Misteri Kehilangan Loceng Emas Dhammazedi


Loceng Besar Dhammazedi dianggap sebagai loceng paling besar di dunia, dengan penghasilan loceng ini diperintahkan oleh seorang raja pada kurun ke-15 dari Kerajaan Hanthawaddy (wilayahnya meliputi Burma/Myanmar moden) bernama Dhammazedi.


Loceng ini dicatatkan sempat menjadi mercu kebanggaan masyarakat tempatan selama lebih kurang 200 tahun sebelum ia dirampas dan hilang di tangan seorang pengembara Eropah.

Loceng Besar Dhammazedi dipercayai masih terdampar di dasar sebatang sungai (atau sering disebut di pertemuan antara Sungai Yangon dan Sungai Bago) di Burma/Myanmar.

Sejumlah usaha telah dilakukan bagi menjejaki kedudukan loceng ini, namun tiada yang meraih keberhasilan.

SEJARAH LOCENG

Kisah Loceng Besar Dhammazedi bermula sekitar tahun 1480 Masihi, ketika pemerintahan Kerajaan Hanthawaddy, dan Raja Dhammazedi diceritakan telah memerintahkan bancian isi rumah dilakukan di seluruh kerajaannya.

Menteri-menteri yang terlibat bertindak menyeleweng kuasa yang diberikan semasa menjalankan tugas berkenaan kerana selain merekodkan jumlah isi rumah, mereka turut mengenakan cukai ke atas rakyat.

Apabila perkara ini sampai ke pengetahuan raja, beliau sama sekali tidak bersenang hati dan untuk mententeramkan kemurkaan raja, menteri-menteri itu pun mencadangkan agar sebuah loceng dihasilkan dengan menggunakan tembaga yang telah mereka ambil daripada rakyat.

Buah fikiran ini akhirnya dipersetujui oleh raja dan usaha penghasilan loceng ini pun dimulakan.

Secara keseluruhan, menteri-menteri Dhammazedi telah mengumpulkan hampir 300 tan tembaga.

Selain daripada tembaga, loceng tersebut juga diperbuat dengan menggunakan perak, emas dan timah, malah ia turut ditatahkan dengan batu zamrud dan batu nilam.

Loceng ini kemudiannya dihadiahkan oleh raja kepada Pagoda Shwedagon (tapak Buddha paling keramat di Burma/Myanmar) di Dagon (kini Yangon).

CATATAN-CATATAN BALBI

Catatan lain yang memerihalkan loceng ini boleh ditemui dalam catatan seorang pedagang dari Venice bernama Gasparo Balbi.

Beliau mengunjungi Dagon pada hujung kurun ke-16 Masihi dan mencatatkan bahawa ketika mengunjungi Pagoda Shwedagon, beliau berpampasan dengan sebuah loceng besar di dalam dewan dan bukannya di luar pagoda sebagaimana yang didakwa oleh legenda masyhur.

Berkemungkinan loceng ini dipindahkan ke dalam bangunan pada suatu tempoh masa.

Apapun, perincian yang dilakukan oleh Balbi adalah sepertimana berikut:

"Aku menemui di dalam sebuah dewan indah sebuah loceng yang sangat besar, yang kami (kemudiannya) mengukur (loceng tersebut), dan mendapati bahawa ianya berukuran tujuh langkah dan tiga depa, dan ia dipenuhi dengan aksara dari atas hingga bawah, tersusun sangat rapat hingga satu huruf menyentuh huruf yang lain, namun tiada bangsa yang dapat memahaminya."

KISAH DE BRITO


Seorang lagi orang Eropah yang direkodkan pernah menemui loceng ini mempunyai rancangan tersendiri terhadap khazanah gergasi tersebut.

Seorang pengembara Portugis bernama Filipe de Brito e Nicote dicatatkan telah mendirikan sebuah pos perdagangan di Syriam (kini Thanlyin) sekitar penghujung kurun ke-16 atau awal kurun ke-17 Masihi.

Mengambil kesempatan di atas kemunduran kuasa diraja di Burma, pengembara Portugis ini melebarkan pengaruhnya di seluruh kawasan berhampiran sungai.

Malah, beliau turut menguasai Dagon dan kawasan pinggiran di sekitar menjelang tahun 1600.

Pada tahun 1608, de Brito memutuskan untuk memindahkan Loceng Besar Dhammazedi dari Pagoda Shwedagon.

Pengembara ini berhasrat mahu membawa loceng tersebut ke Syriam, di mana di sana beliau boleh mencairkannya dan menggunakan logamnya untuk menghasilkan laras-laras meriam bagi kegunaan kapal-kapalnya.

De Brito dicatatkan berjaya mengangkut loceng ini ke Sungai Bago, yang kemudiannya dimuatkan ke atas sebuah rakit.

Rakit ini diikat pada kapal utama de Brito dan memulakan perjalanannya mengharungi sungai.

Tatkala tiba di pertemuan antara Sungai Bago dan Sungai Yangon, rakit ini pecah lalu loceng tersebut tenggelam ke dalam dasar sungai.

LOKASI YANG TIDAK DIKETAHUI

Walaupun Loceng Besar Dhammazedi telah pun hilang selama lebih 400 tahun, ia masih belum dilupakan oleh masyarakat Burma/Myanmar.

Pada tahun 2014, dilaporkan bahawa dalam tempoh 25 tahun terakhir, sekurang-kurangnya tujuh percubaan serius untuk menjejaki loceng bersejarah ini telah dilakukan.

Bagi masyarakat Burma/Myanmar, loceng ini dianggap sebagai khazanah negara merangkap khazanah Buddhisme.

Justeru, besar kemungkinan usaha untuk mencari loceng ini akan dilanjutkan lagi di masa hadapan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Misteri Menara Jam Lago deResia Di Tasik Lake Reschen!Sains Merungkai Larangan Lelaki Memakai Emas!
sumber: thepatriots



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/07/misteri-loceng-emas-dhammazedi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khalid Jamlus Lelong Kasut Emas Rupanya Ada Kaitan Dgn Mak Ayah Dia

Khalid Jamlus Lelong Kasut Emas Rupanya Ada Kaitan Dgn Mak Ayah Dia

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 368 hits
KUALA LUMPUR Tindakan saya tidak menyalahi mana mana undang undang kerana saya cuba buat apa yang saya rasa bersesuaian dan sepatutnya saya lakukan dengan keadaan hidup saya ketika ini Demikian luahan bekas bintang bola sepak Perak Muhamad ...
Sukma 2021 Wushu Selangor Sasar Satu Emas Kategori Sanda

Sukma 2021 Wushu Selangor Sasar Satu Emas Kategori Sanda

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 293 hits
SHAH ALAM 7 JULAI Skuad wushu Selangor menyasarkan satu pingat emas bagi kategori sanda pada Sukan Malaysia ke 20 di Johor tahun depan Jurulatih Chia Kian Keow berkata harapan meraih pingat disandarkan kepada Tan Xian Jun 20 yang bakal bera...
Covid 19 Usahawan Dari India Pakai Pelitup Muka Emas Khas Bernilai Rm17 000 Untuk Hindari Jangkitan

Covid 19 Usahawan Dari India Pakai Pelitup Muka Emas Khas Bernilai Rm17 000 Untuk Hindari Jangkitan

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 354 hits
Pandemik masih lagi ada dan tidak menunjukkan tanda tanda akan reda di beberapa buah negara yang teruk dilanda wabak itu Mereka kini masih lagi berperang melawannya Oleh itu individu sanggup melakukan apa sahaja untuk tidak dijangkitinya se...
Ada Peminat Mahu Beli Kasut Emas Khalid Jamlus Rupanya Ini Tujuan Dia

Ada Peminat Mahu Beli Kasut Emas Khalid Jamlus Rupanya Ini Tujuan Dia

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 518 hits
Siapa yang tidak sayangkan koleksi berharga itu namun terpaksa dilakukan demi meneruskan kehidupan apabila tidak mempunyai pendapatan tetap selama tiga tahun Demikian luahkan bekas penyerang sensasi Harimau Malaya Khalid Jamlus Khalid ketik...
Pune Lelaki Belanja Rm16 576 Untuk Beli Penutup Muka Yang Bersadur Emas

Pune Lelaki Belanja Rm16 576 Untuk Beli Penutup Muka Yang Bersadur Emas

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 472 hits
Seorang lelaki dari Pune India sanggup membelanjakan wang sebanyak 14 200 dirham demi mendapatkan penutup muka logam yang disadur dengan emas Shankar Kurade ketika ditemubual oleh pemberita memberitahu dia sendiri tak pasti sama ada pelitup...
Belajar Ilmu Pelaburan Emas Secara Percuma

Belajar Ilmu Pelaburan Emas Secara Percuma

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 362 hits
Anda nak belajar ilmu pelaburan emas secara percuma Alhamdulillah pada hari ini terdapat kemudahan yang sangat banyak telah disediakan kepada semua lapisan masyarakat samada tua muda pelajar universiti pelajar kolej penjawat awam atau peker...
Situasi Di Pedalaman Papua 1 Kardus Mie Instan Dihargai Setara Dengan 2 Gram Emas

Situasi Di Pedalaman Papua 1 Kardus Mie Instan Dihargai Setara Dengan 2 Gram Emas

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 213 hits
Papua diketahui masih menjadi salah satu wilayah di negara Indonesia yang tertinggal Baik secara pembangunan fisik SDM hingga akses fasilitas umum masyarakat Papua hingga kini belum mendapatkan apa yang seharusnya didapat Selain itu sulitny...
Harga Emas Pegadaian Naik Rp4 000

Harga Emas Pegadaian Naik Rp4 000

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 253 hits
Harga Emas Pegadaian Naik Rp4 000 Harga emas Pegadaian khusus batangan 1 gram cetakan Antam hari ini naik Rp4 000 atau 0 42 persen ke level Rp 950 000 per gram dari harga hari sebelumnya di tengah lonjakan kasus virus corona menjaga permint...
Beli Emas Di Yapiem Gold

Beli Emas Di Yapiem Gold

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 506 hits
Hobi selepas PKP ini seakan sedang kearah emas Sedang cuba untuk pelbagaikan simpanan Lagipun rasa kecewa dengan CIMB yang dok tolak duit tanpa acknowledge Sebagai timbal balas aku habiskan duit di akaun CIMB Malas nak serabut Pada masa yan...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Remaja Lemas Ketika Mandi Di Sungai Kg Kamansi Bingkor Keningau

Semak Kadar Dividen Asb 2024

Cotton Canvas A Comprehensive Guide For Crafters Diyers And Textile Enthusiasts

Makanan Sihat Dalam Paper Bowl Trend Terkini Di Restoran

Wr Rosse Sunday Getaway

Singgah Makan Satay Kajang Rnr Dengkil