Model Ipr Berjaya Pada Hakikatnya


 


Aku terbaca kritikan Datuk Ts. Dr. Ramzah Dambul mengenai idea-idea YB Rafizi Ramli. Aku tertarik dengan kritikan beliau pada poin 3 tentang Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) dan Innovathon.















*Tulisan ini hanya akan memberi ulasan tentang poin no 3 sahaja. Awas, tulisan panjang. 😅


1. Kritikan tentang IPR (khusus di Sabah) sebagai 80% tidak sustainable. Alasannya limitasi isu-isu demografi dan geografi yang kurang difahami.


2. Kritikan tentang program Innovathon sebagai ada "silap besar", ayat yang digunakan beliau kerana tidak mewujudkan kategori khas inovasi akar umbi.


.


Izinkan aku menjawab kritikan no 2 dahulu, sebab itu lebih straight to the point.


Program Innovathon adalah satu usaha sama antara Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sains dan Teknologi.


Idea itu muncul seawal bulan-bulan pertama YB Rafizi dilantik menjadi Menteri. Siarannya adalah dalam tempoh tahun pertama (2023) pemerintahan Kerajaan Madani. 


Takdak nak honeymoon lepas jadi Menteri, terus plan, execute, boom. 


Ya, tentunya ada lompong-lompong yang boleh diperbaiki, tapi nak kata sampai "silap besar" itu bagi aku, agak kasar bunyinya.


Jadi apa objektif Innovathon ni? 


Di waktu stesen televisyen penuh dengan rancangan realiti nyanyian dan komedi, Innovathon diwujudkan untuk menyemai rasa minat dengan inovasi.


Rancangan realiti tentunya membentuk budaya. 


Dulu anak muda gemar menonton Akademi Fantasia dan Raja Lawak, ramai yang tiba-tiba bercita-cita untuk menjadi penyanyi dan pelawak, walaupun tone deaf dan lawak tak sampai.


Jadi, negara harus wujudkan budaya supaya anak muda ni kembali minat dengan STEM, dan ia perlu datang dari pelbagai sudut.


Salah satunya adalah program Innovathon. Bukan matlamat untuk menang pertandingan semata-mata, tapi untuk menyemai minat dan budaya inovasi.


Jabatan Pendidikan juga boleh menyambut budaya ini dengan mengadakan pertandingan di peringkat seawal sekolah rendah.


Dan sebenarnya Innovathon musim ke 2 ada Anugerah Khas Juri untuk peserta dari peringkat sekolah.


Innovathon akan diteruskan dengan musim ketiga, insya Allah.


.


Okey, kemudian mengenai topik yang popular, IPR. Betul ke 80% tidak sustainable di Sabah?


Disember 2024, aku dan rombongan kementerian melawat tapak IPR, penanaman nenas MD2 di Kg. Gana, daerah Kota Marudu.


Bila berborak dengan penyelaras di situ, depa pun cakap ramai orang Sabah sendiri tak pernah sampai ke Kg. Gana.


Jauh jaraknya ke pedalaman, even dari pekan Kota Marudu. Coverage handphone pun takdak.


Tau tak berapa luas penanaman nenas MD2 tersebut?


500 ekar jumlah keseluruhan.


Waktu kami melawat tu, fasa pertama 200 ekar telah ditanam. Dan kami tiba pada musim menuai.


Seramai 180 orang peserta terlibat pada fasa pertama ni, datang daripada 18 kampung berhampiran.


Semuanya golongan miskin tegar dan B40. Bila kita tanya depa berapa jumlah pendapatan, riak muka depa sangat happy, dalam keadaan sangat bersyukur.


Tak pernah terbayang depa akan dapat sekitar RM2,000 sebulan dengan tinggal di Gana, jumlah tu bagi depa adalah sangat-sangat lumayan.


Bayangkan sebelum tu kerja yang ada cuma masuk hutan, tangkap burung, kutip kayu, dan sebagainya. Pendapatan mereka cuma ratusan ringgit sebulan.


Aku sertakan beberapa gambar semasa kami melawat tapak IPR tersebut.


Di Sabah, jumlah peserta yang terlibat adalah seramai 770 orang, dan sedang dalam pertimbangan kementerian untuk menempatkan lagi 810 orang.


Kat mana 770 orang tu?


Kota Marudu, Kinabatangan, Matunggong, Kudat, Tambunan, Merotai.


Apa tanamannya?


Ada nenas MD2, cili fertigasi, jagung bijirin, halia.


Semua tanaman dipilih mengikut kesesuaian dari segi geografi, tanah, cuaca, dan pelbagai faktor lain.


Yang lagi 810 peserta sedang dalam pertimbangan itu melibatkan projek jagung bijirin, salad, tomato, cili, halia, nenas MD2, bawang, serta cendawan.


Program design IPR ni merupakan serampang beberapa mata.


- Bantu golongan miskin tegar dan B40 dengan peluang pekerjaan 
- Bantu SSR(Kadar Sara Diri) makanan di Malaysia
- Mewujudkan budaya modern farming dengan lebih meluas.
- Penggunaan tanah milik kerajaan negeri yang terbiar yang tidak mendatangkan apa-apa hasil ekonomi.


Apa yang menarik serta ironinya, Sabah adalah negeri yang paling ramai peserta IPR. 


Jadi, hujah mengatakan IPR Sabah 80% tak sustainable tu mungkin cuma teori di bilik kuliah semata-mata, tidak bersandarkan realiti.


Yang pasti, program design IPR tu sentiasa dikemas kini untuk menjadikan success rate tanaman serta peserta berada di paras optimum.


Model IPR bagi aku berjaya mencapai matlamatnya, dan perlu didokong serta diteruskan oleh mana-mana pimpinan dari mana-mana parti politik yang menjadi Kerajaan di masa hadapan.


Najib Bakar 
27 Jun 2025






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/07/model-ipr-berjaya-pada-hakikatnya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
22 Kimoterapi Amp 15 Sesi Radioterapi Graduan Hidap Kanser Tahap 4 Berjaya Tamat Pengajian Bikin Ramai Sebak

22 Kimoterapi Amp 15 Sesi Radioterapi Graduan Hidap Kanser Tahap 4 Berjaya Tamat Pengajian Bikin Ramai Sebak

papar berkaitan - pada 3/7/2025 - jumlah : 114 hits
Seorang graduan menerima sorakan dan semangat ketika meengambil skrol dalam majlis graduasi Institut Pendidikan Guru baru baru ini Nur Syahidatunnajwa Mohamad Naim menghidap kanser limfoma tahap empat namun tetap bersemangat dan kuat untuk ...
Seronok Malaysia Perolehan Besar 33 Buah F A 18c D Kuwait Berjaya Mas

Seronok Malaysia Perolehan Besar 33 Buah F A 18c D Kuwait Berjaya Mas

papar berkaitan - pada 15/7/2025 - jumlah : 122 hits
Langkah ini bakal menggandakan kuasa skuadron Hornet negara kita Malaysia yang kini hanya mengoperasikan 8 buah F A 18D TUDM Tentera Udara Diraja Malaysia kini berada di ambang era baharu setelah Amerika Syarikat Sahkan Lampu Hijau secara r...
13 Jam Yang Mendebarkan Hta Cipta Sejarah Lepas Berjaya Pisahkan Bayi Kembar Siam

13 Jam Yang Mendebarkan Hta Cipta Sejarah Lepas Berjaya Pisahkan Bayi Kembar Siam

papar berkaitan - pada 3/7/2025 - jumlah : 149 hits
Pada 24 Jun yang lalu sepasang bayi kembar siam lelaki berusia tiga bulan berjaya dipisahkan menerusi pembedahan sekali gus mencipta sejarah baru bagi Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur Menerusi satu hantaran di Facebook Kementerian Kesihat...
Pemimpin Melayu Melalak Melayu Tertindas Tapi Hakikatnya

Pemimpin Melayu Melalak Melayu Tertindas Tapi Hakikatnya

papar berkaitan - pada 12/7/2025 - jumlah : 126 hits
ISMET ULAM RAJA Ramai pemimpin Melayu hendakkan kita pasakkan minda Katanya kaum majoriti tertindas di Malaysia Walau kita tuan tanah kuasa ekonomi kita hilang Diambil oleh pendatang Walaupun selalu yang laung terpaling Melayu ini sudah kay...
Kerajaan Madani Hakikatnya Setuju Pertahan Kebebasan Kehakiman Sebab Itu Nurul Izzah Hadir

Kerajaan Madani Hakikatnya Setuju Pertahan Kebebasan Kehakiman Sebab Itu Nurul Izzah Hadir

papar berkaitan - pada 14/7/2025 - jumlah : 147 hits
HarapandailyJuly 14 2025 Oleh NORMAN RADZUAN Hari ini Majlis Peguam Malaysia bersama 500 peguam hadir untuk penyerahan memo kepada Perdana Menteri Pada awalnya Majlis Peguam Malaysia mensasarkan 3 000 peguam ke situ kehadiran hari di luar s...
Tiada Lagi Pemimpin Lebih Layak Berbanding Anwar Yang Berjaya Pulihkan Ekonomi Taufiq

Tiada Lagi Pemimpin Lebih Layak Berbanding Anwar Yang Berjaya Pulihkan Ekonomi Taufiq

papar berkaitan - pada 15/7/2025 - jumlah : 114 hits
Ahli Parlimen Sungai Petani Dr Mohammed Taufiq Johari menyifatkan tiada lagi pemimpin lebih layak berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggalas jawatan sebagai Perdana Menteri Menurut laporan Sinar Harian beliau berkata Ahli Parlimen ...
Xiaomi Yu7 Rasmi Suv Ev Yang Lebih Murah Daripada Tesla Model Y

Xiaomi Yu7 Rasmi Suv Ev Yang Lebih Murah Daripada Tesla Model Y

papar berkaitan - pada 27/6/2025 - jumlah : 129 hits
Selepas pertama kali didedahkan pada Mei lalu Xiaomi YU7 kini dilancarkan secara rasmi sebagai SUV elektrik kedua keluaran Xiaomi meneruskan momentum selepas kejayaan Xiaomi SU7 Kali ini YU7 hadir dengan saiz lebih besar teknologi canggih d...
British Rail A Privatisation Model Malaysia Should Never Have Copied

British Rail A Privatisation Model Malaysia Should Never Have Copied

papar berkaitan - pada 16/7/2025 - jumlah : 136 hits
The UK experiment has failed and after 30 years its government is reuniting operations and infrastructure a move Putrajaya has yet to make The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT
Breaking News Renault Group Acquires A Former Nissan Manufacturing Facility In India

Exploring The Essential Marine Supplies For Smooth Sailing

Menantu Siti Nurhaliza Diserang Caprice

Hiburan Saya Tak Layan Suami Orang Syira Atiqah Akhirnya Respon Isu Penyondol Rumah Tangga Fattah Amin Fazura

Malam Yang Tak Bisa Membawa Tidur

Should Dap Now Apologise To Zahid For Accusing Him Of Graft Ala Its Apology To Beng Hock S Family

Donald Trump Currently Possesses An Armored Golf Buggy Golf Force One Video

Rozi Kemang Berduri Tido Di Bilik Kekasih Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Supaya Tak Sepi Di Hari Tua

Komposer Ross Ariffin Meninggal Dunia

100 Kubur Di Kampung Pengkalan Maras Berisiko Hanyut Dipindahkan Mulai Hari Ini

Mdec X Bsn Team Up To Power Malaysia S Next Gen Digital Leaders

Mcdonald S Spicy Duo Concert Lit Up Putrajaya

Pelarasan Tarif Air Johor Tak Jejas Majoriti Pengguna Domestik Kelompok E Kasih