Misi Kemanusiaan Ebit Lew Di Brazil Ziarah Abang Kawasan
PETALING JAYA: Misi kemanusiaan digerakkan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew di Sao Paolo, Brazil memasuki satu kawasan yang dikatakan bahaya di bandar itu.
Dalam catatan terbaharunya, beliau menulis, pasukannya menziarahi ‘abang kawasan’ di salah satu kawasan bahaya tersebut.
“Terkejut dengan layanan baik ketuanya dan orang di situ. Terasa macam dah lama kenal. Bawa bantuan dan kasih sayang buat mereka.
“Mereka hidup susah. Anak-anak tak sekolah. Sebelum ini duduk dalam khemah. Sekarang dapat bilik kecil duduk dengan keluarga,” katanya.
Menurut Ebit Lew, ketuanya baik sangat walaupun orang kata macam mafia.
“Katanya 25 jam tuan fly untuk bantu kami. Ramai tengok janggut saya dan pakaian saya. Ada ajak ambil gambar kerana suka janggut. Terima kasih kerana datang beri bantuan pada kami. Semua datang dekat mesra dan tanya macam-macam soalan. Semoga hidup mereka dimudahkan dan sentiasa diberi kebaikan,” tulis Ebit Lew. - Media Mulia
‘Sebak rasanya ramai datang ambil bantuan’, catatan Ebit Lew di Sao Paolo, BrazilPETALING JAYA: “Sebak rasa bila beratus orang termasuk anak kecil beratur ambil makanan. Hampir semua akan minta dua sebab dalam khemah mereka ada lagi ahli keluarga yang lain”.
Demikian catatan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew dalam hantaran terbaharunya yang kini menjalankan misi kemanusiaan di Sao Paolo, Brazil.
Menurutnya, orang Brazil peramah mesra dan di jalanan suka ucap terima kasih cara bahasa mereka.
”Baru beberapa hari semua di jalanan macam dah kenal dan biasa. Sampai sahaja, ramai akan datang keliling saya.
“Ada masa makanan habis mereka tak marah pun. Walau ramai pesan kata kawasan sini bahaya. Tapi syukur semua baik-baik. Kita dihantar oleh Allah untuk membawa kebaikan pada semua manusia seluruh alam,” jelasnya.
Katanya, di Malaysia Alhamdulillah setiap hari tim bantuan macam biasa, Usaha di Malaysia tidak pernah berhenti. - Media Mulia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/12/misi-kemanusiaan-ebit-lew-di-brazil.html