Modal Utama Sembang Raya Kerajaan Melayu Isle Terkini


 
By FAZLI RADZI / MEI 2 2022Maksiat kembali berpestaKelab malam dibenarkan dibuka semula mulai 15 Mei depan bersamaan 13 Syawal. Jika semasa pembentukan Muafakat Nasional (MN) dulu, ada pemimpin Pas siap kata malaikat di langit melaungkan takbir sehingga bergema ke seluruh penjuru alam.
Malah, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Mokhtar Senik yakin MN adalah piagam yang menggetarkan hati syaitan.
Tapi kerajaan Melayu Islam BN-Pas lain macam. Pembukaan semula kelab malam diumum pada 10 hari terakhir Ramadan. Sah, maksiat kembali berpesta.
Nah, sekarang hati syaitan tentunya riang berpesta dengan pembukaan semula kelab-kelab malam yang berkaitan rapat dengan minuman keras dan pergaulan bebas.
Tindakan membenarkan kelab malam dibuka sebagai antara kelonggaran langkah kawalan dan pencegahan Covid-19 gambaran kerajaan pada masa ini bukanlah hebat dan bersungguh mana dalam memelihara akhlak dan kesejahteraan masyarakat jauh sekali mampu menyemai nilai murni Islam.
Judi berganda nyawaSudah molek zaman pentadbiran Pakatan Harapan (PH), cabutan judi dikurangkan kepada lapan kali, alih-alih apabila Pas menganggotai kerajaan ‘tebuk atap’, cabutan judi kembali naik kepada 22 kali sama seperti zaman BN.
Walhal, PH yang hanya sempat 22 bulan menjadi kerajaan sudah berusaha mengurangkan impak judi yang juga menghantui masyarakat bukan Islam.
Pas yang dilihat gah sebagai pejuang Islam dengan mendakwa Islam terancam serba-serbi semasaPH memerintah sekarang terbukti berjuang isu judi di negara sendiri pun gagal.
Jelas, keputusan mengembalikan judi kepada 22 kali cabutan boleh dianggap menyuburkan kembali judi yang terang-terang hakam hukumnya di sisi Islam.
Akhlak masyarakat punahKerajaan sudah pun mengaku tiada kuasa untuk menyekat secara langsung klip video raya oleh seorang usahawan kosmetik kontroversi.
Sekatan itu hanya boleh dilakukan apabila mendapat perintah mahkamah. Itu kata menteri kerajaan Melayu Islam bukan menteri DAP. Ya. Itu sajalah yang mampu dibuat di pihak kerajaan yang kuasa sudah sepenuhnya ada di tangan. Lemah.
Menteri Agama yang merupakan pemimpin Pas pun ada menegur. Setakat tegur sajalah yang mampu nampaknya hinggakan ada yang menggelar Menteri Teguran dari Jabatan Tegur Menegur Malaysia.
‘Teguran lembut’ menteri itu sudah mengundang kecaman ramai rakyat yang sebenarnya mengharapkan kerajaan mengenakan tindakan lebih keras memandangkan individu yang sama juga sebelum ini selamba menyumbat seorang ikon transgender dalam siri klip videonya.
Ironinya, klip video yang dianggap cara halus menormalisasikan penyimpangan fitrah golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) itu menjadi tontonan termasuk kanak-kanak dan remaja ketika bulan Ramadan.
Mungkin kalau hal ini berlaku ketika PH memerintah, agaknya masyarakat Muslim sudah beraya di Padang Merbok di Kuala Lumpur berdemonstrasi menyerang kerajaan yang dituduh menyokong LGBT.
Kos haji melambungKos menunaikan haji bagi seorang jemaah muassasah pada tahun ini melambung kepada lebih RM25,000. Hairannya, penyokong kerajaan terutama Pas tidak bangkit melenting pula.
Jika kenaikan kos haji ini berlaku semasa era Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa sebagai Menteri Agama, sudah pasti pelbagai tuduhan dan fitnah dilemparkan.
