Misi Menjerat Harimau Selesai



Misi menjerat harimau selesai.

Harimau ini bukan sebarang harimau. Nak menjerat beliau bukan sahaja perlukan kemahiran yang tinggi bahkan muslihat dan strategi juga mestilah aras tinggi.

Seperti kata orang tua², pelanduk biasanya lupakan jerat sedangkan jerat tak pernah lupakan pelanduk.

Kadang² perompak bank yang ditangkap sengaja dilepaskan oleh polis untuk mengesan wang rompakan dan kawan²nya yang masih bebas.

Ada masanya perlu hantar detektif yang menyamar dan berpura² jadi ahli kongsi gelap bagi menumpaskan ketua penjenayah yang amat dikehendaki dan sediketnya.

Baiklah, Demang siarkan kenyataan TG Haji Hadi selaku Presiden PAS yang diberi penghormatan untuk mendedahkan misi ini.

Bagi Demang, kita sudah di hujung cerita. Biduk lalu kiambang bertaut.
Insya-Allah pelanduk sudah di dalam jerat.

Selamat membaca.
Minda Presiden PAS



TUN DISANJUNG, NEGARA DISELAMATKAN

Firman Allah Taala:

﴿قُلِ ٱللَّهُمَّ مَٰلِكَ ٱلۡمُلۡكِ تُؤۡتِي ٱلۡمُلۡكَ مَن تَشَآءُ وَتَنزِعُ ٱلۡمُلۡكَ مِمَّن تَشَآءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَآءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَآءُۖ بِيَدِكَ ٱلۡخَيۡرُۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞ٢٦﴾

“Katakan wahai Allah! Tuhanku yang memiliki kuasa terhadap kerajaan. Engkau mengurniakan kerajaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau mencabut kuasa kerajaan daripada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan sesiapa yang Engkau kehendaki. Di tangan (kekuasaanMu) sahaja berlakunya kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa terhadap tiap tiap  sesuatu.” (Surah Ali ‘Imran: 26)

Ayat ini diwiridkan selepas solat, menunjukkan kekuasaan Allah Taala sahaja yang Maha Suci daripada segala sifat kekurangan. Semua makhluk bersifat kekurangan dan kelemahan yang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan sama ada dosa besar atau dosa kecil, namun Allah Taala Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Iman dan aqidah tetap menjadi tonggak dan prinsip yang diterima oleh Allah SWT bagi mendapat pengampunan, rahmat dan berkatNya.

Kita baru sahaja menghadapi kekusutan politik yang paling rumit kerana kesalahan dan kelemahan diri kita sendiri, sehingga ditimpa masalah yang paling kusut. Oleh itu bagi melepaskan diri, laksana menarik rambut yang kusut yang terperangkap dalam tepung yang liat. Seolah-olah mustahil mengambil tindakan supaya rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak atau berkecai.


Dengan pertolongan Allah Taala jua, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mendapat hidayah dalam menangani masalah politik negara yang tidak melibatkan Baginda secara langsung dalam urusan yang paling kusut dan rumit ini.

Paling susah juga bagi Sabah dan Sarawak, walaupun tidak menjadi penyebab berlakunya krisis yang dimulakan oleh pemimpin politik dari Semenanjung, oleh kerana mereka menjadi kepala kepada jasad negara Malaysia ini, pasti masalah yang timbul menjadi bebanan kepada semua.


Dalam masa yang sama, perlu dihormati YB Tun Mahathir Mohamad yang sangat berjasa kepada negara ini supaya jangan dikorbankan menjadi kambing hitam oleh  pemimpin yang gila jawatan sehingga nafsunya mengatasi akal dan sanggup menjadikan matlamat menghalalkan segala cara, tanpa nilai maruah diri, agama, bangsa dan negara. Sehingga mengheret ahli politik melakukan perkara yang kotor, menjatuhkan maruah, mendedahkan keaiban dan dosa yang lebih baik disembunyikan dan bertaubat kepada Allah Taala serta bermaafan.

Dalam situasi yang bercampur aduk sehingga boleh membocorkan bahtera negara apabila ekonomi terganggu, keamanan dan perpaduan rakyat terancam, perpecahan merebak sehingga ke dalam parti-parti komponen Pakatan Harapan yang memerintah, bukan semata-mata kerana adanya kerajaan dan pembangkang. Maka langkah yang segera wajib diambil bagi menyelamatkan negara daripada karam, laksana sabda Rasulullah SAW:

مَثَلُ القائِمِ علَى حُدُودِ اللَّهِ والواقِعِ فيها، كَمَثَلِ قَوْمٍ اسْتَهَمُوا علَى سَفِينَةٍ، فأصابَ بَعْضُهُمْ أعْلاها وبَعْضُهُمْ أسْفَلَها، فَكانَ الَّذِينَ في أسْفَلِها إذا اسْتَقَوْا مِنَ الماءِ مَرُّوا علَى مَن فَوْقَهُمْ، فقالوا: لو أنَّا خَرَقْنا في نَصِيبِنا خَرْقًا ولَمْ نُؤْذِ مَن فَوْقَنا، فإنْ يَتْرُكُوهُمْ وما أرادُوا هَلَكُوا جَمِيعًا، وإنْ أخَذُوا علَى أيْدِيهِمْ نَجَوْا، ونَجَوْا جَمِيعًا. (رواه البخاري)

“Bandingan orang yang dipertanggungjawabkan menjaga sempadan Allah dan orang yang terjatuh terpelanting melanggarnya (berdosa), laksana kumpulan kaum yang menaiki sebuah bahtera. Ada yang berada di tingkat atas dan sebahagiannya berada di bawah. Tiba-tiba orang yang berada di bawah  memerlukan  air, mestilah naik melangkah mereka yang berada di atas, lalu mereka berkata: Apa salahnya kalau ditebuk sahaja bahtera ini supaya lebih mudah mendapat air, tanpa menyusahkan mereka yang ada di atas. Kalau dibiarkan melakukan apa yang dikehendakinya nescaya mereka semuanya binasa tenggelam. Kalau bertindak menghalangnya nescaya semuanya selamat.” (Riwayat Al-Bukhari)

Kami mengambil langkah menyatukan umat Melayu Islam daripada bawah dengan mengadakan Muafakat Nasional (PAS dan UMNO-BN). Tun Mahathir dan kalangan ilmuwan mengadakan Kongres Maruah Melayu. Kami mengumpulkan yang berpecah sehingga menghasilkan gabungan Perikatan Nasional mengambil alih bersama kerajaan yang terpaksa diselamatkan.

Dalam masa yang sama, melaksanakan kewajipan menjaga perpaduan masyarakat majmuk berkonsepkan adil kepada semua kaum, dan mengawal mereka yang kuat, kaya, rakus dan ekstrem daripada semua pihak.

Masyarakat Melayu dan Islam diseru supaya berpegang kepada konsep wasatiyyah yang sebenar, menjaga hubungan kemanusiaan dan kekeluargaan dengan istiqamah.

Begitu juga kalangan bukan Islam menolak yang ekstrem dengan mengambil penekanan kepada aspek titik persamaan kemanusiaan bermasyarakat majmuk dengan bertasamuh (bertoleransi) dalam perbezaan agama, kaum dan taraf pendidikan, serta penekanan kepada persamaan kehidupan dari aspek moral yang boleh bertaawun (bertolong menolong) dalam perkara kebajikan dan menolak kejahatan.



Tanpa dinafikan semua pihak ada yang bersalah, tetapi semua bersepakat dan tidak ada yang menentang supaya mengambil yang jernih dan membuang yang keruh. Ada yang berdosa kecil boleh dimaafkan dan diampunkan. Ada yang berdosa besar diberi peluang untuk bertaubat. Kita melaksanakan teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW ketika kemenangan Fathu Makkah yang sangat berbeza dengan kemenangan Revolusi di negara Barat dan Komunis.

Langkah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja yang tidak berpolitik dapat menangani krisis politik yang sukar ini dengan hidayah Allah Taala diucapkan syukur dan junjung kasih.

Langkah Tun Mahathir Mohamad sejak mengambil alih pentadbiran menangani kerajaan dan pembangkang sejak PRU 14, menanggung tugas mengawal keadaan sehingga selesai dengan aman bagi menolak dan menyingkirkan yang keruh dengan daya upaya dalam usianya tanpa huru hara seperti negara lain adalah menjadi contoh sebagai seorang negarawan dunia terkini yang akan disimpan dan sentiasa dikenang dalam lipatan sejarah.

Sekalung terima kasih kepada Sabah dan Sarawak, para pemimpin dan rakyatnya yang berada dalam jasad Malaysia menahan kesakitan kerana penyakit yang menjangkiti mereka, namun mereka menjadi sebab sehingga negara bersatu walaupun dipisahkan oleh lautan yang luas.


YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin telah dipilih menjadi Perdana Menteri yang tidak melobi dan berkempen untuk dirinya sendiri, semoga mendapat kelebihan dengan sabda Rasulullah S.A.W:

 لا تسأَلِ الإمارةَ فإنَّكَ إنْ أُعطيتَها عن غيرِ مسألةٍ أُعِنْتَ عليها وإنْ أُعطيتَها عن مسألةٍ وُكِلْتَ إليها وإنْ حلَفْتَ على يمينٍ فرأَيْتَ غيرَها خيرًا منها فَأْتِ الَّذي هو خيرٌ وكفِّرْ عن يمينِكَ. (متفق عليه)

“Jangan  meminta menjadi pemimpin. Sekiranya diberi tugas tanpa memintanya  nescaya engkau diberi pertolongan (oleh Allah), sekiranya diberi tugas dengan memintanya nescaya engkau dibebankan (tanpa pertolongan Allah) dan apabila engkau bersumpah, tiba-tiba ada yang lebih baik daripadanya, pilih yang terbaik  itu dan tunaikan kaffarahnya.” (Muttafaqun ‘Alaih)

Marilah kita bersatu mara ke hadapan, bertaawun dalam perkara kebajikan dan ketaqwaan, bertasamuh dalam perbezaan agama, kaum dan politik, laksana biduk berlalu kiambang bertaut, membujur lalu melintang patah.

