Misteri Kelapa Sawit Pencemaran Dan Belanjawan 2020


Piarapakaran S   
ULASAN | Mari kita renungkan kembali. Kita telah melalui dua kejadian pencemaran di Pasir Gudang, diikuti beberapa pencemaran lain menyebabkan penutupan loji rawatan air, serta jerebu baru-baru ini.

Isu-isu yang berbeza ini mempunyai persamaan yang ketara. Apabila insiden tersebut berakhir, kita cenderung untuk melupakannya sehingga kejadian itu berulang lagi.

Tiada penyelesaian konkrit terhasil daripadanya, kecuali omong kosong daripada pihak berwajib.
Insiden jerebu saja berlaku selama lebih dari dua dekad. Belanjawan 2020 baru-baru ini
mengumumkan bahawa RM27 juta diperuntukkan untuk menguruskan kempen antiminyak kelapa sawit dan RM30 juta lagi kepada Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Kimia untuk menangani masalah pencemaran.

Adakah kita akan mendapat nilai untuk wang yang dibelanjakan itu? Sebagai pembuka tirai, apa yang telah berlaku kepada "laporan penuh" mengenai pencemaran Sg Kim Kim dan Pasir Gudang?

Lihatlah bagaimana keadaan jerebu menjadikan Malaysia kalah. Ia akan bermula dengan penafian diikuti dengan kenyataan menyesali insiden tersebut.

Apabila tekanan mula memuncak di Malaysia, kita akan dapat jawapan bahawa masalah itu hanya beberapa bulan tetapi mereka (Indonesia) memberi udara bersih untuk bernafas untuk bulan-bulan seterusnya.

Sekiranya tekanan mulai meletus, Indonesia akan menamakan beberapa syarikat Malaysia yang diikuti sketsa 'wayang kulit' yang pendek. Akhirnya, kita diserang penyakit pelupa sehingga isu ini berulang kembali.

Tiada tindakan hingga kini
Ini adalah versi ringkas tentang bagaimana jerebu berlaku di Malaysia.

Tambahan lagi, bolehkah undang-undang jerebu rentas sempadan membantu? Sepatutnya, menteri yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar harus melihat kepada gambaran makro, dan tidak mengikuti Singapura untuk membuat undang-undang mengenai jerebu rentas sempadan saja.

Malaysia harus menggubal undang-undang pencemaran rentas sempadan, dan jerebu adalah salah satu elemen yang boleh dimasukkan. Persetujuan undang-undang kerjasama antara negara jiran kita - Thailand, Singapura, Indonesia dan Filipina - harus mengikutinya.

Gunakan kerjasama sedemikian untuk terus mendapatkan Asean untuk mengguna pakai Perjanjian Kerjasama Pencemaran Rentas Sempadan yang meliputi semua jenis pencemaran.

Lihat saja keadaan di Pasir Gudang. Ia sangat mudah untuk menghubungkan titik-titik dan pautan ke syarikat-syarikat berpotensi di sebalik kejadian pencemaran. Tetapi, tiada tindakan diambil terhadapnya sehingga kini.
Apa yang akan kita lakukan jika bahan kimia berbahaya menyeberangi sempadan untuk mencemarkan - dan mungkin menyebabkan kematian di negara jiran - atau sebaliknya? Oleh itu, Asean perlu matang dan memberikan perlindungan lebih baik untuk rakyatnya berbanding dengan hanya mengejar jerebu sahaja.

Sebenarnya mudah untuk menangani jerebu. Inilah yang perlu dilakukan oleh kerajaan Malaysia:
1. Dapatkan senarai semua syarikat yang didapati bersalah oleh Indonesia sejak 1990-an.
2. Senaraikan semua pesalah, manakala pesalah berulang perlu disenaraikan dalam kategori khas untuk pengetahuan umum.

3. Kerajaan mesti mengeluarkan larangan ke atas produk yang berkaitan dengan syarikat tersebut (terutamanya pesalah berulang) dan ini adalah hukuman ekonomi yang lebih efektif. Anda perlu 'memukul' mereka di tempat paling menyakitkan melalui kaedah "namakan dan malukan".

4. Wujudkan tekanan yang sama di peringkat antarabangsa untuk mengharamkan syarikat-syarikat dan para pelabur mereka. Sekarang sudahpun wujud kumpulan untuk menguar-uarkan pesalah-pesalah terbabit secara percuma.

5. Mewujudkan model pencemaran tiga dimensi dan indeks pencemaran yang lebih baik untuk lokasi-lokasi yang mempunyai kepadatan tinggi seperti petempatan bertingkat. Satu analisis titik tunggal tidak mewakili penduduk yang tinggal di bangunan-bangunan tinggi. Ini untuk memastikan pemantauan pencemaran dan pengurusan kecemasan yang lebih baik.

6. Kerajaan juga harus menerbitkan laporan sumber tahunan yang terbazir untuk menguruskan jerebu. Kerugian ini mesti dikira dari tahun jerebu bermula yang ditambah dengan kadar deposit tetap lazim digunakan setiap tahun untuk mengumpul kerugian sehingga 2019. Ini termasuk anggaran perbelanjaan perubatan awam dan swasta, kakitangan kerajaan yang ditugaskan untuk mengendalikan keadaan jerebu, gangguan operasi orang awam dan sektor swasta disebabkan jerebu dan bidang berkaitan yang lain. Akhirnya, inilah beban hutang 'pesalah' kepada rakyat Malaysia.

7. Gunakan platform Asean untuk menuntut kerugian yang dialami oleh Malaysia selama ini.

Sebaliknya, kempen antiminyak kelapa sawit dapat dikendalikan secara profesional dan cepat.

Setelah Malaysia dan Asean mengeluarkan syarikat-syarikat yang bersalah, kedudukan industri kelapa sawit akan menjadi lebih kukuh.

Jika industri kelapa sawit telah dituduh secara salah, fakta perlu diperbetulkan dalam kes mahkamah dan gunakan semakan kehakiman atau proses-proses lain untuk membatalkan larangan Kesatuan Eropah (EU) mengenai penggunaan minyak kelapa sawit untuk biofuel.
Sekiranya EU dikalahkan, keputusan mahkamah ini akan menjadi iklan percuma di seluruh dunia dan industri kelapa sawit boleh membersihkan namanya secara bergaya!

Mengapa perlu menggunakan wang pembayar cukai? Di Malaysia kita menggunakan minak kelapa sawit untuk hampir semua aktiviti. Kenapa berkempen di sini?

Industri ini harus membiayai sebarang aktiviti untuk melindungi kepentingan mereka.

Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (Awer) tidak pernah menjangkakan perlindungan kebajikan alam sekitar dan orang ramai akan jatuh ke tahap yang sangat teruk.

Lebih menyakitkan hati lagi apabila melihat lebih banyak tumpuan diberikan kepada publisiti murahan.

Jadi, sebelum mana-mana peruntukan terbazir, bolehkah menteri-menteri yang menjaga kelapa sawit dan alam sekitar melaksanakan cadangan-cadangan yang diberikan sebelum penghujung 2019?

Jika kedua-dua anda gagal, sila lakukan perbuatan yang mulia dengan menarik diri dari portfolio masing-masing dan memberi laluan kepada mereka yang boleh menggenggam bara api sampai jadi arang.

PIARAPAKARAN S ialah presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (Awer).



