Minuman Campuran Botani Uri Clenz Bantu Mudahkan Batu Karang Keluar
Assalamualaikum
Minuman Campuran Botani URI CLENZ Bantu Mudahkan Batu Karang Keluar | Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa-dosa kecil. Kita harus reda, tabah, berusaha dalam melawan penyakit yang kita hidapi. Ekoran menanggung sakit hingga berguling-guling menggerakkan hati saya untuk bawa dia ke KK untuk mendapatkan rawatan.
Kemudian, beli pil di farmasi dan ahli farmasi suggest untuk ambil supplemen ini pula. URI CLENZ Botanical Beverage Mix of Tart Cherries, Cranberries and Acerola. Panjang sungguh namanya di kotak. Tujuan supplemen ini untuk memudahkan lagi batu karang keluar. Dia cakap, memang sakit bila batu karang nak keluar. Kita usaha mana yang mampu dan moga sembuh dari penyakit.
URI CLENZ Botanical Beverage Mix of Tart Cherries, Cranberries and Acerola
Produk ini merupakan produk dari USA, berperisa campuran beri dan sesuai untuk vegetarian. Bersesuaian dengan namanya yang panjang, mari kita kenali dan apakah kebaikan setiap satunya
#1Ceri Tart MontmorencyMerupakan campuran pelbagai ceri masam (yang tumbuh di Canada, France dan USA). Pokok ini dinamakan montmorency, iaitu sebuah kawasan di Prancis berdekatan Paris. Sejak awal abad ke-21, ceri Montmorency telah diperkenalkan sebagai makanan berkhasiat kerana ia memberikan manfaat kesihatan
Ceri Tart Montmorency kaya dengan pigmen tumbuhan Anthocyanins, yang mempunyai antioksidan yang hebat dan ciri-ciri anti keradangan
#2KranberiPokok renek hijau yang tumbuh di kawasan lembap seperti paya dan tanah berlumpur. Kranberi berasal dari bahagian timur laut dan utara tengah USA. Jus kranberi membantu membersihkan saluran kencing dan menyekat pertumbuhan bakteria
#3Ceri AcerolaBerasal dari Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Ia terkenal dengan kandungan vitamin C yang teramat tinggi. Ia juga mengandungi vitamin A, B1, B2, B3, karatenoid dan bioflavonoids, dimana ia membekalkan nilai nutrisi dan antioksida yang penting
Dalam 1 kotak ni ada 15 sachets untuk penggunaan seminggu kalau kita ambil 2 kali sehari. Waktu yang sesuai pengambilan adalah waktu pagi dan malam sebelum tidur. Boleh diminum bila-bila masa sahaja, tak kisah sebelum atau selepas makan
Arahan Penggunaan :Campurkan 1 paket ke dalam 100ml air sejuk, kacau dan sedia diminum. Digalakkan untuk minum air yang banyak selepas mengambil produk ini. Ambil 1-2 kali sehari
Kaedah Penyimpanan :Simpan di tempat dingin dan kering. Elakkan dari terdedah kepada pancaran matahari. Warna, tekstur, bau dan rasa mungkin berubah mengikut kelompok pengeluaran disebabkan oleh sifat semulajadi ramuan yang digunakan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://jnjikita.blogspot.com/2022/02/minuman-campuran-botani-uri-clenz-bantu.html