Mira Filzah Wajah Baharu Cetaphil Tahun 2024


Cetaphil, jenama penjagaan kulit dermatologi No.1 di Malaysia, dengan bangganya mengumumkan kerjasama penting dalam menyambut bulan Ramadan yang mulia. Jenama ini berasa teruja untuk memperkenalkan wajah terbaharu Cetaphil tahun 2024, iaitu pelakon dan usahawan Malaysia serba boleh, Mira Filzah, dilantik sebagai Duta Jenama yang dihormati



Bukan sekadar pelakon terkenal, Mira Filzah melambangkan semangat seorang ibu moden di bandar yang bekerja, sekali gus mewakili wanita yang pelbagai dan dinamik pada hari ini. Peranan beliau sebagai seorang profesional dengan pelbagai bakat dan ibu yang berdedikasi menggambarkan inti pati wanita kontemporari yang tetap mengutamakan kesihatan kulit di sebalik gaya hidup mereka yang sibuk. Cetaphil® dengan bangganya mengiktiraf Mira sebagai mercu tanda inspirasi, mempamerkan bagaimana seseorang dapat mengimbangi jadual yang mencabar sambil tetap mementingkan kesihatan kulit. Perwakilan beliau terhadap inti pati jenama Cetaphil mencerminkan sikap yang mudah didekati, sederhana dan pendekatan yang bijak terhadap penjagaan kulit. Keserasian Mira dengan etos jenama "We Do Skin, You Do You" menyerlahkan ciri yang mentakrifkan Cetaphil

Keserasian Mira dengan Cetaphil melampaui permukaan, selaras dengan misi jenama untuk menggalakkan penjagaan kulit secara holistik sebagai komponen penting gaya hidup sihat. Sebagai Duta Jenama, beliau tidak hanya akan mewakili jenama tetapi juga berperanan sebagai figura yang memberikan inspirasi, mendorong wanita daripada pelbagai peringkat umur untuk menerima rutin penjagaan kulit yang mencerminkan komitmen Cetaphil dalam menangani masalah kulit dan mencapai kulit yang sihat

Mira Filzah, Duta Jenama Cetaphil Malaysia, meluahkan keterujaannya dengan berkata, "Bergabung dengan Cetaphil bukan sekadar kerjasama, sebaliknya ia melambangkan tindakan kasih kepada diri sendiri. Sebagai seorang ibu yang bekerja, saya memahami betapa mencabarnya menjalani kehidupan yang sibuk, tetapi penjagaan kulit ialah rutin harian penting untuk mengekalkan kesihatan kulit. Saya berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada Cetaphil, sekali gus memberikan inspirasi kepada insan lain untuk melakukan perkara yang sama."
Jenama Cetaphil menjangkakan satu siri inisiatif yang menarik, acara eksklusif, kempen media sosial dan promosi, semuanya menjurus ke arah meningkatkan pengalaman penjagaan kulit untuk rakyat Malaysia

Cindy Tiu, Pengurus Negara Galderma Malaysia berkata, "Kami sangat gembira untuk menyambut Mira Filzah ke dalam keluarga Cetaphil sebagai Duta Jenama kami untuk tahun ini. Dengan sejarah Cetaphil yang kaya berteraskan kepakaran dermatologi, kami melihat Mira sebagai kewujudan yang ideal bagi tujuan jenama kami."

Kerjasama ini dijadualkan bermula dengan kedatangan musim Ramadan, ditandai dengan kempen "30 Hari Kulit Sihat Raya Berseri" oleh Cetaphil. Inisiatif ini bertujuan mendekati sebanyak mungkin rakyat Malaysia untuk memperjuangkan kesihatan kulit sepanjang tempoh 30 hari Ramadan. Selain bekerjasama dengan Mira Filzah, kempen ini meluaskan jangkauannya dari sfera digital ke aktiviti di tapak, termasuk sebuah van kombi direka khas yang akan mengembara ke pelbagai lokasi.
"Matlamat kami adalah untuk menyusun naratif yang bermakna sepanjang kempen ini, menjadikannya sebagai perjalanan yang bermatlamat bagi semua orang semasa Ramadan. Melalui aktiviti dan kerjasama strategik dengan individu berpengaruh seperti Mira Filzah, kami menetapkan sasaran untuk menyentuh kehidupan rakyat Malaysia dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan kulit. Walaupun fokus utama Ramadan adalah pada perkembangan rohani, disiplin diri, dan pembinaan empati, kami mengakui bahawa konsep penjagaan diri adalah sama penting pada bulan yang mulia ini," tambahnya

Inti pati kempen ini terletak pada dorongan kepada rakyat Malaysia untuk mengamalkan rutin tiga langkah yang mudah tetapi berkesan dengan menggunakan rangkaian Cetaphil CORE - Bersihkan dengan Cetaphil Gentle Skin Cleanser atau Cetaphil Hydrating Foaming Cream Cleanser, Lembapkan dengan Cetaphil Moisturising Cream atau Cetaphil Moisturising Lotion, dan Lindungi dengan Cetaphil Sun SPF 50+ Light Gel. Rutin penjagaan kulit ini bertujuan memperkasakan individu untuk mencapai kulit yang berseri-seri menjelang Hari Raya Aidilfitri, menekankan betapa pentingnya amalan penjagaan kulit yang konsisten namun mudah pada bulan yang mulia ini

Menambahkan kemeriahan perayaan, Cetaphil memperkenalkan kempen Beli & Menang di seluruh negara, menawarkan peluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM48,000 kepada pembeli. Hadiah termasuk pengubahsuaian IKEA, penginapan 2H1N di hotel pilihan mereka, dan baucar minyak petrol

Selain itu, mulai 1 Mac – 30 April 2024, pembeli berpeluang memenangi tudung eksklusif Mira Filzah apabila membelanjakan minimum RM100 untuk produk Cetaphil Bright Healthy Radiance dalam satu resit

Untuk meraikan perayaan Aidilfitri, Cetaphil juga bekerjasama dengan jenama tempatan Malaysia dalam kempen POWA Kampung Pink mereka, yang memberikan tumpuan pada rangkaian Cetaphil Bright Healthy Radiance mereka untuk mencapai kulit yang cerah, sihat dan berseri sepantas 14 hari. Menampilkan jenama tempatan seperti Mira Filzah Shawls, Petit Moi, So.lek dan banyak lagi, pembeli boleh menebus kod promosi eksklusif di laman web Cetaphil atau berpeluang memenangi sampel produk Cetaphil Bright Healthy Radiance, seterusnya menyediakan mereka untuk perayaan yang akan datang daripada penjagaan kulit,  kecantikan dan keperluan fesyen

Untuk butiran lanjut mengenai 30 Hari Kulit Sihat Raya Berseri dan Kampung Pink Powa, sila layari www.cetaphil.com.my atau cari kami di Instagram dan Facebook











Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahagosip.com/2024/03/mira-filzah-wajah-baharu-cetaphil-tahun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aktiviti Majlis Perayaan Tahun Baharu Cina 2024 Ppim 19 02 2024

Aktiviti Majlis Perayaan Tahun Baharu Cina 2024 Ppim 19 02 2024

papar berkaitan - pada 22/2/2024 - jumlah : 222 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi memenuhi jemputan Majlis Perayaan Tahun Baru Cina 2024 dari Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia Huazong merupakan NGO yang ditubuhkan sebagai persekutuan bagi pertubuhan pertubuhan Cina seluruh negara bag...
Gandingan Pemain Lama Dan Baharu Bakal Lonjak Sri Pahang Fc Dalam Saingan Liga Malaysia 2024 2025

Gandingan Pemain Lama Dan Baharu Bakal Lonjak Sri Pahang Fc Dalam Saingan Liga Malaysia 2024 2025

papar berkaitan - pada 24/2/2024 - jumlah : 235 hits
KUANTAN nbsp Kelab Bolasepak Sri Pahang mahu pencapaian lebih baik diraih Sri Pahang FC dalam menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2024 2025 Ketua Pegawai Eksekutif SPFC Datuk Mohammed Suffian Awang kehadiran pemain baharu term
Honor Memperkenalkan Strategi Semua Senario Berkuasa Ai Baharu Di Mwc 2024

Honor Memperkenalkan Strategi Semua Senario Berkuasa Ai Baharu Di Mwc 2024

papar berkaitan - pada 27/2/2024 - jumlah : 262 hits
BARCELONA SEPANYOL 25 Februari 2024 Jenama teknologi global HONOR memperkenalkan strategi semua senario inovasinya dengan melancarkan pengalaman silang OS berkuasa kecerdasan buatan dan antaramuka pengguna berasaskan niat di pentas Kongres ...
Hartanah Sunway Sasarkan Rm2 6 Bilion Untuk Tahun 2024

Hartanah Sunway Sasarkan Rm2 6 Bilion Untuk Tahun 2024

papar berkaitan - pada 22/2/2024 - jumlah : 170 hits
Sunway Property telah mengumumkan matlamat jualan sebanyak RM2 6 bilion untuk tahun 2024 ini berdasarkan prestasi positif syarikat pada tahun lepas di mana pemaju ini mencapai jualan sebanyak RM2 4 bilion di perniagaan Malaysia dan antaraba...
Tahun Ni Raya Bahagi Dua Madu Marissa Dania Luah Raya 2024 Lebih Mencabar Dari 2023

Tahun Ni Raya Bahagi Dua Madu Marissa Dania Luah Raya 2024 Lebih Mencabar Dari 2023

papar berkaitan - pada 21/2/2024 - jumlah : 165 hits
Isu mengenai model dan pempengaruh Marissa Dania yang dikhabarkan sudah berkahwin di Songkhla Thailand bersama teman lelaki Aslam yang juga memegang status suami buat wanita bernama Misya hingga ke hari ini masih menjadi perhatian Raya 2024...
11 Hadiah Terbaik Untuk Ibubapa Sempena Ramadan Bagi Tahun 2024

11 Hadiah Terbaik Untuk Ibubapa Sempena Ramadan Bagi Tahun 2024

papar berkaitan - pada 12/3/2024 - jumlah : 320 hits
Ramadan semakin hampir jadi kalau anda rasa nak hadiahkan sesuatu kepada ibubapa anda boleh tengok sini senarai lebih 10 jenis hadiah yang anda boleh beli untuk mereka Ramadan tahun 2024 pastinya berbeza daripada tahun tahun sebelum ini jik...
Lhdn E Filing Panduan Isi E Filing Cukai Pendapatan Tahun Taksiran 2024 Melalui Mytax Buat Anda Yang Tak Tahu

Lhdn E Filing Panduan Isi E Filing Cukai Pendapatan Tahun Taksiran 2024 Melalui Mytax Buat Anda Yang Tak Tahu

papar berkaitan - pada 8/3/2024 - jumlah : 256 hits
Seperti semua sedia maklum bulan Mac setiap tahun merupakan bulan popular untuk 8216 claim 8217 cukai pendapatan dan tempoh mengisi e filing cukai pendapatan Secara amnya jika anda mempunyai pendapatan tahunan sebanyak RM34 000 dan ke atas ...
Pastikan Tahun 2024 Ni Korang Tak Beli Dah Beg Sekolah Yang Fancy Fancy Ikut Trend Ya

Pastikan Tahun 2024 Ni Korang Tak Beli Dah Beg Sekolah Yang Fancy Fancy Ikut Trend Ya

papar berkaitan - pada 21/2/2024 - jumlah : 254 hits
Pastikan 2024 ni korang tak beli dah beg sekolah yang fancy fancy ikut trend dekat anak korang Make sure beg sekolah tu ergonomic untuk protect tulang belakang dia Dekat ruang komen ada sample beg ergonomic The post appeared first on
Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Bertolak Ansurlah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

How To Survive Thanksgiving Travel