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/10/misteri-kelapa-sawit-pencemaran-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembangkang Kecewa Menteri Kewangan Tak Hadir Sesi Bahas Belanjawan 2020

Pembangkang Kecewa Menteri Kewangan Tak Hadir Sesi Bahas Belanjawan 2020

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 342 hits
Abdul Azeez Abdul Rahim mempersoalkan tujuan ahli Parlimen membahaskan Belanjawan 2020 yang dibentangkan pada 11 Okt lalu KUALA LUMPUR Seorang wakil rakyat pembangkang kecewa dan mempersoalkan tujuan ahli Parlimen membahaskan Belanjawan 202...
Karmaine Tidak Tahu Perihal Kelapa Sawit Dakwa Jeck Seng

Karmaine Tidak Tahu Perihal Kelapa Sawit Dakwa Jeck Seng

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 311 hits
Astro Awani Wee Jeck Seng berucap dari atas sebuah kenderaan ketika berkempen bagi PRK Parlimen Tanjung Piai di Pasar Pagi Pekan Serkat Laut pada Selasa Gambar BERNAMA TANJUNG PIAI Kenyataan calon Pakatan Harapan Karmaine Sardini bahawa har...
Kapsul Belanjawan 2020 Tahun Melawat Malaysia 2020

Kapsul Belanjawan 2020 Tahun Melawat Malaysia 2020

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 373 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Belanjawan 2020 Guan Eng Nafi Abai Sarawak

Belanjawan 2020 Guan Eng Nafi Abai Sarawak

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 305 hits
MIRI Sarawak adalah antara negeri menerima peruntukan tertinggi dalam Belanjawan 2020 dengan pelbagai peruntukan digunakan untuk tujuan pembangunan meliputi semua sektor di negeri ini Sehubungan itu Menteri Kewangan Lim Guan Eng menafikan t...
Kera Tangkap Tikus Untuk Dijadikan Makanan Bantu Kawal Serangan Tikus Ke Kebun Kelapa Sawit

Kera Tangkap Tikus Untuk Dijadikan Makanan Bantu Kawal Serangan Tikus Ke Kebun Kelapa Sawit

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 2018 hits
Ini satu maklumat yang sangat menarik pasal kera makan tikus Kajian dibuat oleh pengkaji dari Universiti Sains Malaysia terhadap sejenis kera yang didapati hadir di kebun kelapa sawit Mereka jadikan tikus sebagai salah satu dari makanan mer...
Belanjawan Kedah 2020 Pas Mahu Ph Fokus Keperluan Asas Rakyat

Belanjawan Kedah 2020 Pas Mahu Ph Fokus Keperluan Asas Rakyat

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 365 hits
ALOR SETAR Pas Kedah berharap Belanjawan Kedah 2020 yang dibentangkan Ahad ini menjadi bajet penyelesaian masalah terutama melibatkan keperluan asas rakyat Kedah Pesuruhjayanya Ahmad Yahaya berkata antara fokus utama yang harus diberikan tu...
Belanjawan 2020 Untuk Kapitalis Bukti Ph Tak Mesra Rakyat Ismail Sabri

Belanjawan 2020 Untuk Kapitalis Bukti Ph Tak Mesra Rakyat Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 320 hits
Belanjawan 2020 telah dibentangkan Jumaat lalu oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang merupakan tahun kedua kepada Pakatan Harapan dalam melaksanakan pentadbiran namun malangnya ia tidak memberi kesan apa apa Hal tersebut diakui oleh Ketua...
General Motors Indonesia Nyerah Tidak Jual Mobil Baru Per Maret 2020

General Motors Indonesia Nyerah Tidak Jual Mobil Baru Per Maret 2020

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 201 hits
General Motors berencana menghentikan penjualan kendaraan di pasar Indonesia mulai akhir Maret 2020 Namun pabrikan otomotif asal Detroit Amerika Serikat ini akan tetap memberikan pelayanan kepada pelanggan Chevrolet di Indonesia dalam bentu...
Liga M3 Kelantan United Muncul Juara Naik Pangkat Liga Premier 2020

Liga M3 Kelantan United Muncul Juara Naik Pangkat Liga Premier 2020

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 267 hits
Kelantan United sah layak ke Liga Premier 2929 selepas muncul juara Liga M3 Wakil dari Kelantan itu mengesahkan kejuaraan selepas menewaskan Glory United FC dari Kedah dengan jaringan 5 0 di Stadium LADA Langkawi pada malam tadi Kemenangan ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi