Misteri Kematian 14 Orang Asli Menuju Ke Titik Akhir


ULASAN

Zulpuri (tengah) ketika membuat lawatan
ke lombong berkenaan.KEMATIAN misteri 14 masyarakat Orang Asli suku Batqe di Kuala Koh mungkin akan terjawab tidak lama lagi berikutan sudah ada perkembangan dan tanda-tanda akan menjawab persoalan yang menghantui pemikiran umum sehari dua ini.

Pengesahan oleh pakar kesihatan bahawa mereka yang meninggal, tidak ada sangkut paut dengan Tibi membuka persepsi baharu ke arah mencari jawabannya.

Menurut pakar kesihatan dua daripada 14 yang meninggal disahkan mengalami kesukaran bernafas, (pneumonia) bagaimana pun punca sebenarnya masih belum diketahui.

Tidak cukup dengan pengesahan daripada pakar perubahan seperti mana disebut Menteri di JPM Wyatha Moorty selepas mendengar taklimat daripada Pengarah Kesihatan Kelantan Dr Zaini Hussin itu, penjelasan oleh Timbalan Menteri Menteri Tanah, Sumber Asli dan Air Tunku Zulpuri Shah Raja Puji yang mengadakan lawatan mengejut ke sebuah lombong di terletak di Jalan ke Sungai Koh, bakal menghuraikan masalah yang tersimpul di benak.

Tunku Zulpuri dalam kenyataan selepas membuat tinjaun ke lombong berkenaan memberi tahu kemungkinan lombong berkenaan menjadi punca pencemaran kepada sungai yang menjadi keperluan Orang Asli. Ada sesuatu yang cacat di lombong berkenaan tetapi tidak diketahui umum.

Salah satu ialah mengenai kolam kumbuhan lombong berkenaan nampak elok di luar tetapi setelah disiasat berlaku limpahan air yang mengalir ke sungai ini mengundang pencemaran. Kolam itu bertindak menjadi pengurai sisa dan bahan kimia kerana perlombongan.

Selain itu, ini yang pelik dan mengejutkan lombong berkenaan dikatakan beroperasi dalam keadaan tanpa lesen. Lesen yang diluluskan sudah tamat tahun 2017 lagi. Keberanian lombong ini terus beroperasi agak mengharainkan. Apakah keadaan lombong itu tidak dipantau oleh pihak-pihak berkenaan?

Pengoperasian lombong tersebut baharu dihentikan setelah kecuh mengenai kematian Orang Asli itu.

Apakah berlaku penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa menyebabkan lombong tersebut bebas beroperas? Hal ini perlu dituntaskan segera.

Tunku Zulpuri dalam tinjauan ke lombong itu tidak menolak kemungkinan lombong itu menjadi punca pencemaran sungai yang boleh mengakibatkan bahaya kepada penggunaanya.

Air sungai tercemar.
Apa dikatakan Tunku Zulpuri itu sesuai pula dengan maklumat diterima hasil daripada perbualan pihak tertentu dengan Orang Asi di situ mereka memberi tahu air sungai yang digunakan kini sudah tidak asli lagi. Rasanya berubah dan ada semacam bau yang tidak menyenangkan manakala tubuh menjadi gatal-gatal selepas mandi disungai berkenaan.

Berbalik kepada kewujudan lombong berkenaan, kelulusan kawasan adalah dibawa bidang kuasa kerajaan negeri Kelantan. Sementara lesen perlombongan diberikan oleh kerajaan Persekutuan setelah semua aspek keselamatan dan kelestarian alam sekitar dipatuhi.

Menjadi persoalan kini apakah tidak ada pemantau langsung daripada pihak Jabatan Geosains dan Meniral negeri Kelantan dan juga agensi bersangkutan membuat siasatan ke atas lombong berkenaan atau mana-mana kawasan perlombongan bagi memastikan ia berjalan mengikut peraturan ditetapkan.

Dalam perkembangan lain difahamkan lombong berkenaan juga ada melakukan leputan yang sudah pasti menggunakan bahan yang merbahaya. Hal ini katanya diakui sendiri oleh pihak lombong, bagaimana pun kerja-kerja meletup itu dinafikan oleh pihak Geosains dan Mineral Kelantan. Macam mana ketidakselarasan ini berlaku?

Meneliti kepada beberapa perkara itu semacam ada sesuatu yang disembunyikan berkaitan pengoperasian lombong berkenaan. Seperti ada sesuatu yang dilaporkan tidak jujur. Dalam pada itu berbagai teori mengenai kematian Orang Asli itu juga dikeluarkan oleh pihak tertentu yang seakan bertujuan menutup masalah sebenar dan berlaku pengeliruan.

Kononnya kematian Orang Asli suku Bateq itu disebabkan penyakit keturunan, tersampuk hantu, kesumpahan dan sebagainya. Ada juga yang memberi gambaran masalah mereka kerana kekurangan zat makanan atapun disebabkan tidak mempunyai perubatan yang cukup.

Dengan apa yang muncul sekarang ini jelas segala teori itu hanya sengaja diadakan dengan motif tertentu. Yang jelas pihak pakar kesihatan mengesahkan mereka bukan meninggal kerana Tibi tetapi disebabkan mengalami kesukaran bernafas. Punca kenapa berlaku demikian sedang dikaji.

Kita percaya dengan tindakan segera kerajaan khususnya arahan Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail agar ditubuhkan penyiasatan forensik misteri kematian 14 Orang Asli itu akan terjawab segera.

Manakala jaminan diberikan Azizah sekiranya punca kematian itu disebabkan pencemaran air sungai, tindakan tegas hendaklah diambil kepada mereka bertanggungjawab. Hendakanya isu ini akan terurai dalam masa sehari dua ini dan tindakan perlu diambil tanpa mengira bulu darjat dan keturunan. Keselamatan nyawa lebih penting daripada kepentingan diri.

Sejejar itu, peristiwa yang mentrajdis itu kerajaan perlu memberi perhatian serius kepada masalah kehidupan Orang Asli khasnya suku Bateq itu. Sudah sampai masanya cara kehidupan mereka yang primitif dimana ia dijadikan alasan kesulitan untuk mengurus kehidupan mereka direfomkan sejajar dengan aspirasi kerajaan Malaysia baharu. [wm.kl.8:52 am 10/06/19]



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2019/06/misteri-kematian-14-orang-asli-sudah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dedah Segera Punca Kematian Orang Asli Kuala Koh

Dedah Segera Punca Kematian Orang Asli Kuala Koh

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 528 hits
ULASAN KHASSungai Aring yang diambil mengguna droneseperti dilapirkan oleh NST 3 Mac 2019KEJADIAN yang menimba masyarakat Orang Asli kaum Bateq di Kuala Koh Gua Musang yang dilaporkan telah meragut 13 nyawa perlu dipandang serius Tidak bole...
Kerajaan Siasat Punca Kematian Orang Asli Secara Menyeluruh Tengku Zulpuri

Kerajaan Siasat Punca Kematian Orang Asli Secara Menyeluruh Tengku Zulpuri

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 275 hits
Timbalan Menteri Air Tanah dan Sumber Asli Tengku Zulpuri Shah Raja Puji yakin siasatan menyeluruh akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian 14 penduduk Orang Asli di Kg Kuala Koh Gua Musang seperti yang dimaklumkan Timbalan Perdan...
Ekoran Isu Kematian Orang Asli Kuala Koh Ini Punca Sebenar Penyakit Pneumonia

Ekoran Isu Kematian Orang Asli Kuala Koh Ini Punca Sebenar Penyakit Pneumonia

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 401 hits
Baru baru ini tular kes penyakit Pneumonia yang merebak di kawasan penempatan Orang Asli di Kuala Koh dan menyebabkan beberapa penduduk di situ meninggal dunia Apa yang boleh dikatakan penyakit ini adalah satu jangkitan kuman pada tisu paru...
Banyak Lubang Lubang Misteri Terus Muncul Di Bumi Apakah Tanda Dunia Sudah Akhir Zaman

Banyak Lubang Lubang Misteri Terus Muncul Di Bumi Apakah Tanda Dunia Sudah Akhir Zaman

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 723 hits
Empat kawah besar muncul secara misteri di Siberia Rusia Utara Kemunculan lubang besar ini memicu kekhawatiran bahawa pemanasan global dapat menyebabkan gas dari bawah tanah meledak Kawah baru yang pertama ditemukan diberi nama B1 menunjukk...
13 Orang Asli Di Gua Musang Mati Secara Misteri

13 Orang Asli Di Gua Musang Mati Secara Misteri

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 442 hits
GUA MUSANG Masyarakat orang asli di Kampung Kuala Koh di sini menderita penyakit misteri yang meragut nyawa Sepanjang bulan Ramadan lalu seramai 13 penduduk orang asli suku kaum Bateq di sini termasuk seorang kanak kanak berusia 1 tahun did...
Polis Nafi Dua Penduduk Orang Asli Meninggal Kerana Sakit Misteri

Polis Nafi Dua Penduduk Orang Asli Meninggal Kerana Sakit Misteri

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 309 hits
GUA MUSANG Polis menafikan dua penduduk Orang Asli yang meninggal dunia di Kampung Kuala Koh di sini pada 29 Mei lepas dan semalam berpunca sakit misteri Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Taufik Maidin berkata kedua dua mangsa seo...
Sambung Titik A Z

Sambung Titik A Z

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 1105 hits
kali ini cikgu nak share lembaran kerja sambung titik dari Abjad A Z download PDF dibawah untuk kualiti gambar yang baik dah download tu jangan lupa share tau post ad
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization