Mistik Tiang Seri Rumah Penjaga Rumah Melayu Lama


 



PERNAH anda dengar tentang tiang seri rumah? Kebanyakan rumah-rumah tradisional Melayu pada zaman dahulu mempunyai sebatang tiang yang dipanggil tiang seri.
Tiang seri ini kedudukannya di tengah rumah ibu dan sangat istimewa berbanding tiang-tiang yang lain.
Mengikut kepercayaan masyarakat Melayu dahulu, kewujudan tiang seri bertujuan untuk menjaga keselamatan dan juga bertindak sebagai perisai daripada gangguan jahat.
Bagaimana pula sebatang tiang kayu boleh berbuat demikian? Jika dilihat daripada segi logiknya, tiang ini berkedudukan tetap dan jelas sama sekali tidak berfungsi apa-apa untuk keselamatan.
Dahulu kami pernah menemubual seorang warga emas bernama Zakaria dari Machang, Kelantan. Menurutnya, agak sukar untuk membuktikan sama ada benar tiang seri mempunyai kuasa mistik.
Ini kerana tiada bukti kukuh mengenainya. Namun, kepercayaan masyarakat Melayu dulu yang kuat berpegang pada kepercayaan khurafat menyebabkan mereka sanggup melakukan perjanjian dengan makhluk ghaib.
Menurut Zakaria, kisah tiang seri yang ada ‘penjaganya’ itu berlaku disebabkan kehadiran entiti yang ‘dilantik’ sebagai pengawal untuk menjaga keselamatan rumah itu. 
Soalnya, bagaimana pula ‘penjaga’ itu boleh hadir dalam tiang ini?
Jelas Zakaria, pada zaman dahulu sebelum sesuatu tiang seri dipacak, upacara ‘menjamu’ akan dilakukan oleh pawang dan dukun. Upacara itu menggunakan mantera-mantera yang dibaca khas bagi memanggil semangat untuk dimasukkan ke dalam tiang seri.
Selepas selesai upacara itu, tiang seri akan dipacak ke dalam tanah dan barulah proses pembinaan rumah bermula.
Kami juga dahulu pernah bertanyakan perkara ini kepada Ar. Mastor yang ketika itu merupakan ketua Jabatan Seni Bina di Fakulti Kejuruteraan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Menurutnya, tiang seri dalam bidang seni bina bermaksud sebuah tiang yang paling tinggi terletak di tengah-tengah ruang rumah. Tiang ini tidak berdinding dan merupakan tonggak utama untuk menyokong kedudukan rumah.
Tiang seri biasanya diambil daripada sebatang pokok keras seperti cengal dan balau. Tiang ini memang istimewa berbanding tiang-tiang lain kerana ia merupakan keunikan dalam seni bina Melayu.
Berdasarkan kajiannya, hampir 100 peratus rumah tradisional Melayu mempunyai tiang seri. Malah, kaitan tiang seri dengan unsur mistik memang perkara sinonim dikaitkan.
Kata Mastor, dia sendiri pernah menyaksikan bagaimana unsur entiti ini menjalankan tugasnya sebagai penjaga rumah sewaktu dia bersama beberapa pengkaji lain sedang menjalankan operasi memindahkan sebuah rumah lama di Kelantan suatu ketika dahulu.
Ketika itu barulah dia faham tentang apa yang dipanggil sebagai perundingan antara manusia dengan entiti yang menjaga rumah itu.
Sebelum kejadian tidak diingini berlaku, waris rumah itu terlebih dahulu memaklumkan kepada Mastor supaya dilakukan satu upacara khas untuk mendapatkan persetujuan ‘penunggu’ tiang seri rumah berkenaan untuk turut sama berpindah dan tidak mengganggu kerja-kerja yang dilakukan.
Ketika upacara itu berlangsung, beberapa syarat perlu dipenuhi termasuklah menyediakan jamuan yang terdiri daripada telur, pulut kuning dan ayam panggang. Selepas itu, seorang perantara akan mula berkomunikasi dengan penunggu  tiang itu bagi mendapatkan persetujuan untuk memindahkan rumah tersebut.
Hanya selepas orang perantara itu memberitahu bahawa ‘penunggu’ tiang seri itu bersetuju, barulah keesokan harinya kerja-kerja untuk membuka dan memindahkan rumah itu dilakukan.
Menurut pendapatnya, masyarakat Melayu zaman dahulu banyak terikat dengan kepercayaan animisme yang kuat yang turut mempengaruhi pemikiran termasuk menerapkannya dalam kehidupan mereka.
Kredit : UtusanTV
Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.lamanqaseh.com/2022/02/mistik-tiang-seri-rumah-penjaga-rumah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wahai Melayu Mereka Ni Dah Lama Berpecah Tak Kan Lah Sanggup Berperang Sana Sini

Wahai Melayu Mereka Ni Dah Lama Berpecah Tak Kan Lah Sanggup Berperang Sana Sini

papar berkaitan - pada 22/2/2022 - jumlah : 195 hits
MOHD AFFENDI ABASAdakah anda percaya mereka sebenarnya tidak berpecah Mereka sebenarnya memang dah lama berpecah kalau tidak masakan mereka sanggup berperang antara satu sama lain Antara sebab mengapa mereka bertanding sesama sendiri adalah...
Kepimpinan Melayu Muslim Dalam Konteks Kepelbagaian Kaum Penting Anwar

Kepimpinan Melayu Muslim Dalam Konteks Kepelbagaian Kaum Penting Anwar

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 149 hits
Kepimpinan Melayu muslim dalam kepelbagaian kaum di Malaysia harus kekal di dalam konteks yang harmonis Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kepimpinan Melayu tidak seharusnya ekstrem mengagungkan bangsa atau agamanya sebalikn...
Hiburan Melayu Percaya Illuminati Kj Dedah Punca Peratusan Vaksinasi Rendah Berbanding Kaum Lain

Hiburan Melayu Percaya Illuminati Kj Dedah Punca Peratusan Vaksinasi Rendah Berbanding Kaum Lain

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 200 hits
Enggan melihat dari isu perkauman Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengakui kaum Melayu mencatatkan peratusan vaksinasi dos penggalak dan juga Program Vaksinasi COVID 19 Kanak kanak paling rendah berbanding kaum kaum yang lain lapor Jela...
Premier Tu Apa Ye Dalam Bahasa Melayu

Premier Tu Apa Ye Dalam Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 225 hits
Mohsin Abdullah February 17 2022 Kawan kawan kita dari Sarawak dan Sabah sudah lama terguris perasaan Mereka rasa Sarawak dan Sabah dianaktirikan orang Malaya khususnya kerajaan pusat yang dikuasai orang Malaya nama yang diberi kepada pengh...
Kukuhkan Hak Melayu Bukan Hingga Remehkan Kaum Lain Kata Anwar

Kukuhkan Hak Melayu Bukan Hingga Remehkan Kaum Lain Kata Anwar

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 148 hits
Diterbitkan Feb 18 2022 Memperkukuhkan kedudukan orang Melayu bukan sehingga meremehkan atau meminggirkan kaum kaum lain kata Presiden PKR Anwar Ibrahim Dia berkata demikian ketika melancarkan beberapa judul buku oleh allahyarham bekas pres...
Siapa Pengkhianat Melayu Siri 2

Siapa Pengkhianat Melayu Siri 2

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 164 hits
SIAPA PENGKHIANAT SIRI 2 Tertubuhnya BN dibawah Tun Razak sebagai penutup kegagalan UMNO bersama PERIKATAN yang berakhir dengan peristiwa 13 Mei 1969 yang menimbulkan kesedaran dan kebangkitan Melayu Sesungguhnya 1957 1969 adalah satu jangk...
Beri Mandat Pbt Memperjuangkan Bahasa Melayu

Beri Mandat Pbt Memperjuangkan Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 212 hits
ISU penggunaan bahasa Inggeris kembali hangat diperkatakan selepas penggunaan nama Inggeris di taman perumahan mendapat perhatian masyarakat Antaranya Bandar Springhill Taman Lavender Heights di Seremban Perkara sama juga banyak berlaku di ...
Senarai Drama Melayu 2022

Senarai Drama Melayu 2022

papar berkaitan - pada 22/2/2022 - jumlah : 1080 hits
Senarai Drama Melayu 2022 Drama drama yang sering menjadi fenomena oleh peminat drama melayu tanah air Bukan sahaja menjadi pilihan masyarakat Malaysia malahan mendapat tempat di hati peminat negara negera jiran seperti Indonesia Singapura ...
Prn Johor Pn Tiada Beza Umno Jika Beri Kerusi Melayu Kepada Gerakan

Prn Johor Pn Tiada Beza Umno Jika Beri Kerusi Melayu Kepada Gerakan

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 222 hits
Rakyat mesti berani hukum parti ketepi nasib agama bangsaBANGI Bersatu dan PAS perlu mempamerkan jati diri hebat dengan tidak menghadiahkan kawasan majoriti Melayu kepada Gerakan dalam Pilihan Raya Negeri Johor bulan depan Sekiranya perkara...
Bufet Ramadan Tunamaya Beach Spa Resort Desaru Rasa Nusantara Buffet Dinner

Resepi Kek Lapis Batek Pelangi

Travelperk Collects 200m Boosting Its Valuation To 2 7b

Sempena Tahun Baharu Lunar Maafkanlah Razman Pemimpin Pkr Beritahu Hannah

Wanita Yang Kematiannya Disambut Oleh Para Malaikat

Lirik Lagu Cari Kawan Queen Virgo Benzooloo

Beli G Shock Kat Dataran Pahlawan

Govt Merges 3 Cabinet Committees On Health Into One


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Uncle Mike And His Boys Ring In The Tung Tung Chiang

What Is There To Do During Chinese New Year In Malaysia

Panduan Lafaz Niat Puasa Ramadhan

Kuala Lumpur Alternative Bookfest 2025

Queen Virgo Benzooloo Cari Kawan Chord

Nowseeheart Ku Harap Cinta Chord