Model Cilik Ini Buktikan Umur Bukan Halangan


Anak Kecil, Impian Besar: Inspirasi Dari Laila, Model Cilik Malaysia Dalam dunia yang penuh cabaran dan persaingan ini, muncul seorang bintang kecil yang sedang bersinar terang—Laila, atau Alia Laila, 10 tahun, model cilik berbakat  dalam industri fesyen dan peragaan. Siapa sangka, pada usia yang begitu muda, Laila sudah menjadi wajah kepada pelbagai jenama terkenal?

Namun di sebalik sinaran lampu sorot dan lensa kamera, ada satu kekuatan besar yang menjadi tunjang kejayaannya—sokongan penuh dari ibu bapanya.

Impian Bermula Di Rumah Kejayaan Laila tidak berlaku secara tiba-tiba. Ia bermula dengan pengiktirafan kecil—mungkin dari cara dia bergaya, berposing, atau hanya keberaniannya di hadapan kamera. Tetapi yang paling penting, ibu bapanya melihat potensi itu dan tidak memadamkan cahaya impiannya. Sebaliknya, mereka meniup angin ke layar perahunya, membantunya belayar lebih jauh.
 Apa Buat Laila Jatuh Cinta Dengan Dunia Modelling? Apabila ditanya apa yang membuatkan Laila begitu sukakan bidang ini, jawabnya ringkas tetapi penuh makna:
“Sebab saya dapat jumpa kawan baru, cipta pengalaman baru dan saya seronok.”
Jawapan ini mengingatkan kita bahawa dunia kanak-kanak itu kaya dengan rasa ingin tahu dan keghairahan untuk mencuba sesuatu yang baru. Ia bukan tentang glamor, tetapi tentang pengalaman dan persahabatan yang dia bina.

Menariknya, walaupun Laila tidak pernah menghadiri mana-mana kelas modelling secara formal, dia tetap menyerlah dengan caranya tersendiri.
Disiplin Seorang Bintang Kecil Ramai mungkin menyangka dunia modelling hanyalah tentang bergambar dan berjalan di atas pentas. Tapi Laila membuktikan bahawa untuk menjadi seorang model cilik, disiplin harian sangat penting.
“Selalunya saya akan bangun pagi dan sediakan semuanya sendiri, seperti gosok baju, kasut, beg dan kadang-kadang ada buat sarapan sendiri. Tapi ada masa tak sempat, jadi saya makan di tempat penggambaran sahaja.”
Kematangan Laila terserlah dalam setiap kata. Walaupun masih muda, dia sudah mempraktikkan tanggungjawab dan berdikari—satu ciri yang patut dibanggakan oleh ibu bapanya.

Cita-Cita Laila: Lebih Dari Sekadar Model Apa yang lebih menyentuh hati, adalah apabila ditanya tentang harapannya pada masa depan. Walaupun aktif dalam dunia modelling, Laila tetap punya impian yang besar dan mulia:
“Saya nak tambah baik saya punya ‘catwalk’ dan di masa hadapan saya nak jadi doktor haiwan.”
Jawapan ini membuktikan bahawa anak-anak kita boleh punya lebih dari satu impian—dan mereka boleh berjaya dalam pelbagai bidang jika diberi ruang, bimbingan, dan semangat.
 Inspirasi Buat Ibu Bapa Jadikan kisah Laila sebagai cermin untuk kita semua. Anak-anak kita mungkin tidak akan jadi model seperti Laila, tetapi mereka pasti ada sesuatu yang mereka minat dan mahu cuba. Sebagai ibu bapa, peranan kita bukan untuk memilih jalan mereka, tetapi untuk berjalan di sisi mereka.
 Bakat adalah anugerah, tetapi sokongan ibu bapa adalah sayap yang membolehkan anak-anak terbang tinggi.
The post Model Cilik Ini Buktikan Umur Bukan Halangan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/model-cilik-ini-buktikan-umur-bukan-halangan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berzodiak Aries 5 Artis Ini Buktikan Lahir Untuk Bersinar

Berzodiak Aries 5 Artis Ini Buktikan Lahir Untuk Bersinar

papar berkaitan - pada 5/4/2025 - jumlah : 286 hits
Berzodiak Aries mereka bukan sekadar berbakat tetapi juga lahir untuk bersinar Dengan semangat kerja keras dan ketekunan para artis ini membuktikan bahwa mimpi bisa menjadi kenyataan
Bedah Siasat Buktikan Punca Kematian Zayn Rayyan

Bedah Siasat Buktikan Punca Kematian Zayn Rayyan

papar berkaitan - pada 9/4/2025 - jumlah : 192 hits
Kes tragis melibatkan adik Zayn Rayyan Abdul Matin kanak kanak autisme berusia enam tahun terus membuka mata rakyat Malaysia Terbaru hasil bedah siasat mendedahkan punca sebenar kematiannya bukan akibat lemas tetapi disebabkan jerutan di le...
Kenapa Umur 35 Hingga 45 Tahun Boleh Menjadi Fasa Yang Mencabar Ramai Yang Merasakan Tempoh Ini

Kenapa Umur 35 Hingga 45 Tahun Boleh Menjadi Fasa Yang Mencabar Ramai Yang Merasakan Tempoh Ini

papar berkaitan - pada 23/4/2025 - jumlah : 118 hits
Kenapa umur 35 hingga 45 boleh jadi fasa yang mencabar Ramai yang rasa tempoh ni penuh dengan cabaran kan Dari tekanan kerja yang makin banyak masalah kesihatan yang mula datang hingga tanggungjawab keluarga yang semakin besar Kadang kadang...
Takut Lepasni Berani Meraba Pulak Kan Budak Umur 20 Tahun Rakam Video Untuk Puaskan Nafsu

Takut Lepasni Berani Meraba Pulak Kan Budak Umur 20 Tahun Rakam Video Untuk Puaskan Nafsu

papar berkaitan - pada 21/4/2025 - jumlah : 87 hits
Untuk video kami tidak sertakan berikutan ada permohonan daripada keluarga pelaku meminta supaya video tersebut tidak disebarkan Kisah kejadian yang berlaku Harini nak santai je Bawa anak keluar Tapi tulah Benda tak bermoral pula terjadi Ma...
Meski Had Umur 18 Hyper Knife Berjaya Duduki No 1 Di Ranking Global

Meski Had Umur 18 Hyper Knife Berjaya Duduki No 1 Di Ranking Global

papar berkaitan - pada 11/4/2025 - jumlah : 175 hits
Walaupun diberi penarafan umur yang terhad Hyper Knife melonjak dalam populariti disebabkan jalan ceritanya yang unik dan lakonan cemerlang para pelakon Artikel Berkaitan Malah drama itu menjadi kandungan Korea yang paling banyak ditonton d...
Perubahan Haid Bila Masuk Umur 40an

Perubahan Haid Bila Masuk Umur 40an

papar berkaitan - pada 13/4/2025 - jumlah : 303 hits
Perubahan haid pada usia 40 an adalah perkara biasa dan sering berlaku sebagai sebahagian daripada fasa perimenopaus iaitu tempoh peralihan sebelum seseorang wanita mencapai menopaus sepenuhnya Ada kes haid jarang datang haid datang sikit h...
Model O3 Openai Mungkin Lebih Mahal Untuk Dijalankan Daripada Anggaran Awal

Model O3 Openai Mungkin Lebih Mahal Untuk Dijalankan Daripada Anggaran Awal

papar berkaitan - pada 3/4/2025 - jumlah : 167 hits
Ketika OpenAI melancarkan model AI reasoning o3 pada bulan Disember mereka bekerjasama dengan pencipta ARC AGI sebuah ukuran untuk menguji AI yang sangat berkemampuan untuk menunjukkan kehebatan o3 Namun selepas beberapa bulan hasil penilai...
Saint Denis Housing Project By Dream A Model Of Urban Renewal

Saint Denis Housing Project By Dream A Model Of Urban Renewal

papar berkaitan - pada 18/4/2025 - jumlah : 175 hits
The Saint Denis housing project developed by renowned architecture agency DREAM is a transformative initiative that redefines collective living in an urban context Completed in January 2025 this 44 unit development is a cornerstone in the r...
Much Anticipated Pmx S Trust Deficit Pill Must Not Be Lobsided By Favouring Only Civil Servants

Aliff Syukri Minta Rakyat Malaysia Bersabar Isu Jet Peribadi Video

Saat Dunia Bergelap Lebih Enam Minit

Anak Kak Km Nafi Gagal Latihan Pramugari Letak Jawatan Demi Keluarga Tercinta

15 September Hari Kelepasan Am Tambahan L 23 Julai 2025 Sinar Harian

User Generated Content For Marketing

Resipi Orang Dulu Dulu Lempeng Pisang Nostalgia Yang Sedap Mudah

First Round Exit For Defending Champs Sze Fei Izzuddin At China Open


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rare Jumpa Orang Gaji Tinggi Tapi Pakai Axia

Lelaki Asal Tambunan Hilang Di Hutan Simpan Tekal Tembeling Jerantut Pahang

Ikan Baung Sebesar Budak Darjah Enam

Sanah Helwah Abang Sayang

How Being Shy Is Hurting You

Moments You Missed At G Dragon S Bermensch World Tour In Malaysia Without The Huawei Pura 80 Ultra