Monopoli Bernas Dilanjut Harga Beras Import Naik 5



Harga beras import tidak wajar naik dalam pasaran tempatan.
Menurut mantan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin, alasan utama kerajaan Perikatan Nasional melanjutkan monopoli mengimport beras kepada Bernas adalah untuk menjamin kestabilan harga.
Oleh itu, jika harga tidak boleh distabilkan maka lebih baik kerajaan mengikut sahaja polisi Pakatan Harapan sebelumnya yang mahu menamatkan monopoli Bernas.
“Dalam sidang Parlimen lepas, Menteri Pertanian memaklumkan kepada dewan antara rasional memberi lanjutan konsesi monopoli import adalah untuk menjamin kestabilan beras import.
“Tetapi melihat kepada realiti sebenar, monopoli tidak dapat menjamin kestabilan harga. Kenaikan harga telah berlaku sejurus selepas konsesi monopoli dilanjutkan. Ini adalah satu kegagalan Kerajaan PN.
“Parti KEADILAN menyeru pihak Kementerian menyiasat punca sebenar kenaikan harga beras import ini,” katanya.
Menurut Sim lagi, Kementerian sepatutnya menyiasat penyebab Bernas tidak mengimport beras putih dari negara-negara yang harganya lebih murah berbanding mengekalkan pembelian dengan rakan niaga sedia ada.
Harga di pasaran tempatan juga, katanya tidak boleh naik dengan segera kerana rolling stockpile beras negara mencukupi dan boleh bertahan 4 – 6 bulan.
“Kenaikan harga di peringkat pengguna tidak harus berlaku begitu segera.
“Kementerian juga perlu menyiasat kenapa Bernas tidak mengimport beras dari India, Pakistan dan Myanmar, di mana harga beras putih rendah berbanding Thailand dan Vietnam.
“Selain itu, siasatan perlu dibuat adakah kenaikan harga disebabkan oleh kos obligasi Bernas yang baru. Kementerian telah menambah 5 obligasi tambahan kepada Bernas dalam konsesi baru. Adakah kos-kos obligasi terbaru ini ditanggung oleh rakyat biasa dengan kenaikan harga beras import?” tanyanya.
Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru itu, kenaikan beras putih import bukan sahaja akan menjejaskan pengguna beras varieti berkenaan.
Sebaliknya, akan berlaku kenaikan harga bagi produk hiliran beras dan juga harga beras tempatan yang mungkin mengambil kesempatan daripada kenaikan harga beras import.
“Bernas memberi alasan kenaikan harga export dari Vietnam dan Thailand dan kos pengangkutan merupakan punca utama kenaikan harga.
“Parti KEADILAN memandang serius tentang kenaikan harga beras import ini kerana mempunyai domino effect kepada kenaikan harga beras import varieti lain, diikuti harga bihun, koay teow, dan produk hiliran beras yang lain. Rakyat biasa akan menerima kesan kenaikan harga barang.
“Ia juga akan memberi tekanan kenaikan harga beras tempatan juga, walaupun harga siling telah ditetapkan di pasaran,” katanya lagi.
Untuk rekod Malaysia menggunakan 30% beras import. Baru-baru ini menurut laporan media, Bernas telah memaklumkan kepada para  pengedar bahawa harga beras putih import dinaikkan 5%, dari RM2150 ke RM2250 setan.
Oleh itu, pemain industri menjangkakan kenaikan harga beras putih import akan berlaku sebanyak 5% dalam minggu-minggu akan datang. Kenaikan biasanya akan disalurkan kepada pengguna.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/31697

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Teringin Buah Import Harga Tak Masuk Akal Miera Liyana Kongsi Pengalaman Hamil Anak Pertama

Hiburan Teringin Buah Import Harga Tak Masuk Akal Miera Liyana Kongsi Pengalaman Hamil Anak Pertama

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 745 hits
Pelakon Miera Liyana yang baru sahaja mengumumkan berita gembira di mana dia kini sedang sarat hamil tujuh bulan ada berkongsikan sedikit sebanyak pengalaman berbadan dua buat kali pertama ini Sumber Instagram Miera Liyana Menurut Miera dia...
Sudah Impor 680 000 Ton Harga Gula Tak Akan Naik

Sudah Impor 680 000 Ton Harga Gula Tak Akan Naik

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 213 hits
Ketersediaan gula impor tersebut didukung pula oleh hasil panen masyarakat yang diperkirakan mulai menuai pada pertengahan Mei Panen ini bahkan bisa menjadi cadangan hingga Agustus atau September tahun ini
Mesra Disenangi Ramai Tuan Nik Ezanee Naik Pangkat Jadi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Selangor

Mesra Disenangi Ramai Tuan Nik Ezanee Naik Pangkat Jadi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Selangor

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 434 hits
1 716 total views 1 716 views today Siapa sahaja yang tidak kenal dengan keperibadian Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal Seorang pegawai polis yang cukup terkenal dengan sifat kasih sayang nilai kemanusiaan dan ihsa...
Kasus 2 Mahasiswa Uin Malang Tewas Saat Diklat Pencak Silat Naik Ke Penyidikan

Kasus 2 Mahasiswa Uin Malang Tewas Saat Diklat Pencak Silat Naik Ke Penyidikan

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 354 hits
Meskipun orang tua dari korban Faisal Latiful Fahri telah menerima kejadian tersebut sebagai musibah dan memohon proses hukum dihentikan namun keluarga korban lain yakni Miftah Rizky Pratama belum menerima kejadian tersebut dan menginginkan...
Mujahid Jawab Pendustaan Isu Lgbt Dan Zakir Naik Mufti Utara Pun Fitnah Juga

Mujahid Jawab Pendustaan Isu Lgbt Dan Zakir Naik Mufti Utara Pun Fitnah Juga

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 335 hits
Beliau berkata demikian sebagai menjawab dakwaan Dato Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mengatakan Mujahid enggan berjumpa dengan Dr Zakir Naik Pada 13 Mac 2019 bertempat di Pejabat JAWI Wilayah Persekutuan saya bertemu dengan Dr Zakir Naik S...
Daihatsu Raih Penjualan 17 942 Unit Per Februari Pangsa Pasar Naik Jadi 17 8 Persen

Daihatsu Raih Penjualan 17 942 Unit Per Februari Pangsa Pasar Naik Jadi 17 8 Persen

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 216 hits
Daihatsu mengawali penjualan dua bulan di awal 2021 dengan capaian cukup baik kala pandemi Covid 19 masih besar di Indonesia Pada periode Januari Februari penjualan ritel Daihatsu mencapai 17 942 unit
Yusuf Azmi Naik Angin Bila Jumpa Dengan Laki Ni Memang Kaw2 Kena Sekolah

Yusuf Azmi Naik Angin Bila Jumpa Dengan Laki Ni Memang Kaw2 Kena Sekolah

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 246 hits
Yusuf Azmi satu nama yang tidak asing lagi Dulu nama beliau pernah viral di media sosial apabila beliau bersama PPIM Dengan keberan1an beliau menentang Ahlong dan mempert4hankan nasib rakyat yang tidak bernasib baik dit1pu Ahlong Carian men...
Selama Sepekan Ihsg Naik 1 59 Persen Ke Level 6 358

Selama Sepekan Ihsg Naik 1 59 Persen Ke Level 6 358

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 325 hits
Sedangkan untuk rata rata volume transaksi harian mengalami perubahan sebesar 18 60 persen menjadi 17 921 miliar saham dari 22 015 miliar saham sepekan yang lalu Rata rata frekuensi harian turut berubah 14 11 persen menjadi 1 209 323 kali t...
Facebook Melatih Kecerdasan Buatan Yang Memahami Konteks Dan Audio Menggunakan Video Yang Dimuat Naik Pengguna

Facebook Melatih Kecerdasan Buatan Yang Memahami Konteks Dan Audio Menggunakan Video Yang Dimuat Naik Pengguna

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 446 hits
Dianggarkan dalam setiap minit video sepanjang 48 jam dimuat naik pengguna ke Facebook Dengan ini Facebook mempunyai koleksi video yang besar untuk dijadikan data raya pelbagai kegunaan Menerusi Projek Learn From Video Facebook kini menggun...
Hari Lautan Sedunia Bukan Sahaja Ombak Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya

Mitos Cinta Akira

Sumba Is Not Bali That Is The Point

Ringgit Rebounds As Us Dollar Weakens Despite Progress In Trade Talks

Heat Rises On And Off The Pitch With Tiger Balm S Legendary Together Football Tournament In Malaysia

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Redakan Hfmd Petua Tips Ibu Bapa Perlu Tahu

Pasaran As Melonjak Disokong Data Pekerjaan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jangan Normalisasikan Wanita Tegur Ibu Beri Anak Makanan Belum Dibayar

Dendam Kena Paksa Belajar Pelajar Spm Mengamuk Ibu Dan Abang Jadi Mangsa

Malaysia Negara Ke 10 Paling Menakutkan Untuk Memandu

Sajikan Dengan Keaslian Jadikannya Rasa Italian Meraikan Warisan Kulinari Itali Di B I G Publika

Resepi Ayam Kukus Mudah

Sedap Rupanya Daging Berlengas Berselera Encik Suamiku Makan