Bijaknya menteri agama sekarang, dia tidak mengumumkan peningkatan 12 peratus berbanding RM22,900 bagi seorang jemaah haji muassasah pada 2019 itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad pada 21 April lepas hanya mengumumkan kuota haji Malaysia tahun ini adalah 14,306 iaitu 45 peratus daripada kuota tahunan yang biasa diterima.
Walaupun Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) agih untung selepas zakat mencecah RM2.46 bilion bagi tahun kewangan 2021, tapi tidaklah benar-benar kerajaan Islam BN-Pas manfaatkan bagi mengurangkan kenaikan susulan kadar cukai dan caj perkhidmatan baharu dikenakan kerajaan Arab Saudi.
Nampak tak? “Lima hari sahaja kita perintah, kita akan tengok berubah lagu (macam) mana” nampaknya bukanlah semudah pelaksanaan sembang mendabik dada.
Harga makanan mencanakHarga barangan naik secara mendadak terutama bahan mentah ketika kerajaan ‘Isley’ memerintah. Entahlah. Apa dibuat barisan menteri yang ramai itu tak tahulah.
Malangnya, ketika pengguna menjadi mangsa kenaikan harga, peniaga runcit juga ditekan dengan dikenakan kompaun ketika peniaga ayam contohnya, menerima harga yang sudah sedia tinggi.
Padahal, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ketika di bawah Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail era PH sudah pun berjaya mengawal harga makanan dan barangan asas.
Sebaliknya, kerajaan PN-BN macam lebih berminat bermain politik dengan berebut kuasa melalui siri pilihan raya ketika rakyat bergelut dengan kemelut kenaikan kos bahan makanan.
Kerajaan diterajui pemimpin Umno sekarang dilihat bukannya bersungguh-sungguh menyelesaikan hal penting membabitkan kepentingan rakyat terbanyak.
Ringgit jatuh bergolekRinggit Malaysia jatuh bergolek dan berada di paras rendah berbanding dolar AS sebanyak 4.4 peratus dan dolar Singapura sebanyak 2.4 peratus pada tahun ini.
Penyusutan parah matawang negara ini adalah terburuk sejak 2021 menghampiri kejatuhan yang dicatatkan pada 2020.
Akibatnya, rakyat berisiko menanggung kesan kenaikan harga barang di pasaran runcit memandangkan kebanyakan komoditi dan makanan di Malaysia diimport dari luar.
Serentak itu, Bank Negara dijangka meningkatkan kadar pinjaman selain melakukan dasar kewangan yang ketat bagi menstabilkan mata wang tempatan.
Rantaian kesan selanjutnya tentulah terpalit pada rakyat yang telah sedia menanggung hutang keliling pinggang. Kadar pinjaman termasuk hutang pembiayaan rumah misalnya, akan melambung sekaligus menambahkan beban rakyat.
Indeks rasuah parahMalaysia merekodkan prestasi yang terburuk dalam penarafan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) sejak kerajaan pintu belakang bermula pada 2020 menggantikan kerajaan yang dipilih rakyat pada PRU 2018.
Selepas PH dikhianati, penurunan CPI negara berlaku selama dua tahun berturut-turut.
Padahal, semasa era PH, Malaysia berada di kedudukan ke-61 pada 2018 dan tahun berikutnya meningkat lagi ke tangga ke-51.
Mungkin itu sebabnya pemimpin BN dan PN serta Pas seperti tidak tenteram sewaktu PH jadi kerajaan tetapi mendendangkan ‘lagu’ Islam dan Melayu terancam.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/05/modal-utama-sembang-raya-kerajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6 Generations Of Dukut Maharajo Descendants Gather For Raya

6 Generations Of Dukut Maharajo Descendants Gather For Raya

papar berkaitan - pada 4/5/2022 - jumlah : 284 hits
Descendants of Dukut Maharajo including Ahmad Faizal Azumu at the gathering today IPOH It was a meaningful Raya for the descendants of Dukut Maharajo and Halijah Awang who gathered for a reunion involving six generations of the family in Ka...
Malas Sembang Pasal Baju Raya Che Ta Teruja Banglo Baru Dah Siap

Malas Sembang Pasal Baju Raya Che Ta Teruja Banglo Baru Dah Siap

papar berkaitan - pada 5/5/2022 - jumlah : 180 hits
Setiap kali tibanya musim perayaan Hari Raya Aidilfitri pastinya ramai di kalangan netizen teruja dan ternanti akan busana fesyen yang digayakan oleh figura cantik Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta Ini kerana setiap busana yang digaya...
Raya Terkejut Bukti Kerajaan Gagal Dalam Komunikasi Berkesan Kepada Rakyat

Raya Terkejut Bukti Kerajaan Gagal Dalam Komunikasi Berkesan Kepada Rakyat

papar berkaitan - pada 3/5/2022 - jumlah : 150 hits
ZOLKHARNAIN ABIDINTak patut marah mentega pasai raya terkejut Sebenarnya mentega tak boleh buat apa pun Dia tak dirujuk pun dalam isu tarikh raya Dia hanya raya apabila diberitahu tarikh raya Bukan kita saja terkejut mentega pun terkejut Cu...
Kucing Pun Nak Raya Pakai Baju Melayu Baju Kurung

Kucing Pun Nak Raya Pakai Baju Melayu Baju Kurung

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 172 hits
Antara koleksi kucing yang dipakaikan baju Melayu dan pakaian raya PETALING JAYA Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini rata ratanya disambut dengan penuh meriah oleh orang ramai dengan memperagakan busana Melayu yang baharu dan cantik Nam...
Kerajaan Sabah Buka Ratusan Pengambilan Terkini Mei Jun 2022 Tarikh Tutup 13 Mei 2022

Kerajaan Sabah Buka Ratusan Pengambilan Terkini Mei Jun 2022 Tarikh Tutup 13 Mei 2022

papar berkaitan - pada 3/5/2022 - jumlah : 187 hits
Kerajaan Sabah Buka Ratusan Pengambilan Terkini Mei Jun 2022 Tarikh Tutup 13 Mei 2022 Khas kepada anda yang sedang mencari pekerjaan dan berminat untuk menjawat jawatan kosong terkini yang tertera pada halaman Mingguan Kerja Buat makluman p...
Orang Ramai Balik Kampung Jalan Raya Utama Dan Lebuh Raya Sesak

Orang Ramai Balik Kampung Jalan Raya Utama Dan Lebuh Raya Sesak

papar berkaitan - pada 30/4/2022 - jumlah : 156 hits
Aliran trafik di KM269 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dilihat sesak dan bergerak perlahan pagi ini KUALA LUMPUR Aliran trafik di beberapa jalan raya utama dan lebuh raya sesak dan perlahan pagi ini terutamanya pergerakan keluar dari Lem...
Trafik Di Lebuh Raya Utama Ke Kl Masih Sesak

Trafik Di Lebuh Raya Utama Ke Kl Masih Sesak

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 174 hits
Trafik di lebuh raya utama ke KL masih sesak Dikemas kini 5 jam yang lalu Diterbitkan pada 5 May 2022 11 35PM
Hari Raya Ketiga Trafik Lancar Di Lebuh Raya Utama

Hari Raya Ketiga Trafik Lancar Di Lebuh Raya Utama

papar berkaitan - pada 4/5/2022 - jumlah : 110 hits
Hari raya ketiga Trafik lancar di lebuh raya utama Aliran trafik di semua lebuh raya utama bergerak lancar dan terkawal berikutan jumlah kenderaan berkurangan pada hari ketiga sambutan Aidilfitri hari ini Lembaga Lebuhraya Malaysia di laman...
Bila Tiba Puasa Dan Raya Automatik Semua Akan Teringat Ingat Tajul

Bila Tiba Puasa Dan Raya Automatik Semua Akan Teringat Ingat Tajul

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 116 hits
Tiap kali menjelang Ramadan dan Syawal penyanyi Tajul Arif pasti teringatkan arw4h bapa serta abangnya Allahyarham Abdillah Murad Md Shari atau Achik Spin Kongsi Tajul atau nama lengkapya Tajul Ariff Noor Md Shari ikatan hubungan kekeluarga...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


The Evolution Of Adult Entertainment

Drama Projek Exit

Surah Al Ikhlas Bacaan Rumi Terjemahan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb

Berjalanlah Di Atas Jalan Kebenaran