau boleh nampak
Aku ni pon susah, tak jumpa-jumpa sebab banyak laghra 🤣🤣🤣 lepas tu tak boleh concentrate, pemalas nak mencari diri sendiri, haaaa ini laa jadinya sekarang 🤣🤣🤣
Inner child aku pon malas nak layan aku agaknya 🤣🤣🤣
Tapi hari tu, pernah laa ada glimpse sekejap inner child aku. Aku rasa dia memang bengong budaknya, dia happy cuma sebab sentiasa happy, dia nak happiness tu continous dan langsung takda moment yang dull. Dia taknak moment normal
Tapi tuan dia sekarang tak mampu nak berikan benda tu, or substitute dengan benda lain. So sama-sama “normal” dan depress la sekarang
Pujuk la camne pon, dia decide untuk berkabung walaupon keliling cuba untuk menceriakannya
Ini adalah decision yang dipilih 😅😅😅
OK, so far ini je yang mampu aku terfikir untuk moral of the story part diri sendiri
Lepas ni part relationship, partnership dan friendship pula
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kipasbesi.blogspot.com/2023/08/moral-of-story.html