“Islam Memimpin Perpaduan”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 8 Rajab 1441 / 3 Mac 2020
Allahu akbar.
Wallahu'alam.

Sumber
Cheguman a.k.a Demang Lebar Daun
adalah blogger Waadat


MR :  Ulasan penulis juga menarik


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/03/misi-menjerat-harimau-selesai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Misi Saya Sudah Selesai Kata Zahid Hamidi

Misi Saya Sudah Selesai Kata Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 380 hits
KUALA LUMPUR Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memberitahu pemberita misi saya sudah selesai ketika meninggalkan kediaman calon perdana menteri Muhyiddin Yassin selepas hampir 2 jam bersama bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan a...
Misi Sudah Selesai Selepas Muhyiddin Yassin Dilantik Pm Ke 8 Zahid Hamidi

Misi Sudah Selesai Selepas Muhyiddin Yassin Dilantik Pm Ke 8 Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 334 hits
Perlantikan Perdana Menteri ke 8 iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin atas perkenan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah pada hari ini telah melakar sejarah baru negara Malaysia Susulan ...
Selesai Umrah 2 698 Jemaah Asal Indonesia Kembali Ke Tanah Air

Selesai Umrah 2 698 Jemaah Asal Indonesia Kembali Ke Tanah Air

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 232 hits
Jemaah asal Indonesia yang sudah menyelesaikan seluruh rangkaian ibadah umrahnya sejak kemarin Jumat secara bertahap kembali ke Tanah Air Konsul Haji KJRI Jeddah Endang Jumali mengatakan proses kepulangan sejauh ini berjalan lancar
Azmin Zuraida Syukur Kemelut Selesai

Azmin Zuraida Syukur Kemelut Selesai

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 303 hits
Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengucapkan syukur kemelut politik negara berakhir dengan pemilihan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri ke 8 Ditemui media di pekarangan kediaman Muhyiddin di sini bekas Timbalan...
Proses Memilih Pm 8 Belum Selesai Kata Husam

Proses Memilih Pm 8 Belum Selesai Kata Husam

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 275 hits
AKMAL MANAFa Naib Presiden AMANAH Senator Datuk Husam Musa berpendapat proses pemilihan Perdana Menteri kelapan masih belum selesai berikutan perlu melalui proses di Parlimen Beliau berkata Perdana Menteri perlu melalui proses di Parlimen u...
The Suicide Squad Selesai Jalani Penggambaran James Gunn Kongsikan Ucapan Yang Menyentuh Perasaan

The Suicide Squad Selesai Jalani Penggambaran James Gunn Kongsikan Ucapan Yang Menyentuh Perasaan

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 228 hits
Buat James Gunn penggambaran The Suicide Squad adalah sesuatu yang sukar buatnya Tetapi hari ini usahanya dalam menyiapkan sekuel reboot akan datang telah mencatatkan satu pencapaian baru Menerusi laman Instagram miliknya Gunn telah kongsik...
Ppatk Sesalkan Ruu Pembatasan Transaksi Tunai Tak Kunjung Selesai

Ppatk Sesalkan Ruu Pembatasan Transaksi Tunai Tak Kunjung Selesai

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 219 hits
Wakil Kepala PPATK Dian Ediana Rae mengaku kecewa lantaran tak mengetahui bagaimana kelanjutan RUU tersebut Sebab pelaku TPPU kerap memakai pecahan uang tunai bernilai besar dalam melakukan kejahatannya
Percaturan Selesai Kerajaan Ph Kembali

Percaturan Selesai Kerajaan Ph Kembali

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 173 hits
Kerajaan Pakatan Harapan dijangka kembali memerintah apabila gabungan parti PKR DAP dan Amanah bersetuju untuk mencalonkan Tun Mahathir sebagai perdana menteri Hal itu diumumkan oleh komunikasi PH sebentar tadi yang menyebut gabungan itu te...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Resipi Daging Masak Hitam Berempah Terlajak Sedap

Masjid Sri Sendayan Keindahan Keunikan Seni Bina Masjid


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Orang Bunian Mystiska V Senden I Den Malaysianska Urskogen

Usd Cad Ulasan Dan Analisis

Dakwaan Projek Rumah Pahang Gagal Dan Terbengkalai Fitnah Kdmi Buat Laporan Polis Terhadap Adun Kuala Sentul

Penjawat Awam Antara 13 Ditahan Disyaki Terbabit Dengan Kartel Pindah Milik Tanah Secara Tidak Sah

Sila Cermin Diri

Pi Kwc Fashion Mall Pulak