Khaled Tempelak Annuar Musa Cuba Main Tarik Tali Dengan Umno


 



February 9, 2021 Saya merujuk kepada penyataan tekad Anuar Musa yang menyatakan dia tidak akan mengalah dengan pendiriannya bahawa Umno perlu bekerjasama dengan semua parti Melayu, sekali pun jika dipecat parti.
Alasan Annuar, kerana dia percaya bahawa hanya dengan bekerjasama dengan semua parti Melayu maka Umno akan menjadi kuat.
Saya ingin menjawab perkara tersebut dari beberapa aspek.
Pertama, tidak wujud sebarang khabar atau ura-ura yang menjurus ke arah niat untuk memecat Annuar. Jadi, mengapa mahu sengaja dibangkitkan tanggapan serta sentimen victim (mangsa) seperti ini?
Ia hanya akan membuka ruang salah faham yang tidak baik, sama ada dari luar mahu pun dalam parti.
Kedua, adalah tidak sihat untuk beliau terus-menerus mengkritik parti secara terbuka seperti sekarang. Ia tidak menguntungkan Umno. Ia melemahkan setiakawan dan – secara sistematik – mengelirukan parti.
Sebagai seorang ahli lama, Annuar mempunyai akses kepada semua kepimpinan parti untuk menyatakan pendirian dan pandangan kritikalnya.
Lebih penting, tindakan mengkritik secara terbuka ini akan hanya memberi kesan kepada moral dan sokongan ahli parti dan masyarakat luar yang sedang memerhati Umno secara rapat.
Ketiga, Umno sudah memutuskan untuk kembali dan menguatkan BN. Pada masa sama, kekuatan politik orang Melayu turut diusahakan bersama-sama PAS dalam Muafakat Nasional.
Ada dah ditolak terang-terangan
Segala kerjasama membentuk kerajaan hanya akan dipertimbangkan setelah pilihan raya dan dibuat bersadarkan mandat dan pilihan rakyat.
Ini keputusan parti dan keputusan bersama. Jadi, Umno bekerja keras untuk menjayakannya. Berjaya atau tidak Umno dalam ikhtiar ini sangat terletak kepada pilihan rakyat.
Semua itu terpulang kepada keyakinan rakyat.
Keputusan Umno untuk tidak bersama Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH) adalah kerana kedua-duanya tidak pun diyakini oleh rakyat.
Sebahagian daripada mereka juga sudah ditolak terang-terangan. Ada yang sampai diheret ke mahkamah oleh pengundi di kawasan mereka untuk dilucutkan dari jawatan.
Kemerosotan populariti PN dan keraguan terhadap kemampuannya mentadbir negara menjadikan kerjasama Umno dan PN tidak strategik. Apatah lagi tiada usaha radikal untuk menarik sokongan bukan Melayu.
Jadi, apa motivasi dan alasan kukuh untuk terus mendesak Umno dengan sebegitu rupa?
Keempat, sekali pun Umno sedang mengusahakan penyatuan politik Melayu, hakikatnya Umno sangat sedar bahawa sokongan bukan Melayu turut penting. Tidak ada pihak yang dapat menafikan perkara ini.
Atas dasar ini, Umno yakin BN adalah satu wadah dan platform yang lebih sesuai, inklusif dan bersifat jalan tengah untuk semua. Bukannya PH atau PN.
Kelima, seandainya Umno ini sudah tidak elok dan gagal memahami aspirasi dan perjuangan peribadi Anuar, janganlah bermain tarik tali dan bertangguh-tangguh dengan Umno ini.
Ia hanya mengelirukan orang ramai. Tambahan pula parti ini sedang diperkasakan. Ini usaha yang kritikal dan besar. Jadi, Umno memerlukan semua pihak untuk bersama-sama dalam perjuangannya serta membantu mengukuhkannya.
Bukannya membiarkan Umno diserang-serang, diperkotak-katikkan malah terus-menerus mempertahankan pula lawan dan mereka yang merendah-rendahkan Umno.
Parti ini lebih besar daripada perjuangan dan kepercayaan seorang individu. Umno adalah milik rakyat. Biarlah rakyat yang menentukan masa depan Umno. – MK
MOHAMED KHALED NORDIN ialah naib presiden Umno dan bekas menteri besar Johor.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi PI.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/02/khaled-tempelak-annuar-musa-cuba-main.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Annuar Musa Ingatkan Pimpinan Umno Jangan Sombong Dan Bongkak

Annuar Musa Ingatkan Pimpinan Umno Jangan Sombong Dan Bongkak

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 341 hits
tuncarlos comTanggungjawab para nakhoda Umno pada masa ini adalah mengemudi parti ke arah kejayaan bukannya ke arah kehancuran bagi menghadapi PRU15 menurut bekas Setiausaha Agung BN Annuar Musa Annuar berkata ini kerana tidak mustahil PRU ...
Akaun Rahsia Umno Bersatu Parti Lain Jangan Keluar Kenyataan Tuduhan Annuar Musa

