Misi Kontroversi Pompeo Ke Asia Barat


MISI lawatan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo ke Asia Barat telah mencetuskan persoalan dalam kalangan pakar diplomatik AS dan anggota Parti Demokrat.
Pompeo berkunjung ke Israel, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Sudan dalam lawatan selama enam hari yang bermula Isnin lalu dan dilakukan secara tiba-tiba.
Lawatan itu menyebabkan dia didakwa menggunakan dasar luar AS untuk menyokong presiden negara itu, Donald Trump bagi mempertahankan jawatan itu bagi penggal kedua.
Dalam kunjungan ke negara-negara itu, Pompeo hanya membawa seorang wartawan berbanding pada kebiasaannya beberapa orang pemberita ketika melakukan lawatan ke luar negara.
Aturcara lawatannya masih tidak teratur dan misi kunjungannya ke negara-negara tersebut juga tidak jelas.
“Komitmen kerajaan AS untuk keamanan, keselamatan dan kestabilan di Israel, Sudan dan dalam kalangan negara Teluk tidak pernah menjadi sekuat ini di bawah kepimpinan Presiden Trump,” kata Jabatan Pertahanan yang mengumumkan lawatan tersebut.
Pompeo mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan beberapa pegawai lain dalam kunjungan pertamanya pada Isnin lalu.
Secara rasminya, misi itu adalah sebagai tanda ‘meraikan’ persetujuan bersejarah antara Israel dengan UAE yang mana Trump menggelarkannya sebagai satu kejayaan dalam pentadbirannya tentang usaha keamanan Asia Barat.
Pihak pentadbiran AS menyatakan keyakinannya bahawa negara-negara Arab lain akan mengikut langkah UAE dengan mengiktiraf negara Israel,
Lawatan berkenaan dilihat bagi meningkatkan tekanan ke atas Bahrain dan Sudan supaya mengikut tindakan negara tersebut yang menjalin hubungan dengan negara Yahudi itu.
Namun, dalam beberapa tinjauan pendapat yang menunjukkan Trump berada di belakang pencabarnya, Joe Biden dalam pilihan raya presiden 3 November ini, para pengkritik berkata, presiden daripada parti Republikan itu menggunakan diplomasi Asia Barat itu sebagai manfaat politiknya.
Namun, lawatan Pompeo yang kebetulan berlaku ketika konvesyen parti Republikan berlangsung pada Isnin lalu bagi mengiktiraf Trump sebagai calon rasmi dalam pilihan raya presiden AS telah mencetuskan persoalan daripada pakar-pakar diplomatik dan anggota parti Demokrat.
Semasa lawatannya ke Israel, Pompeo dilaporkan merekodkan ucapannya untuk konvensyen itu yang akan disiarkan pada Selasa lalu.
“Setiausaha-setiausaha negara AS telah lama mengelak untuk mencampurkan diplomatik dengan politik domestik,” kata seorang anggota Demokrat, Senator Bob Menendez.
“Melakukan perbuatan itu (mencampurkan diplomatik dengan politik domestik) akan meletakkan satu kekotoran kepada dasar asing negara kita dan proses pilihan raya kita,” tambah kenyataannya menerusi Twitter.
Pengarah Majlis Demokratik Yahudi Amerika, Halie Soifer menganggapnya sebagai perbuatan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini dan amat tidak beretika bagi Pompeo berucap kepada konvensyen Republikan ketika dia masih berada dalam satu misi diplomatik.
Menerusi lawatan Pompeo itu, dia berkata: “Trump sekali lagi menggunakan Israel untuk memperoleh markah dalam politik.”
Dia merujuk kepada kenyataan Trump pada minggu lalu bahawa presiden AS itu secara kontroversi bertindak memindahkan kedutaan AS di Israel dari Tel Aviv ke Baitulmuqaddis hanya untuk menakjubkan golongan konservatif Amerika Kristian iaitu sebuah kumpulan yang kuat menyokongnya.
“Kami memindahkan ibu kota Israel ke Baitulmuqaddis. Itu adalah untuk golongan agama Kristian. Golongan agama Kristian itu lebih teruja mengenai perkara itu berbanding orang Yahudi,” kata Trump sebelum ini.
Kakitangan Pompeo tidak membuat sebarang komen tentang kritikan itu.
Sebahagian daripada mereka menyatakan tentang satu undang-undang iaitu Akta Hatch yang melarang para pegawai daripada terlibat dalam politik ketika memegang jawatan sebagai pegawai kerajaan.
Jabatan Negara AS pula berkata, Pompeo memberikan ucapan itu melalui kapasiti peribadinya dan bukan sebagai seorang pegawai kerajaan.
“Tidak ada sumber-sumber Jabatan Negara digunakan. Kakitangan-kakitangan tidak terlibat dalam menyediakan kenyataan atau mengatur kemunculan Setiausaha Pompeo,” kata seorang pegawai kepada AFP.
Pegawai itu menambah walaupun jika ia terjadi ketika satu lawatan rasmi dilakukan, Jabatan Negara tidak akan menanggung sebarang kos.
Beberapa pengkritik mengesyaki keseluruhan lawatan itu telah diatur bagi menunjukkannya kepada konvensyen tersebut.
Pada kebiasaannya, seorang setiausaha negara akan muncul secara bersendirian untuk memberi ucapan sokongan kepada seorang presiden yang sedang mempertahankan jawatannya. – AFP
The post Misi kontroversi Pompeo ke Asia Barat appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/26/misi-kontroversi-pompeo-ke-asia-barat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
More Thrills For Dragon S Lair Adventure First Cinematic Tube Ride In Southeast Asia

More Thrills For Dragon S Lair Adventure First Cinematic Tube Ride In Southeast Asia

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 474 hits
14th August 2020 Ipoh Within the dense heat of our ancient rain forest lies the wonderful Sunway Lost World Of Tambun where you can cool off with endless wet and wild fun There are thrills and spills for one and all young and old Sunway Los...
Cara Memohon Credit Account Air Asia

Cara Memohon Credit Account Air Asia

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 433 hits
Cara memohon ialah anda tak boleh memohon secara sukarela Apatah lagi kalau nak refund memang cukup payah dengan Air Asia ini Kalau lulus pun makan berbulan bulan atau memang tak dapat refund Hanya satu cara iaitu anda kena ambil juga Credi...
Dua Kardinal Asia Bergabung Bersama Pemimpin Agama Dunia Minta China Akhiri Kejahatan Terhadap Muslim Uighur

Dua Kardinal Asia Bergabung Bersama Pemimpin Agama Dunia Minta China Akhiri Kejahatan Terhadap Muslim Uighur

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 289 hits
Dua kardinal Asia bergabung dengan 74 pemimpin agama lainnya dalam pernyataan tertulis yang mengutuk perlakuan pemerintah China terhadap Uyghur Uskup Agung Jakarta Kardinal Ignatius Suharyo dan Uskup Agung Yangon Kardinal Charles Maung Bo m...
First Sci Fi Hbo Asia Original Series Dream Raider Premieres 16 August Exclusively On Hbo Go And Hbo

First Sci Fi Hbo Asia Original Series Dream Raider Premieres 16 August Exclusively On Hbo Go And Hbo

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 267 hits
WarnerMedia s brand new HBO Asia Original series is set to premiere on Sunday 16 August at 9pm exclusively on HBO GO and HBO New episodes will premiere every Sunday at the same time Get the first look of this highly anticipated eight episod...
South East Asia Detects Mutated Virus Strain Sweeping The World

South East Asia Detects Mutated Virus Strain Sweeping The World

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 273 hits
South East Asia is facing a strain of the new coronavirus that the Philippines which faces the region s largest outbreak is studying to see whether the mutation makes it more infectious The strain earlier seen in other parts of the world an...
Bupati Ade Yasin Optimis Dob Bogor Barat Bisa Hasilkan Rp300 M

Bupati Ade Yasin Optimis Dob Bogor Barat Bisa Hasilkan Rp300 M

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 203 hits
Kata Ade meski memiliki potensi pendapatan cukup besar sebelum resmi menjadi DOB Kabupaten Bogor Barat harus melalui masa persiapan selama tiga tahun dengan menginduk ke Kabupaten Bogor
Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind

Pasaran Saham As Dalam Zon Merah Dow Jones 0 4 Nasdaq 0 1 Laporan Korporat Yang Memberangsangkan Tidak Menyelamatkan

Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

The Benefits And Considerations Of Whole Life Insurance

Pro Madani Cytro Gets Ticked Off For Over Eagerly Portraying Pmx As A Forgiving Compassionate Soul

Thai Woman Nabbed At Klia With Rm1 05m Cocaine Stash Hidden In Handicraft Bag

Ron95 Subsidy Khalid Tells Anwar To Take A Page From Najib S Slogan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kembara Ke Wilayah Yunnan Dan Wilayah Jiangsu Di China

Keluarga Dah Sayang Sophia Albarakbah Bakal Kahwin Jejaka Dikenali Sejak Usia 14 Tahun

The Mystery Of The Missing Moon Another Newspaper S Error With The Malaysian Flag

Jalur Gemilang Silap Polis Tahan Ketua Editor Timbalan Ketua Penyunting Sin Chew

Ibu Syed Saddiq Sebak Lihat Perjuangan Anak Harap Golongan Muda Tak Takut Bersuara Demi Kebenaran

Telefon Pintar Acer Kembali Dengan Super Zx Dan Super Zx Pro