Minta Han Sohee Tolong Diam Media Korea
“Mohon berdiam sedikit” adalah kenyataan yang dibuat untuk pelakon Han So-hee ketika terjerat dalam kontroversi perangainya. Setiap kali terpalit apa-apa isu, pasti ramai yang kesal mendengar respon Han So-hee.
Artikel Berkaitan
Meski Han Sohee 'Dipulau' Umum Dek Kontroversi, Song Hyekyo Beri Sokongan
Disebabkan itu, ramai dan media Korea sendiri berharap agar pelakon wanita itu menutup mulut supaya dia dapat meneruskan aktiviti seni dengan lebih profesional selepas ini. Tambahan pula, dia disahkan bakal muncul dalam drama “Project Y” berasa Jeon Jong-seo selepas ini.
Seperti yang diketahui, Han So-hee telah dituduh menipu mengenai tawaran belajar ke Perancis. Jawabnya membalas mesej pembenci,
Seperti yang anda tahu, sistem yang melibatkan pemikiran dan peralihan adalah tidak sesuai dengan saya. Sejak itu, saya meninggalkan impian untuk masuk universiti di Korea dan membina portfolio.
Pada mulanya, saya bermimpi untuk ke Central Saint Martins tanpa mengetahui tentang subjek tetapi selepas mendengar bahawa ia menelan kos ratusan juta setahun, saya memilih Beaux-Arts. Saya tak mungkin akan dapat pinjaman kerana saya tidak pergi ke universiti di Korea.
Malah dia menuduh rancangan hiburan iaitu “Channel Full Moon” kelolaan pengarah Na Young-seok di mana dia bercerita mengenai hal itu telah menyunting kisahnya sehingga menimbulkan salah faham.
Oleh kerana terlalu defensif dan sering berkata-kata tanpa meminta bantuan agensi, sudah pasti kadang kala Han So-hee terlepas kata yang negatif hingga merosakkan imej sendiri.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post “Minta Han Sohee Tolong Diam” – Media Korea first appeared on KimchiDaily.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/minta-han-sohee-tolong-diam-media-korea/