Misi Zaid Ibrahim Ph Perintah Kelantan Maju



Mungkin cogankata yang sesuai bagi Pengerusi protem DAP Kelantan Datuk Zaid Ibrahim ketika memulakan tugasnya ialah ‘PH perintah Kelantan makmur’.
Kelmarin beliau memulakan misi mendekatkan DAP kepada rakyat Kelantan dengan mendekati keluarga, rakan-rakan dan penduduk di kampung kelahirannya, Bachok.
Dalam sesi pertemuan dan ceramah santai di pekarangan sebuah rumah di Kampung Chap, Bachok, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu tampil memberi penjelasan umum mengenai keadaan politik negara.
Disertai kira-kira 100 penduduk setempat, beliau antara lain banyak menyeru agar hadirin memahami keadaan politik Malaysia dan menolak politik kebencian serta anasir perkauman.
“Saya ambil tanggungjawab ini untuk memberi penjelasan kepada rakyat Kelantan apabila dapati senario politik sekarang tidak sihat.
“Yang ini anti-Cina, anti-Melayu, anti-India, politik macam ini tak sihat .Kalau negara kita terus macam ini, macam mana nak maju, macam mana kita nak tumpu kepada pembangunan dan pendidikan?
“Untuk peringkat ini eloklah saya beri penjelasan dan tempat yang paling baik adalah di kampung saya sendiri, bersama saudara-mara dan kawan-kawan di sini,” katanya dipetik.
Bekas anggota parlimen Kota Bharu itu dilantik menjadi pengerusi protem dalam satu mesyuarat DAP Kelantan pada 10 Januari lalu, menggantikan Chua Chin Hui.
Turut dilantik ialah 16 ahli jawatankuasa penaja. Langkah itu disifatkan untuk mengukuhkan kedudukan DAP di negeri itu.
Dalam ucapannya di program itu, Zaid menjelaskan betapa senario politik negara perlu lebih terbuka dan menolak politik yang membawa perpecahan antara masyarakat.
“Sejak selepas merdeka lagi kita berbalah dalam politik, PAS dan Umno 40 tahun berbalah kemudian sekarang dah berbaik. Kalau berbalah kita orang Melayu, orang Islam yang rugi.
“Kelantan sejak sekian lama ditadbir pihak pembangkang, sejak zaman BN. Kemudian kerajaan pusat bertukar pun Kelantan tetap negeri pembangkang. Bila negeri pembangkang pembangunan kurang, duit tak masuk.
“Jadi apa untungnya kita berbalah, anti itu dan ini, yang ruginya orang Melayu,” katanya.
Tambahnya, orang Kelantan khususnya perlu berubah dalam segenap aspek kehidupan termasuk pemikiran untuk membangunkan kemajuan negeri.
“Justeru saya nak minta orang Kelantan berbaik-baik dengan kerajaan pusat, yang diwakili parti-parti pelbagai kaum. Saya akan bantu, kalau apa-apa yang diperlukan saya boleh jumpa menteri untuk minta tolong mereka dengan sokongan semua.
“Selepas ini sesiapa nak dengar mengenai politik Malaysia boleh jemput ambo (saya), ambo nak jelajah bagi penjelasan di seluruh Kelantan.
“Ambo nak tengok perubahan, nak bagi Kelantan maju seperti Singapura,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/26132

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zaid Ibrahim Dilantik Pengerusi Dap Kelantan

Zaid Ibrahim Dilantik Pengerusi Dap Kelantan

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 472 hits
Zaid Ibrahim KUALA LUMPUR Datuk Zaid Ibrahim hari ini dilantik sebagai Pengerusi protem DAP Kelantan Pada tengahari ini 16 cawangan di Kelantan memutuskan untuk memilih saya sebagai pengerusi protem kata Zaid kepada Malay Mail Menuruut beka...
Zaid Ibrahim Appointed Kelantan Dap Pro Tem Chairperson

Zaid Ibrahim Appointed Kelantan Dap Pro Tem Chairperson

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 875 hits
The former minister in the prime minister s department Zaid Ibrahim has been appointed Kelantan DAP pro tem chairperson The appointment was decided unanimously in a meeting which also appointed 16 other pro tem committee members This was an...
Zaid Mahu Kehidupan Lebih Baik Untuk Rakyat Kelantan

Zaid Mahu Kehidupan Lebih Baik Untuk Rakyat Kelantan

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 369 hits
BERITABekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Zaid Ibrahim mempunyai rancangan untuk memastikan kemenangan DAP di Kelantan walaupun negeri itu diketahui merupakan kubu kuat PAS Pengerusi DAP Kelantan yang baru dilantik itu berkata matlamat...
Ambo Nak Kelantan Maju Macam Singapura

Ambo Nak Kelantan Maju Macam Singapura

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 311 hits
BERITAEnggan tampak agresif sebaik selepas menjadi pengerusi protem DAP Kelantan Zaid Ibrahim memilih untuk memulakan tugasnya dengan mendekati keluarga rakan rakan dan penduduk di kampung kelahirannya Dalam sesi pertemuan dan ceramah santa...
Terpaksa Jalan Kaki Balik Kelantan Pakcik Ditipu Rakan Janji Kerja Tukang Cuci Di Kl

Terpaksa Jalan Kaki Balik Kelantan Pakcik Ditipu Rakan Janji Kerja Tukang Cuci Di Kl

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 461 hits
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul Perumpamaan itu kerap kali terlintas difikiran kita apabila melihat seseorang yang sedang diuji dengan cubaan kehidupan Namun sebagai manusia biasa kita tidak lari dari perasaan kasihan dan simpa...
Kelantan Perkasakan Teknologi Hijau Panel Solar Sedia Dipasang

Kelantan Perkasakan Teknologi Hijau Panel Solar Sedia Dipasang

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 389 hits
oleh Norzana RazalyKERAJAAN Negeri Kelantan baharu sahaja melancarkan Pelan Induk Pembangunan Mampan 2019 2023 ke arah menjayakan Strategi Lautan Hijau pada 2 Januari 2020 yang turut memfokus serius terhadap perkembangan teknologi hijau sel...
Ditipu Rakan Janjikan Kerja Di Kl Pakcik Ini Terpaksa Jalan Kaki Balik Kelantan

Ditipu Rakan Janjikan Kerja Di Kl Pakcik Ini Terpaksa Jalan Kaki Balik Kelantan

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 356 hits
Gara gara ditipu rakan yang menjanjikannya pekerjaan di ibu kota seorang lelaki terpaksa pulang ke kampungnya di Kelantan dengan perasaan hampa Lebih menyedihkan lelaki itu terpaksa pulang dengan berjalan kaki berikutan sudah kehabisan wang...
Drama Pak Su Ammara

Ai And Automation Set To Dominate The Industrial Sector By 2026

Hiburan Video Peribadi Tular Pekin Ibrahim Nafi Sambut Hari Natal Kami Hanya Sambut Hari Lahir Bukan Bertukar Hadiah

Dari Tampin Ke Simpang Ampat Alor Gajah Beli Nenas

Rawatan Pergigian Di Klinik Pergigian Familia Megaway

Yang Tak Pernah Aku Ceritakan Tapi Menguatkanku

Empat Punca Roti Puri Tidak Menjadi Gelembung Seperti Yang Diharapkan

Mengalami Kehilangan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Cara Menghilangkan Rasa Pedas Dengan Cepat

Senjata Subtil Kekuatan Kata Kata Dalam Mendapatkan Pujian

Indonesia Rancang Denda Hingga Us 8 5 Bilion Ke Atas Syarikat Sawit Di Usaha Pemuliharaan Alam

Hiburan Haliza Maysuri Jelaskan Sebab Sarung Busana Rm185 000 Pada Malam Gala Bukan Untuk Bermegah Tapi

Cara Tambah Income Tanpa Modal Besar Strategi Selamat Realistik Untuk Orang Biasa

Adun Kuala Perlis Angkat Sumpah Menteri Besar Perlis Baharu