Misteri Meriam Ghaib Meletup Petanda Segamat Akan Dilanda Bah Besar


Misteri Meriam Ghaib Meletup, Petanda Segamat Akan Dilanda Bah Besar Musim hujan ketika ini membuat banyak tempat dinaiki air dan banjir terutama di negeri seperti Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor.

Kebetulan kisah yang hendak diceritakan ini ada kaitan juga dengan banjir. Cuma, lokasinya di Segamat, Johor. Kisah mengenai sebuah meriam misteri yang dikatakan menjadi penanda jika kawasan itu akan dilanda banjir.
Diceritakan, penduduk kampung terutamanya yang tinggal berdekatan bandar Segamat akan terdengar letupan meriam sebelum berlakunya banjir. Bila mendengar bunyi letupan meriam ini, penduduk kampung biasanya akan bersiap siaga. Mereka akan mula mengemas dan menyimpan barang-barang di tempat selamat atau tinggi.  
Orang-orang tua di kawasan ini menganggap bunyi letupan itu sebagai amaran awal atau petanda bandar Segamat akan ditenggelami atau dilanda banjir besar.
Benar atau tidak kisah ini? Kami tidak berani mengesahkannya kerana bukan penduduk daerah itu.
Penghujung tahun 2017, Mastika pernah ke Segamat untuk bertanyakan kesahihan kisah ini pada penduduk di sana. Ramai juga yang mengakui pernah mendengar cerita tersebut. Namun sejauh mana kebenarannya, mereka tidak dapat mengesahkannya.
Ada juga yang ditemui tidak percaya dan menganggap kemungkinan bunyi tersebut daripada letupan mercun atau bunyi tembakan pihak tentera yang menjalankan latihan.
Seorang pemuda bernama Izham yang kami temui mengaku pernah mendengar bunyi letupan meriam itu. Dia mendakwa pernah mendengar dentuman meriam misteri itu pada tahun 2006.
Pada malam kejadian, dia sedang menonton televisyen sebelum dikejutkan dengan satu letupan yang agak kuat sebanyak dua kali. Mulanya Izham tidak ambil kisah kerana menyangka ia bunyi letupan mercun.
Keesokannya semasa minum di sebuah gerai, dia terdengar beberapa orang tua berbual mengenai bunyi letupan yang didengarinya malam itu.
“Orang tua-tua sembang, saya tumpang dengar. Kata mereka, bunyi tu dari meriam misteri. Tandanya Segamat akan dilanda banjir besar. Orang tua tu saling berpesan kena bersiap sedia. Dan dua hari lepas bunyi letupan tu, memang betul Segamat dilanda banjir. Banjir besar pada tahun 2006 tu,” kata Izham.
Bermula dari situ, Izham mula bertanya tentang bunyi meriam misteri tersebut daripada orang tua-tua sekitar situ. Ramai yang ditemuinya mengakui bunyi letupan meriam tersebut telah berlaku sejak dahulu lagi. Ia merupakan petanda awal Segamat akan dilanda banjir. Namun, siapa yang lepaskan meriam tersebut dan dari mana datangnya, itu yang jadi misteri sehingga kini.
“Ada yang kata meriam tu terletak di Bukit Senggir. Ada yang kata di Lubuk Batu, ada juga yang kata di Bukit Manduk. Cerita orang tua-tua lagi, meriam ni dari alam ghaib. Mungkin meriam bunian. Ia berbunyi tak kira masa. Kadang-kadang malam, kadang-kadang siang. Tak tentu. Untunglah siapa boleh dengar.”
Kata Izham lagi, kakaknya bernama Wani yang tinggal di Kampung Pogoh 3 di Segamat juga pernah mendengar bunyi letupan meriam itu, tetapi pada tahun yang berlainan.
Kakaknya mendengar letupan itu pada tahun 2014 waktu tengah hari semasa hujan renyai-renyai. Letupan itu berbunyi tiga kali berturut-turut.
Pada awalnya, kakak Izham juga menyangka ia bunyi mercun. Tetapi arwah ibu mereka memberitahu bahawa itu bunyi letupan meriam misteri yang membawa petanda akan berlaku banjir besar. Beberapa hari kemudian, Segamat benar-benar dilanda banjir.
Bukan hanya Izham dan kakaknya, malah ramai juga penduduk yang mendengar bunyi tersebut. Bahkan, bunyi letupan itu pernah heboh dalam media sosial di kalangan penduduk Segamat. Boleh dikatakan, hampir setiap tahun ada orang bercerita pernah mendengar bunyi letupan meriam misteri ini.
Antara paparan di Facebook penduduk Segamat tentang bunyi meriam misteri ini.Ada orang-orang tua di kawasan ini berkata, mereka mendengar kisah yang disampaikan secara lisan dari zaman dulu terutama dari pawang-pawang di kawasan ini dahulu yang mengatakan bahawa meriam misteri ini milik makhluk alam ghaib. Kononnya, ia milik orang bunian yang diketuai oleh ketua bunian bernama Tok Kali Gentar Alam. Lokasi meriam tersebut pula dikatakan berada di atas Bukit Kubu.
Jika anda datang dari Segamat, akan melalui sebuah jambatan. Ada sebatang sungai di situ. Orang kampung panggil sungai Codan. Kalau dalam peta ditulis Sungai Kenawar. Dahulu, berdekatan jambatan itu ada sebuah bukit yang dipanggil bukit Kubu. Tapi sekarang bukit itu sudah ditarah untuk pelebaran sungai.
Menurut orang tua-tua dahulu, di situlah tersimpannya meriam misteri ini. Dikatakan di situ ada perkampungan bunian. Merekalah yang letupkan meriam itu sebagai amaran Segamat akan dilanda musibah, supaya penduduk bersiap sedia.
Begitulah cerita yang disampaikan turun temurun. Kesahihannya tak dapat dipastikan, apatah lagi orang-orang tua dahulu dan golongan pawang-pawang di kawasan itu sudah meninggal dunia.
Ada sesiapa orang Segamat yang terdengar bunyi letupan meriam baru-baru ini?


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://qasyahfulmalayworld.blogspot.com/2021/01/misteri-meriam-ghaib-meletup-petanda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banjir Besar Petanda Kena Buat Hudud Kenyataan Bodo

Banjir Besar Petanda Kena Buat Hudud Kenyataan Bodo

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 204 hits
mynewshub tvBanjir Besar Petanda Hudud Perlu Dilaksanakan Nik Abduh MYNEWSHUBKUALA LUMPUR Bencara banjir besar yang melanda Kelantan petanda bahawa pelaksanaan undang undang hudud perlu dilaksanakan di negeri itu Ahli Banjir Besar Petanda H...
Polis Larang Orang Ramai Berkumpul Di Tepi Pantai Lihat Air Pasang Besar

Polis Larang Orang Ramai Berkumpul Di Tepi Pantai Lihat Air Pasang Besar

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 351 hits
KUALA NERUS Orang ramai diingatkan supaya tidak menjadikan fenomena air laut pasang besar sebagai satu pesta untuk berkumpul di tepi pantai dan melihat keadaan ombak Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Abdul Rahim Md Din berkata hal ini ker...
Oof Besar Kemaskini Android 11 Pada Mi A3 Merosakkan Telefon

Oof Besar Kemaskini Android 11 Pada Mi A3 Merosakkan Telefon

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 197 hits
Menjelang tahun baru Xiaomi Mi A3 telah mendapat kemaskini Android 11 yang baru Kemaskini sebesar 1 40GB ini datang dengan beberapa penambahbaikan dan yang paling Android 11 Tapi lain pula jadinya apabila kemaskini yang dinantikan sebalikny...
Pakar Bimbang Himpunan Besar Orang Ramai Semasa Cuti Umum

Pakar Bimbang Himpunan Besar Orang Ramai Semasa Cuti Umum

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 257 hits
PETALING JAYA Pakar kesihatan menyuarakan kebimbangan berhubung pelanggaran terbuka prosedur operasi standard COVID 19 semasa cuti umum baru baru ini Bercakap kepada FMT pakar terbabit memberi amaran bahawa perintah kawalan pergerakan lebih...
Kesilapan Besar Takut Terima Hakikat Pesakit Covid 19 Gantung Diri Sebelum Keputusan Swap Test

Kesilapan Besar Takut Terima Hakikat Pesakit Covid 19 Gantung Diri Sebelum Keputusan Swap Test

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 362 hits
Takut terima hakikat pesakit Covid 19 gantung diri namun ujian swab kedua mengesahkannya negatifSabtu 02 Januari 2021 7 00 AMSeorang lelaki yang sedang menunggu keputusan ujian swab kedua bertindak nekad membunuh diri Gambar hiasanSEORANG l...
Ph Bincang Idea Gabungan Besar Bulan Depan Kata Guan Eng

Ph Bincang Idea Gabungan Besar Bulan Depan Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 233 hits
JANUARI 1 201Lim Guan Eng berkata parti pembangkang perlu bersatu dan bekerjasama dalam menghadapi PRU15 GEORGE TOWN Pakatan Harapan akan mengadakan mesyuarat untuk membincangkan pembentukan gabungan besar yang merupakan kerjasama baru anta...
Air Pasang Besar Penduduk Dua Kampung Di Kuala Besut Cemas

Air Pasang Besar Penduduk Dua Kampung Di Kuala Besut Cemas

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 326 hits
Penduduk di Kampung Pantai dan Kampung Pengkalan Atap dekat Kuala Besut cemas berikutan kejadian air pasang besar menyebabkan ombak menghempas bahagian belakang rumah mereka malam tadi BESUT Kejadian air laut pasang besar sehingga menyebabk...
Murahnya Lokan Besar Di Kelantan Cuma Rm3 Sekilo Kuala Semerak

Murahnya Lokan Besar Di Kelantan Cuma Rm3 Sekilo Kuala Semerak

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 927 hits
Setiap kali balik ke kampung di Pasir Puteh saya akan cuba singgah di kawasan tepi sungai untuk beli etok dan lokan besar Paling popular di Kuala Semerak ada ramai peniaga orang kampung sekitar menjual lokan besar Menarik sebab ramai yang t...
Penduduk Bimbang Tragedi Banjir Besar 2006 Berulang

Penduduk Bimbang Tragedi Banjir Besar 2006 Berulang

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 396 hits
KOTA TINGGI Penduduk di sekitar bandar Kota Tinggi mulai bimbang berikutan banjir yang melanda daerah ini yang dilihat agak luar biasa berbanding tahun sebelumnya Penduduk Taman Aman Mohd Azizie Kassim 45 berkata hujan lebat semalam yang tu...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket