
Abdul Latiff Abdul Rahma Jelasnya, lebuh raya tersebut merupakan pintu masuk utama pengguna daripada tiga buah negeri Pantai Timur (Kelantan,Terengganu dan Pahang).Justeru, beliau menegaskan bahawa tidak mahu mendengar alasan daripada pihak kementerian bahawa kajian akan dijalankan atau sedang buat kajian.“Saya tidak mahu mendengar jawapan YB Menteri bahawa kementerian akan buat kajian atau sedang buat kajian. Sampai bila nak buat kajian YB Menteri? Kerana setiap kali isu ini dibangkitkan, maka jawapan yang sama akan disebut. Sehingga bila dateline kajian ini YB?” ujarnya.Berikutan itu, beliau meminta supaya kementerian dapat menyelesaikan perkara tersebut dengan segera. Bagaimanapun, jawapan daripada Menteri Kerja Raya, Baru Bian mengatakan bahawa kerajaan tidak berhasrat untuk menghapuskan tol tersebut berikutan kos konsesi yang sangat tinggi.Namun, katanya bagi mengurangkan kesesakan pihak konsesi telah membuka 12 lorong selain lorong tambahan akan dibuka sekiranya memerlukan. – HARAKAHDAILY 26/11/2019|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |