Moh Ronda Maran Rasai Keenakan Pizza Maran Mia Ghafar Bakery Cafe Dari Harga Rm5
Jika anda ronda-ronda ke Maran dan ingin mencari tempat makan yang sedap dan lazat, bolehlah anda singgah menjamu selera makan pizza jika tidak mahu makan berat-berat. Jangan ingat di Maran tidak ada restoren Pizza tapi bulan restoren pizza yang biasa kita pergi makan. Tapi kali Seri Wangi hendak membawa anda ke restoren a pizza Maran dimiliki oleh peniaga bumiputra iaitu Puan Zalmiah Binti Abd Ghafar (Mia Ghafar). Selain beliau memiliki Restoren Pizza Maran, beliau juga membuka Pizza Maran Frozen yang mana pizza frozen tersebut boleh dipos kepada pelangganya ke seluruh negeri kecuali Sabah/Sarawak.
PIZZA MARAN
Percaya tak kalau Seri Wangi kata pizza Maran ni hanya berharga dari RM5 dan sedap pulak rasanya dan mempunyai pilihan pelbagai flavor seperti Perisa sambal Petai Tempoyak, Pizza 2 musim -size small 6 inci-(Cheezy+BBQ), Pizza Sambal Hitam + Beef Pepperoni dan pelbagai perisa. Restoren Pizza Maran terletak di Anjung Selera Taman Tasik Maran
Puan Zalmiah Binti Abd Ghafar
Selain dari pizza, terdapat juga menu-menu lain yang dihidangkan, memang sangat sedap semua menu-menu yang dihidangkan semasa dinner malam itu. Seri Wangi paling suka makan pizza perisa sambal Petai Tempoyak, hanya di Maran saja yang ada, tak taulah kalau di tempat lain ada dijual.
Di Pizza Maran anda boleh memilih jenis pizza yang anda gemar seperti:
☑️Pizza Ala Carte☑️Pizza Combo☑️Korean pun Ada
Di antaranya Pizza Pencita cheese, Pizza Classic dan Pizza Kanak-kanak - Tak Pedas). Pizza yang sentiasa mendapat permintaan ialah Perisa sambal Petai Tempoyak, Pizza 2 musim (Cheezy+BBQ) dan Pizza Sambal Hitam + Beef Pepperoni. Seri Wangi sangat suka semua tersebut, rasa sedap dan lembut. Pizza Maran juga menyediakan perkhidmatan penghantaran pizza frozen ke seluruh negeri kecuali Sabah/Sarak.
PIZZA MARAN FROZEN
Untuk maklumat semua selain Pizza Maran, pemiliknya iaitu Puan Zalmiah Binti Abd Ghafar (Mia Ghafar) juga memiliki outlet Pizza Mara Frozen yang mana ianya menyediakan penghantaran pizza sejuk beku yang akan diposkan ke seluruh negeri kecuali Sabah/Sarawak atas permintaan pelangganya. Seri Wangi sangat kagum bahawa pizza Maran homemade ini sangat berkualiti dan bersih pembuatannya.
Seri Wangi sendiri berpeluang dapat melihat cara pembuatan pizza Maran frozen yang menitikberatkan kualiti dan kebersihan ketika menyediakan pizza tersebut. Dari mula menguli doh, membakar, topping dan pembungkusan pizza frozen utk delivery di sekitar Maran dan juga pengeposan kepada pelanggannya di lain-lain Negeri.
Setelah tepung doh diuli dan dicanai leper, mengikut size yang dikehendaki sebelum Dibajar. Kemudian doh tersebut sedia untuk dimasukkan ke dalam oven khas untuk di kembangkan selama 30min dan dibakar serta disejukkan sebelum proses topping dilakukan untuk proses pembungkusan dan penghantaran.
Penyediaan Topping Pizza
Untuk penyediaan topping pizza mengikut saiz dan perisa, Pizza-pizza yang telah Dibakar dan disejukkan akan melalui proses penyediaan topping sebelum dibungkus untuk penghantaran. Bahan-bahan untuk topping adalah mengikut perisa yang diorder.
Berikut adalah pizza-pizza yang telah siap di taburkan topping mengikut saiz, perisa pizza dan dibakar untuk dihidangkan kepada pelanggannya. Seri Wangi tengok pun dah mula rasa lapar bila bau aromanya yang menambah tekak dan tidak sabar menunggunya. Lihat cara penyediaan ya di disini: https://vt.tiktok.com/ZSdMX8B3N/
Kalau nak tau penyediaan pizza Maran Hanya 5 minit sahaja dah boleh dihidangkan kepada pelanggan. Untuk Set combo A frozen ni boleh tahan selama 3 bulan dalam freezer. Pizza Maran yang paling digemari oleh pelanggan:
1. Perisa sambal Petai Tempoyak, -size Medium 9 inci RM15
2. Pizza 2 musim -size small 6 inci-
(Cheezy+BBQ) : RM5
3. Pizza Sambal Hitam + Beef Pepperoni (Large:12 inci) RM20
Hmmmm.... memang menggoda betul Pizza Maran ni, selain itu terdapat juga lain-lain menu yang dihidangkan, semuanya sedap dan lazat. Seri Wangi rekomenkan kepada anda jika ke Maran bolehlah singgah makan di Oulet Pizza Maran. Baca juga: nikmati masakan ikan sungai yang enak
Untuk maklumat lanjut dan tempahan
FACEBOO
https://www.facebook.com/PizzaMaran
INSTAGRAM
https://instagram.com/pizza_maran
TIK TOK
https://vt.tiktok.com/ZSdMXCBAt
ALAMAT
Pizza Maran
Kedai No 9,Gerai Anjung Selera.
(Bangunan Depan KFC & DIY Maran)
Taman Tasik Maran
Tel:
http://www.wasap.my/+60185784856/nakorderpizzamaran (Mia)
#Pizzamaran. #Pizzamaranfrozen #pizzaviral #pizzamampumilik #maranbandarsejahtera #mohrondamaran
#maranunlimited.com
#maranbandarsejahtera
#mohrondamaran #wonderfulmaran
#maranunlimited
#tourismpahang #tourismmaran
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.keunggulanwanita.com/2022/04/moh-ronda-maran-rasai-keenakan-pizza.html