Mira Filzah Atasi Ayda Jebat Dalam Percalonan Abpbh 2019




PELAKON Mira Filzah membuktikan popularitinya apabila tercalon dalam tujuh kategori Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 (ABPBH32).Penangan Pujaan Hati Kanda, Mira Filzah Raih Pencalonan Terbanyak, Peminat Kecewa Ayda Jebat Gagal Tersenarai ABPBH32
Mira merupakan calon Top 5 dalam kategori Pengacara TV Popular, Artis Versatil Popular, Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular.


Penangan gandingannya bersama Remy Ishak dalam drama Lelaki Kiriman Tuhan dan Pujaan Hati Kanda membawa tuah apabila mereka tercalon dalam dua kategori Gandingan Serasi Drama Popular
Filem yang dilakonkan oleh mereka berdua iaitu Rise Ini Kalilah turut melayakkan mereka tercalon dalam Gandingan Serasi Filem Popular
Mira Filzah dan Remy Ishak digandingkan bersama menerusi drama Pujaan Hati Kanda.
Layak meloloskan diri dalam tujuh kategori pencalonan tersebut merupakan hasil usaha peminat yang mengundi dalam pencalonan awal yang diadakan baru-baru ini

Populariti Mira itu turut disokong apabila drama lakonannya bersama Ben Amir berjudul Sweet Dreams sedang bersiaran di Astro Ria
Menerusi laman Twitter, rata-rata peminat bersetuju dengan senarai Top 5 yang diumumkan tersebut dan mengakui Mira sememangnya layak berada dalam barisan pencalonan

“Ya Allah bersyukur sangat Mira dapat top 5 untuk semua kategori yang dicalonkan. Tahniah kepada semua yang mengundi, jom kita pulun sampai menang

” Wow hebatnya peminat Mira Filzah. Semua Top 5 yang tercalon tu. Fuhhh… hebat
“Kalau dah sampai enam, tujuh pencalonan Top 5 ni aku rasa memang ABPBH kali ni bagi Mira Filzah je lah. Ambil!,” komen netizen

Siti Nordiana bersaing rapat dengan Mira Filzah.
Sementara itu, penyanyi Siti Nordiana bersaing rapat dengan Mira Filzah apabila dia tercalon dalam enam kategori

Siti Nordiana tercalon dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular, Pengacara TV Popular, Artis Versatil Popular, Penyanyi Wanita Popular, Artis Kolaborasi Popular bersama Aliff Satar dan Lagu Paling Boom
Edisi kali ini turut mengejutkan peminat apabila nama Ayda Jebat tiada dalam mana-mana kategori pencalonan Top 5

Ia menyebabkan peminat berasa kecewa dan seakan tidak percaya apabila penyanyi lagu Temberang ini tidak ‘sangkut’ walaupun dalam satu kategori
“Tak apalah Ayda dan semua, Insya-Allah ada rezeki lain lepas ni. Mungkin bukan rezeki kali ini

“Sedihlah AJ tak tercalon Top 5, tak pernah lagi dia ketinggalan, sedih sangat macam tak adil,” tulis pengikut di Instagram kelab peminat AJScreamer

Nama Ayda Jebat tiada dalam mana-mana kategori pencalonan Top 5.
Bersesuaian dengan tema Melangkaui Sempadan, malam kemuncak ABPBH 32 akan disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 22 September depan, pukul 9 malam

SENARAI TOP 5 ABPBH 32 – KATEGORI UTAMA
Artis Baharu Lelaki Popular:Afieq ShazwanAdam LeeIswan IsmailRaja AtiqRyan Deedat

Artis Baharu Wanita Popular:Aina AbdulAmelia HendersonHaneesya HaneeMasya MasyitahSarah Suhairi

Pelakon Filem Lelaki Popular:Fattah AminRemy IshakSyafiq KyleZizan RazakZul Ariffin

Pelakon Filem Wanita Popular:DelimawatiErra FaziraHannah DelishaMira FilzahUqasha Senrose

Pelakon TV Lelaki Popular Alha Alfa:Fattah AminFendy BakryIzzue IslamRemy IshakSyafiq Kyle

Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa:Azar AzmiJanna NickMira FilzahSiti NordianaZahirah Macwilson


Penyanyi Lelaki Popular DuitNow:Faizal TahirHaqiem RusliKhai BaharSufian SuhaimiSyafiq Farhain

Penyanyi Wanita Popular DuitNow:AishahAra JohariSiti NordianaStacyWany Hasrita

Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular:Alif Satar & Siti NordianaDayang Nurfaizah & Hael HusainiFloor 88 & Baby ShimaInsomniacksKhai Bahar & Fatin Husna

Artis Komedi Popular:Jihan MuseJepMark AdamSherry AlhadadZizan Razak

Artis Versatil Popular:Alif SatarJanna NickMira FilzahSiti NordianaZizan Razak

Pengacara TV Popular:Alif SatarAlvin ChongJanna NickMira FilzahSiti Nordiana

Penyampai Radio Popular:DJ LinHaziqJohanMuazRadin

Artis Indonesia Popular:AfganBunga Citra LestariCakra KhanJudikaLaudya Cynthia Bella

Artis Korea Popular:BlackpinkBTSEXOG DragonGOT7

KATEGORI ONLINE
Artis Sensasi Popular:Bella DallyElfira LoyHaqiem RusliNazim OthmanZul Ariffin

Gandingan Serasi Drama Popular:Fikry Ibrahim & Farah Nabilah (Cik Reen Encik Ngok Ngek)Remy Ishak & Mira Filzah (Lelaki Kiriman Tuhan)Syafiq Kyle & Amyra Rosli (Nur)Remy Ishak & Mira Filzah (Pujaan Hati Kanda)Syafiq Kyle & Zahirah Macwilson (Tak Ada Cinta Sepertimu)

Gandingan Serasi Filem Popular:Fattah Amin & Syamsul Yusof (KL Special Force)Syafiq Kyle & Hannah Delisha (Langsuir)Zizan Razak & Shaheizy Sam (Polis Evo 2)Hairul Azreen & Ammar Alfian (Paskal)Remy Ishak & Mira Filzah (Rise Ini Kalilah)

Pelakon Watak Antagonis Popular:Azar AzmiAzhan RaniReen RahimShukri YahayaSyazwan Zulkifli

Lagu Paling Boom:Andi Bernadee (Satu Peluang)Haqiem Rusli (Selamat Tinggal Sayang)Sufian Suhaimi (Di Matamu)Khai Bahar & Fatin Husna (Rahsia Kita)Siti Nordiana (Hatiku Milikmu)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.adajew.net/2019/09/mira-filzah-atasi-ayda-jebat-dalam.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+adajewnet+%28ADAJEW+DOT+NET%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muka Zizan Berubah Terus Bila Mira Filzah Ditanya Datang Abpbh Naik Apa Ini Jawapan Zizan Dengan Muka Tak Puas Hati

Muka Zizan Berubah Terus Bila Mira Filzah Ditanya Datang Abpbh Naik Apa Ini Jawapan Zizan Dengan Muka Tak Puas Hati

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 384 hits
Artis Komedi Popular Anugerah Bintang Popular BH Ke 32 Zizan Razak menganggap pencapaiannya kali ini adalah yang terbaik Muka Zizan Berubah Terus Bila Mira Filzah Ditanya Datang ABPBH Naik Apa Ini Jawapan Zizan Dengan Muka Tak Puas Hati
Mira Filzah Dinobat Bintang Paling Popular Abpbh 32

Mira Filzah Dinobat Bintang Paling Popular Abpbh 32

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 793 hits
Mengambil tempat di di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 32 menobatkan Mira Filzah sebagai pemenang The post appeared first on
Sinopsis Drama Adellea Sofea Lakonan Mira Filzah Ungku Ismail Aziz

Sinopsis Drama Adellea Sofea Lakonan Mira Filzah Ungku Ismail Aziz

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 4881 hits
Sinopsis Drama Adellea Sofea Lakonan Mira Filzah Ungku Ismail Aziz Drama terbaru yang akan bersiaran menerusi Slot Akasia TV3 Gandingan Mira Filzah dan Ungku Ismail Aziz Drama Adellea Sofea ini bakal ditayangkan Disember akan datang Drama A...
Senarai Penuh Pemenang Abpbh 2019

Senarai Penuh Pemenang Abpbh 2019

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 359 hits
SENARAI PEMENANG ABPBH 32Kategori UtamaBintang Paling Popular Mira FilzahArtis Baharu Lelaki Popular Adam LeeArtis Baharu Wanita Popular Haneesya HaneePelakon TV Lelaki Popular Alha Alfa Syafiq KylePelakon TV Wanita Popular Alha Alfa Mira F...
Biodata Mira Filzah

Biodata Mira Filzah

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 363 hits
Hai gais harini sis nak kongsikan tentang biodata seorang artis ni Idola yang punya ramai peminat ni tak lain tak bukan Mira Filzah Bila sebut sahaja nama Mira Filzah tentu ada dikalangan korang yang tak senang duduk dengan kejelitaan pelak...
Senarai Pemenang Abpbh 2019

Senarai Pemenang Abpbh 2019

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 474 hits
Senarai Pemenang ABPBH 2019 telah diumumkan sepenuhnya secara rasmi di TV3 malam Ahad baru ini Kehangatan acara tersebut yang diadakan setiap tahun pasti dirasai oleh para peminat dan artis kegemeran mereka Pada tahun 2019 Anugerah Bintang ...
Keputusan Penuh Abpbh 32 2019

Keputusan Penuh Abpbh 32 2019

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 641 hits
Assalamualaikum dan Selamat Malam Hai reader semua Bonde baru jer habis menonton Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 sebentar tadi Majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke 32 2019 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antaraban...
Cindai Drama Lakonan Ayda Jebat Syazuwan Hassan

Cindai Drama Lakonan Ayda Jebat Syazuwan Hassan

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 1385 hits
Drama terbaharu terbitan JS Pictures bertajuk Cindai bakal menampilkan gandingan Ayda Jebat dan Syazuwan Hassan Drama bersiri 15 episod arahan Azman Yahya Bakal menemui penonton di slot Samarinda TV3 JUDUL CINDAI EPISOD 15 episod TARIKH TAY...
Telefilem Demi Mira 27 September 2019

Telefilem Demi Mira 27 September 2019

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 339 hits
Kisah dugaan yang dihadapi oleh seorang isteri apabila suaminya didapati bersalah terlibat dengan kegiatan jenayah Dia tabah dan sabar ketika sisuami menjalani hukuman Sulaiman yang sedang mencari kerja ditawarkan bekerja oleh Joe di sebuah...
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Ultimate Guide To Ghibli Park

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar

Pengasas Pbrs Joseph Kurup Meninggal Dunia

Gugurnya Dosa Waktu Solat



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Penyokong Pn Jangan Bongkak Dan Takabbur

Top Commentators March 2024 Tahniah Blogger Na

Wanita Ditangkap Sedang Kencing Dan Membuang Sampah Di Tempat Letak Kereta

Pertempuran Pemberontak Myanmar Dan Junta Lambat Usaha Hantar Pulang Pelarian

K Jaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang