Modenas Pulsar Rs200 Journey Up To 18 000 Km Mileage
Assalamualaikum.
Setelah saya menggunakan Modenas Pulsar RS200 selama 1 tahun 6 bulan dan lebih 35,000 km mileage, saya ingin kongsikan pengalaman susah dan senang dengan Jentera ini. Sebelum ini saya pernah membuat review semasa 5,000 km mileage, boleh click disini untuk ke article tersebut.
Saya ceritakan pengalaman saya mengikut mileage :
1. Tukar Tail Light/Lamp (10,000 km)
Ketika ini idle tail light tak menyala, hanya brek dan turn signal indicator sahaja yang menyala. Oleh itu saya tukar kepada after market Tail Light yang lebih menarik. (Walaupun boleh je claim warranty sebab masih cover).
Nampak lebih kemas berbanding lampu asal.2. Tukar Aftermarket Exhaust (10,000 km)
Akrapovic copy oriSatu je problem aftermarket exhaust ney. Piping ketika itu saya pakai saiz 51mm (2 inch) yang merupakan terlalu 'lawas' untuk engine 200cc. sepatutnya kena gunakan piping 38mm (1.5 inch).
Piping terlalu lawas menyebabkan 'asap exhaust banyak keluar : Air intake banyak masuk' (vaccum effect). Ia telah mengganggu Air - Fuel Ratio (AFR) asal engine dimana Angin terlalu banyak masuk tetapi bahan api masih tidak bertambah. Bahasa mudahnya pembakaran Engine kering (Engine Run Lean).
Engine Run Lean menyebabkan top-rev engine kehilangan power. Topspeed akan menurun.
Jadi, pilihlah saiz piping yang betul..... Tapi kalau tak kesah performance drop, boleh je layan bunyi BRAPPPP... hehehe~ *noted : saya pakai standard exhaust semula sehingga hari ini.
3. Engine Oil - Petronas F700 - (15,000 km)
Sebelum ini saya pakai minyak Bajaj sahaja tetapi 'teracun' untuk mencuba Petronas F700 emi-syntactic. Dari segi performance ia lebih baik daripada EO Bajaj kerana lebih kurang kelikatan. Rasa engine lebih ringan sedikit.
Saya tukar setiap 2,500 km mileage berbanding kalau EO Bajaj saya pakai sampai 5,000 km.Dan saya pakai sehinggalah sekarang. (sebab EO yang lagi best lebih mahal)
Petronas F700
4. Engine check warning light -turn on- (15,500 km)
Pada ketika ini mileage mencapai, tanpa diduga engine check warning light menyala. Motor saya ketika itu masih dalam keadaan baik tetapi agak merunsingkan jika terdapat masalah dalam yang menyebabkan engine check warning light menyala.
Pada hari yang sama, saya minta izin pada Boss saya untuk menghantar motorsikal ke Service Centre Subang Bestari. Alhamdulillah cuma Error code pada Fuel Injector sensor sahaja. Mereka just reflash ECU kembali kepada asal.
Thank you Abang SC
5. New Sprocket ratio (15-38) + chain (18,000 km)
Waktu ini rantai sudah kendur, sudah 3 kali di tegangkan semula maknanya sudah sampai masa untuk tukar dengan rantai baru
Sebelum ini guna sprocket 15-41 topspeed mencapai 160-162 kmh (cutoff) dan rasa seperti ada potensi untuk lebih TOPSPEED !!
Saya membuat sprocket calculation 15-38 akan mendapat +15.6% Topspeed tetapi -15.6% Tork. Anggaran topspeed akan mencapai 174 kmh (cutoff) dan 15.69 Nm tork.
Masa ini ada Event Modenas Gempak Santai v2Bersambung ke episode seterusnya...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://zeck-anythingscool.blogspot.com/2020/01/modenas-pulsar-rs200-journey-up-to.html