Akaun Rahsia Umno Bersatu Parti Lain Jangan Keluar Kenyataan Tuduhan Annuar Musa

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 368 hits
Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional Tan Sri Annuar Musa menafikan dakwaan bahawa UMNO pernah membuat keputusan membuka akaun bank rahsia Menurut beliau sepanjang lebih 20 tahun beliau sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti itu tiada keputu...
Annuar Musa Saran Mesyuarat Agong Umno Disegerakan

Annuar Musa Saran Mesyuarat Agong Umno Disegerakan

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 267 hits
mykmu netAnggota Parlimen Ketereh Annuar Musa tidak memberi jawapan jelas sama ada dia akan mengambil bahagian dalam pemilihan Umno akan datang atau tidak Ia berlaku ketika sesetengah pemimpin kanan Umno menunjukkan rasa tidak senang mereka...
Annuar Musa Umno Leaders Deny Secret Umno Bank Account

Annuar Musa Umno Leaders Deny Secret Umno Bank Account

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 265 hits
Umno MP Tan Sri Annuar Musa has joined his party colleagues in denying the existence of an alleged secret bank account for Umno saying he is unaware of such a thing in his 20 years as party supreme council member He also told off allies fro...
Langgar Sop Puad Tempelak Annuar Musa Jangan Tambah Koyak Imej Pn Yang Dah Rabak

Langgar Sop Puad Tempelak Annuar Musa Jangan Tambah Koyak Imej Pn Yang Dah Rabak

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 254 hits
February 14 2021 Ahli Majli Tertinggi Umno Puad Zarkashi menggesa Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa supaya jangan tambah koyak imej PN yang semakin terkoyak In susulan Annuar dituduh ingkar prosedur operasi standard PKP kerana yang la...
Annuar Dismisses Dr M Prediction That Umno Pas Bersatu Tie Up Will Fail

Annuar Dismisses Dr M Prediction That Umno Pas Bersatu Tie Up Will Fail

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 288 hits
Ketereh MP Annuar Musa has brushed off former prime minister Dr Mahathir Mohamad s prediction that the cooperation between Umno PAS and Bersatu was fragile and would fall apart after the 15th general election Annuar said there is no denying...
Gempar Annuar Musa Bakal Dipecat

Gempar Annuar Musa Bakal Dipecat

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 225 hits
February 8 2021 Bekas setiausaha agung BN Annuar Musa menegaskan yang dia tidak akan sesekali berputus asa untuk menyatukan parti parti Melayu meskipun berdepan kemungkinan dipecat daripada partinya sendiri Annuar berkata dia sedar bahawa a...
Annuar Gesa Pemimpin Bersatu Henti Tuduh Akaun Rahsia Umno

Annuar Gesa Pemimpin Bersatu Henti Tuduh Akaun Rahsia Umno

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 258 hits
Bekas setiausaha agung Barisan Nasional Annuar Musa meluahkan rasa kecewa dengan dakwaan pemimpin Bersatu bahawa Umno mempunyai akaun bank rahsia yang tidak diaudit untuk menerima sumbangan politik Akaun sulit Umno Pemimpin Bersatu atau par...
Apa Agenda Annuar Bila Mengaku Tidak Tahu Akaun Sulit Umno

Apa Agenda Annuar Bila Mengaku Tidak Tahu Akaun Sulit Umno

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 395 hits
Apakah mahu menunjukan Zahid dan Najib tahu ada akaun sulit tetapi tidak mendedahkan nya Tidak memaklumkan kepada nya semasa memegang jawatan kerusi Setiausaha agung umno Berapa jumlah nya Siapa pemegang nya Akibatnya UMNO bakal diharamkan ...
Adakah Minuman Zero Sugar Bermaksud Tiada Gula Dan Bagus Untuk Diet

13 Jenis Serunding Premium Pelbagai Perisa

Lirik Lagu Purnama Aeydan

Resipi Biskut Semperit Coklat Sedap Mudah Boleh Buat Untuk Raya

Spm Ke Mana Lebihan Makanan Di Bazar Ramadan Berita Rtm 13 03 2025

Pengalaman Berbuka Puasa Di Restoran Bara Stulang Jb

Kerja Kosong Di Dbp Dewan Bahasa Dan Pustaka Tahun 2025

Lewat Hari Ni


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dapat Pinjaman Ptptn Tapi Tak Pernah Bayar Balik Travel Ban

Sedap Ke Makan Di Richiamo Coffee

Adakah Teknologi Ai Akan Membunuh Kerjaya Penulis

Can I Hatch Out A Shark And Grow It On Practical Fishkeeping

Trash Taxi Tales Real Stories Of How Fast Junk Removal Changes Lives

Bekas Pegawai Teresa Letak Semua Jawatan Dalam Dap