Misteri Di Dalam Bumi
Pernahkah kita fikir apakah yang terdapat di dalam planet bumi yang kita diami ini?
Hanya planet bumi yang dihuni oleh makhluk bernyawa diantara kesemua planet di angkasa lepas. Manusia yang membuat kajian mengenai bulan dengan menghantar roket, tidak terlepas dari melakukan kajian ke atas bumi.
Para sainstis telah mengorek permukaan bumi dan telah membuat beberapa penemuan penting. Dari kajian-kajian awal dapat diketahui bahawa, planet bumi ini adalah sebahagian yang terpisah dari matahari berjuta-juta tahun dahulu.
Pithakores, seorang sainstis terkenal dalam kurun ke-6 mendakwa bumi ini berbentuk bulat. Kenyataan beliau tidak diterima. Hanya dalam kurun ke-17, kenyataan ini dibuktikan oleh beberapa orang saintis seperti kobernices, Capler dan Galiieo.
Bumi kita berputar dan mengelilingi matahari sejauh 149 juta batu. Ukurlilit bumi pada garisan khatulistiwa adalah lebih kurang 12,756 kilometer. Jika diukur lilitan pada kutub Utara, ia sepanjang 12,714 kilometer. Luas bumi adalah sebesar 510 juta kilometre persegi.
Permukaan bumi dipenuhi dengan tanah hanya sebanyak 29 peratus. Selebihnya adalah air iaitu laut. Oleh kerana hampir tiga per empat daripada permukaan bumi adalah air, bumi kita dikenali planet air. Berat bumi adalah sebanyak 6.6x1012 ton.
Jika kita masuk ke dalam bumi, kita boleh melihat tiga bahagian. Bahagian yang sedalam 31 kilometer adaripada permukaan bumi, dikenali sebagai kiras. Seterusnya bahagian yang meliputi sehingga 2,900 kilometer dipanggil mantel dan bahagian yang satu lagi yang sedalam 3,426 kilometer dikenali kor bumi.
Permukaan bumi juga dibahagikan kepada dua iaitu bahagian atas permukaan bumi, dan bahagian bawah. Kedua-dua bahagian ini mengandungi banyak bahan mineral.
Di bahagian atas permukaan bumi terdapat silikon sebanyak 69 peratus, aluminium 14 peratus, besi 4 peratus dan logam-logam lain sebanyak 13 peratus. Di bahagian bawah pula, terdapat silicon dioksid (48 peratus), magnesium (9 peratus), kalsium oksid (11 peratus) dan oksid lain (15 peratus).
Para saintis Russia telah mencapai kejayaan yang paling tinggi selama ini dalam kajian mengenai bumi. Lubang yang digali di Russia, di tempat yang bernama Coala merupakan lubang paling dalam yang digali di atas bumi untuk tujuan penyelidikan.
Lubang raksasa Coala
Didapati suhu bumi bertambah dengan kadar 10-20 sentiged bagi setiap kilometre ke dalam bumi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://feedproxy.google.com/~r/krissmerah/~3/kNsepMjEN8c/misteri-di-dalam-bumi.html