Minyak Bawang Putih Kandungan Nutrisi Khasiatnya Untuk Kesihatan


Minyak bawang putih adalah merupakan salah satu bahan masakan yang mempunyai rasa tersendiri. 
Ia seringkali digunakan sebagai pelengkap masakan untuk menambah rasa dan aroma. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai banyak khasiat dan kegunaan untuk pelbagai masalah kesihatan. 
 Mari kita teroka lebih lanjut mengenainya.
BACA JUGA: Minyak Batu: Ubat Tradisional Cina dengan Pelbagai Khasiat
Minyak Bawang Putih Bawang putih atau nama saintifiknya Allium sativum adalah merupakan sejenis rempah yang wajib dalam kebanyakan masakan. Selain menambah kelazatan, ia juga terkenal dengan pelbagai khasiat kesihatan yang telah diiktiraf sejak zaman purba. 
Selain itu, bawang putih yang dicincang halus kemudian digoreng bersama minyak masak atau minyak sayuran boleh menghasilkan minyak bawang putih yang kaya dengan aroma dan sifat-sifatnya yang unik. 
Proses ini tidak hanya meningkatkan keharuman bawang putih tetapi juga mempertahankan komponen aktif di dalamnya yang memberikan minyak bawang putih sifat antibakteria, antivirus, anti-radang dan sebagainya.
Kandungan Nutrisi Minyak Bawang Putih Minyak bawang putih adalah sumber yang kaya dengan vitamin, mineral, dan antioksidan. Komponen yang paling terkenal adalah Allicin sebatian semulajadi yang mengandungi sulfur dan Diallyl disulfide yang dipercayai mempunyai sifat antimikrob, anti-radang, kardiovaskular, neuroprotektif, antioksidan, dan antikanser.
Semasa pencernaan, bawang putih melepaskan sebatian sulfur yang beredar (circulate) ke seluruh badan, memberikan kesan biologi yang berkesan.
Khasiat Minyak Bawang Putih 1. Berkesan Menyembuhkan Luka & Penyakit Kulit Minyak dan ekstrak bawang putih mempunyai sifat anti-radang, antibakteria, fibrinolitik dan sifat-sifat yang membantu penyembuhan luka. 
Selain itu, ia uga berguna untuk merawat pelbagai masalah kulit seperti dermatitis atopik, jerawat, psoriasis, jangkitan kulat, parut, kedut, dan tanda-tanda penuaan lain.
2. Mengurangkan Risiko Penyakit Kardiovaskular Minyak bawang putih juga mampu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Hal ini kerana, kandungan aktifnya, diallyl disulfide, yang mempunyai kesan anti-aterosklerotik (anti-atherosclerotic).  
Kesan tersebut membantu meningkatkan aktiviti fibrinolitik yang boleh mengelakkan darah tergumpal, punca penyakit kardiovaskular seprti sakit jantung dan strok berlaku. 
Minyak ini juga meningkatkan elastisiti saluran darah dan melancarkan peredaran darah. Dengan ciri tersebut, ia membantu mengurangkan  risiko penyakit kardiovaskular. 
3. Menyuburkan Rambut Keguguran rambut berlaku disebabkan oleh pelbagai punca, salah satunya ialah kekurangan nutrisi. Mineral dan vitamin diperlukan untuk membina keratan rambut yang kuat serta akar rambut yang sihat.
Anda boleh dapatkan nutrisi yang diperlukan oleh rambut melalui pengambilan makanan yang sesuai, salah satunya ialah bawang putih. Pengambilan bawang putih atau minyaknya membantu untuk mengurangkan rambut gugur. 
Selain memakannya, anda juga boleh sapukan ke kulit kepala atau campurkan dengan yogurt untuk dijadikan masker rambut (hair mask). 
4. Meningkatkan Imuniti Dan Mempunyai Sifat Anti-Inflamasi Minyak ini juga mempunyai potensi untuk meningkatkan imuniti dan sifat anti-radang. Ia dapat meningkatkan fungsi imun dan mengurangkan keradangan. 
Minyak bawang putih dan derivatifnya menunjukkan kesan yang menekan penghasilan molekul radang seperti nitrik oksida, prostaglandin, dan interleukin. Komponen sulfur dalam minyak bawang putih berinteraksi dengan sel-sel sistem imun untuk mengawal penghasilan molekul-molekul tersebut.
5. Mengurangkan Sakit Gigi  Bawang putih mempunyai sifat antibakteria, antivirus, dan antikulat. Oleh itu, penggunaan bawang putih atau minyaknya secara langsung pada gigi yang terjejas dapat melegakan gingivitis. 
Ia juga boleh mencegah pembentukan plak gigi dengan menghalang bakteria oral seperti Streptococcus mutans, S. sanguis, S. Salivarius, Pseudomonas aeruginosa, dan Lactobacillus spp.
6. Menurunkan Tekanan Darah Tinggi Minyak ini juga sangat bermanfaat untuk membantu menurunkan tekanan darah tinggi (hipertensi). Ia bertindak dengan cara mengendalikan pengeluaran hormon yang menyempitkan saluran darah.
7. Memperbaiki Fungsi Pencernaan Bawang putih membantu merangsang produksi enzim pencernaan yang penting untuk pencernaan makanan dengan lebih efisien. Ini boleh mengurangkan masalah pencernaan seperti sakit perut dan gangguan usus.
8. Menyokong Kesihatan Respiratori Minyak bawang putih juga boleh membantu dalam merawat masalah pernafasan seperti batuk dan selesema, kerana sifat anti-bakteria dan anti-radangnya.
BACA JUGA: Minyak Cengkih: Sejarah, Khasiat, & Kegunaannya
Kesan Sampingan Pengambilan minyak ini boleh menyebabkan anda mengalami bau nafas dan badan, masalah perut kembung, atau pedih ulu hati. Sekiranya mana-mana kesan ini berterusan atau bertambah teruk, dapatkan rawatan dengan segera.
Beritahu doktor anda segera jika anda mengalami kesan sampingan serius, termasuk mudah lebam atau berdarah yang tidak biasa.
Walaupun jarang berlaku, dapatkan bantuan perubatan segera jika anda mengesan sebarang gejala reaksi alergi serius seperti ruam kulit, gatal/bengkak (terutamanya di wajah/lidah/tekak), pening yang teruk, atau kesukaran bernafas.
Jika anda mengalami kesan lain yang tidak disenaraikan di atas, sila berjumpa dengan doktor segera. 
Kesimpulan Minyak bawang putih adalah sumber semulajadi yang kaya dengan pelbagai khasiat kesihatan. Dengan penggunaan yang betul dan berhemah, ia dapat menjadi tambahan yang berharga dalam rutin kesihatan harian anda. 
Sebelum memulakan penggunaan secara berterusan, berbincang dengan profesional kesihatan untuk memastikan kesesuaian dan keselamatan pengambilannya.
Rujukan:
Allicin: Chemistry and Biological Properties – NCBI Garlic Oil – Uses, Side Effects, and More – WebMD Health Benefits Of Garlic Oil, Side Effects, And How To Use It – Stylecraze

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/minyak-bawang-putih/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=minyak-bawang-putih

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Minyak Bijan Kegunaan Khasiat Untuk Kesihatan

Minyak Bijan Kegunaan Khasiat Untuk Kesihatan

papar berkaitan - pada 15/6/2024 - jumlah : 210 hits
Minyak bijan bukan sahaja terkenal dengan kegunaannya dalam masakan tetapi juga khasiat kesihatan yang ditawarkannya Ia bukan sahaja memainkan peranan penting dalam memperkaya rasa hidangan tetapi juga memberi sumbangan kepada kesihatan sec...
Minyak Kayu Putih 15 Khasiat Kegunaannya Yang Anda Perlu Tahu

Minyak Kayu Putih 15 Khasiat Kegunaannya Yang Anda Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 16/6/2024 - jumlah : 193 hits
Minyak kayu putih atau nama ilmiahnya Melaleuca leucadendra adalah minyak pati yang diekstrak dari daun pokok kayu putih Dengan bau yang menyegarkan dan pelbagai manfaat kesihatan minyak ini telah digunakan dalam perubatan tradisional dan m...
7 Khasiat Minyak Bidara Untuk Kesihatan Kecantikan

7 Khasiat Minyak Bidara Untuk Kesihatan Kecantikan

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 165 hits
Minyak bidara amat dikenali dalam kalangan masyarakat Malaysia sebagai satu bahan semulajadi yang mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan rawatan tradisional serta kecantikan Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya BACA JUGA Mi...
Beras Kesihatan Dan Masa Depan Mampan

Beras Kesihatan Dan Masa Depan Mampan

papar berkaitan - pada 15/6/2024 - jumlah : 344 hits
Penulis Muhamad Hafiz bin Abd Rahim PhD Jabatan Sains Makanan Fakulti Sains Teknologi Makanan Universiti Putra Malaysia Isu kekurangan beras Menghampiri penghujung 2023 kita dikejutkan dengan lonjakan harga dan kekurangan beras dunia Namun ...
Bahaya Untuk Kesihatan Kongsi Tips Diet Rutin Pemakanan Mijoo Dikritik Ramai

Bahaya Untuk Kesihatan Kongsi Tips Diet Rutin Pemakanan Mijoo Dikritik Ramai

papar berkaitan - pada 19/6/2024 - jumlah : 212 hits
Rutin pemakanan Mi joo telah menjadi bualan netizen Artikel Berkaitan Dalam episod terkini Hangout With Yoo Mi joo telah berkongsi rutin pemakanannya semasa diet Tidak bersarapan pada waktu pagi penyanyi wanita itu mendedahkan bahawa diriny...
Lembu Korban Tanduk Pelanggan Kedai Kopi Di Pasir Putih

Lembu Korban Tanduk Pelanggan Kedai Kopi Di Pasir Putih

papar berkaitan - pada 19/6/2024 - jumlah : 147 hits
KOSMOLembu tersebut memasuki Kopitiam Pasir Putih Ahad lalu IstimewaJAKARTA Seekor lembu korban melarikan diri ke dalam sebuah kedai kopi sebelum menanduk tiga individu lapor laman berita Detik kelmarin Kejadian berlaku di Pasir Putih dalam...
Youtube Hype Bakal Bantu Pencipta Kandungan Baharu Raih Penonton

Youtube Hype Bakal Bantu Pencipta Kandungan Baharu Raih Penonton

papar berkaitan - pada 26/6/2024 - jumlah : 128 hits
YouTube kini cuba membantu pencipta kandungan yang baru di platform mereka untuk meraih lebih ramai penonton dengan cara baharu Berdasarkan kenyataan daripada salah seorang ahli pasukan TeamYouTube Alexis platform itu sedang membina satu in...
Tomyam Putih Usa Resepi Che Nom

Tomyam Putih Usa Resepi Che Nom

papar berkaitan - pada 19/6/2024 - jumlah : 315 hits
Haritu buat tomyam putih USA resepi Che Nom Rasanya tak perlu tulis resepi kot dekat sini sebab memang ambil sebiji dari Cuma bezanya saya takde lengkuas dengan cendawan tiram jadi saya tak letak Lepastu saya tambah bawang putih 3 4 ulas ju...
9 Cara Facial Putih Telur Dapat Dilakukan Dirumah

9 Cara Facial Putih Telur Dapat Dilakukan Dirumah

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 95 hits
Cara facial putih telur dapat dilakukan dirumah nbsp Mungkin anda bertanya bagimana cara facial dengan putih telur nbsp nbsp Hingga penasaran hingga sampai membaca artikel kami kali ini sebenarnya facial ini merupakan facial yang 100 simpel...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Libur Nataru Di Indonesia Kapan Saja

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan