Mohon Bantuan Dari Gereja Lebih Mudah Dari Zakat



AMPANG – Tiga ibu tunggal mendakwa mereka tidak menerima bantuan sewajarnya dari institusi zakat atau agensi berkaitan walaupun sudah berkali-kali membuat permohonan.
Kesemua wanita terbabit yang tinggal di sekitar daerah itu turut mendakwa, mereka terpaksa memohon bantuan dari pihak gereja akibat dihimpit kesukaran hidup selepas bergelar ibu tunggal.

Kathy (bukan nama sebenar), 53, berkata, dirinya sudah membuat permohonan di institusi berkenaan sejak sembilan tahun lalu kerana mempunyai tanggungan anak-anak yang bersekolah selain tidak mempunyai pendapatan tetap.
Menurut Kathy, dia sudah bercerai dengan suami sejak 2004 dan mempunyai tiga anak berusia antara 24 hingga 29 tahun.
“Dalam keadaan yang amat susah ketika itu kerana anak-anak sedang di bangku sekolah menengah dan universiti, ditambah pula dengan rasa kecewa kerana permohonan zakat asyik ditolak, saya akhirnya terpaksa menghubungi individu dari sebuah gereja untuk meminta pertolongan.

“Saya tak sangka bila minta tolong dari pihak terbabit, cepat sahaja mereka hantar bantuan dan masukkan duit dalam akaun saya. Pernah satu ketika mereka selesaikan tunggakan sewa rumah saya yang mencecah RM20,000.
“Saya tanggung tiga anak dengan hanya berniaga kuih-muih yang dihantar ke kedai, kalau ikutkan memang tidak cukup untuk perbelanjaan harian dan kini hutang sewa rumah saya sudah kembali tertunggak mencecah hampir puluhan ribu ringgit.
“Tuan rumah kata pada saya, kalau orang lain tak bayar sewa sebegini banyak mereka sudah lama tinggal bawah jambatan. Jadi hasil menjual kuih-muih saya akan bayar sewa rumah setiap hari antara RM20 hingga RM30 tetapi amaun itu terlalu rendah untuk selesaikan tunggakan yang ada,” katanya dalam satu sidang media di Ukay Perdana semalam.

Ketiga-tiga ibu tunggal berkenaan tampil berkongsi mengenai kesusahan yang dialami atas bantuan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dikenali sebagai Kramat.
Tambah Kathy lagi, sebelum ini dia bersama anak-anak menetap di ibu kota sebelum berpindah ke Ampang.
“Masa di KL dahulu memang dapat bantuan dari Baitulmal tetapi apabila berpindah dan duduk di sini sudah sembilan tahun, bila minta zakat saya akan dimaklumkan permohonan untuk tahun berkenaan sudah penuh.
“Saya juga pernah dimasukkan ke hospital selama sebulan kerana didakwa alami tekanan jiwa akibat beberapa kali cuba membunuh diri, kesian anak-anak ketika itu terutamanya yang bongsu kerana dia agak trauma sepanjang membesar,” katanya.

Sementara itu, Lina (bukan nama sebenar), 40, mendakwa dirinya juga sering dicemuh dan dihina kerana acap kali meminta pertolongan serta bantuan.
Lina yang juga merupakan ibu kepada tiga anak berusia 16 hingga enam tahun itu berkata, dia sudah tidak mampu lagi untuk bekerja atau berniaga kerana mengalami masalah kesihatan.
“Saya sudah dua kali jalani pembedahan di bahagian belakang badan serta kaki kiri kerana mempunyai kanser kulit dan ketika ini perlu berulang alik ke hospital untuk rawatan susulan.
“Hampir dua tahun saya bercerai dengan bekas suami dan sejak itu saya cuba untuk memohon bantuan dari pihak berkaitan tetapi tidak pernah berjaya.
“Bila orang tahu saya ada terima bantuan dari pihak gereja mereka kecam saya kenapa ambil duit tersebut, tapi hidup saya sangat sangat terdesak kerana ketika itu saya perlu selesaikan urusan sekolah anak yang nombor dua,” ujarnya.

Bagi Amy (bukan nama sebenar), 44, hidupnya umpama jatuh ditimpa tangga selepas diceraikan oleh suami pada penghujung tahun lalu.
Kata Amy, dia menampung hidup bersama anak-anak dengan hanya menjual nasi lemak.
Cerita Amy, anak sulungnya berusia 24 tahun sudah berkahwin manakala empat lagi masih dibawah tanggungannya.
“Anak saya yang bongsu berumur empat tahun merupakan kanak-kanak kelainan upaya (OKU), buat masa ini saya cari wang dengan jual nasi lemak.
“Tapi sejak akhir-akhir ini saya dah tak mampu nak berniaga lagi kerana alami masalah kesihatan apabila tangan sering kebas dan tidak boleh digerakkan.
“Sebelum ini bekalan air di rumah saya memang hampir dipotong, nasib baik ada orang datang hulurkan bantuan.
“Saya bukan tidak mahu bekerja tetapi anak kecil saya merupakan OKU dan musim Covid-19 semua orang tahu susah nak cari kerja,” luahnya.

Dalam pada itu, Ketua Wanita Kramat, Sharifah Noorlina Mahdar, berkata, ramai individu tampil memohon bantuan daripada mereka terutamanya ketika negara dilanda pandemik Covid-19.
Jelas Sharifah Noorlina, mereka bukannya NGO yang mampu menyalurkan sumber kewangan secara terus tetapi lebih kepada mencari ikhtiar lain bagi membantu mana-mana individu di dalam kesusahan.
“Kalau boleh cepat lah hulur bantuan kepada kakak ini semua kerana hari raya pun sudah semakin hampir dan mereka juga mempunyai tanggungan anak-anak lebih dari seorang.
“Musim Covid-19 ini berapa sangat lah pendapatan yang mereka boleh dapat hasil berniaga.
“Selepas ini kita akan pergi terus kepada institusi dan agensi berkaitan untuk bertanya tentang status kelayakan ibu tunggal ini. Itu sahaja yang termampu kami lakukan dan diharap lepas ini kami dapat bantu lebih ramai lagi yang tidak mendapat hak mereka sewajarnya,” katanya. – MalaysiaGazette




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/05/mohon-bantuan-dari-gereja-lebih-mudah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dengan Perbankan Internet Cimb Tunai Zakat Lebih Mudah

Dengan Perbankan Internet Cimb Tunai Zakat Lebih Mudah

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 537 hits
Assalamualaikum semua Macam mana dengan puasa korang Harap tak adalah yang cari air paip waktu tengahari ya Ahaks YF doakan semua pembaca blog YF boleh berpuasa dengan tenang dan mudah Amin Bercakap tentang MUDAH kali ni YF nak kongsikan ma...
Susah Nak Bagi Bantuan Pada Ummat Islam Nak Siasat Gereja Haaaa Islam Terancam Ke Ni

Susah Nak Bagi Bantuan Pada Ummat Islam Nak Siasat Gereja Haaaa Islam Terancam Ke Ni

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 269 hits
ZULAIFA RAHMANBOLE KE PAKAI ASYIK DOK MAIN DGN BUAH KALAU KALAU DLM ISU INI LANGGAR SOP PUN HANYA BERKATA NO KOMEN NO KOMEN BOLE GITU STANDARD MENTERI AGAMA KA LAGU NI BADAN ZAKAT PULAK JIKA MINTAK BAYARAN ZAKAT LAJU JE BYK IKLANNYA TAPI BI...
Wakil Rakyat Dap Pulau Pinang Padam Status Agih Bantuan Zakat Di Masjid

Wakil Rakyat Dap Pulau Pinang Padam Status Agih Bantuan Zakat Di Masjid

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 420 hits
Ahli Parlimen Batu Kawan dari parti DAP iaitu Kasthuri Patto didapati memadam kesemua hantaran Facebooknya yang dilihat mengagihkan baucer bantuan Zakat di masjid masjid Namun netizen sempat menangkap layar hantaran hantaran tersebut sebelu...
Lemang Kukus Guna Cawan Sama Macam Lemang Bakar Lebih Mudah Sedap

Lemang Kukus Guna Cawan Sama Macam Lemang Bakar Lebih Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 375 hits
Kalau dahulu nak mendapatkan lemang harus bergotong royong menyiapkan tempat membakar atau pilihan lain beli yang sudah siap dibakar Tapi sekarang resipi itu sendiri telah diinovasikan agar memudahkan sesiapa sahaja yang teringin untuk maka...
Tempah Pakej Aqiqah Dengan Aqiqahcentre Com Lebih Mudah Dan Senang

Tempah Pakej Aqiqah Dengan Aqiqahcentre Com Lebih Mudah Dan Senang

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 357 hits
Tempah Pakej Aqiqah Dengan AQIQAHCENTRE COM Lebih Mudah Dan Senang Assalamualaikum Hai kita masih lagi dalam tempoh PKPB PKPP untuk melawan pandemik Covid 19 mesti ada ibu bapa yang pening memikirkan bagaimana untuk membuat aqiqah dengan si...
4 498 Kes Baru Covid 19 Lebih 500 Pesakit Dalam Icu Hampir 300 Perlu Bantuan Ventilator

4 498 Kes Baru Covid 19 Lebih 500 Pesakit Dalam Icu Hampir 300 Perlu Bantuan Ventilator

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 315 hits
Lebih 500 orang kini ditempatkan dalam unit rawatan rapi pelbagai hospital kerana mengalami masalah kesihatan berkaitan Covid 19 Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah kemasukan 506 kes itu merupakan rekod tertinggi yang d...
Kirim Kad Raya Secara Digital Lebih Pantas Mudah Dan Murah Dengan Envitee

Kirim Kad Raya Secara Digital Lebih Pantas Mudah Dan Murah Dengan Envitee

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 478 hits
Assalamualaikum Alhamdulillah pejam celik sudah pertengahan ramadan dah kita Raya pun dah hampir berkunjung tiba Cuma tahun ni ramai bersedih sebab masih tak berpeluang untuk pulang beraya dekat kampung memandangkan keadaan negara kita yang...
Dakwaan Tiga Ibu Tunggal Mohon Bantuan Kewangan Gereja Akan Disiasat Zulkifli

Dakwaan Tiga Ibu Tunggal Mohon Bantuan Kewangan Gereja Akan Disiasat Zulkifli

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 213 hits
Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri KUALA LUMPUR Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata pihaknya akan menyiasat dakwaan tiga ibu tunggal beragama Islam yang terpaksa memohon bantuan kewangan daripa...
Kerap Peluk Anak Akan Hasilkan Hormon Oxytocin Anak Akan Lebih Mudah Dengar Cakap Ibu Ayah

Kerap Peluk Anak Akan Hasilkan Hormon Oxytocin Anak Akan Lebih Mudah Dengar Cakap Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 237 hits
Emosi ibu kadang kadang tak terkawal bila penat seharian dengan tugas tugas yang sentiasa menanti Tapi bila emosi tak terkawal jangan pula kita lepaskan pada anak kesian anak anak jadi mangsa Emosi anak juga akan tergangu Artikel Menarik Ma...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian