Minta Halal Makan Minum Petanda Pergi Selamanya


Oleh FARAHWAHIDA AHMAD Allahyarham Jamal Farhan JaafarSEGAMAT – Seorang pelajar tingkatan 5 maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 67, Jalan Muar -Segamat berhampiran persimpangan lampu isyarat menghala masuk ke Universiti Teknologi Mara (UITM) Segamat, disini, petang, semalam.
Mangsa, Jamal Farhan Jaafar, 17, maut dalam kejadian kira-kira pukul 5.50 petang, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal Honda 250 ditungganginya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda.
Menurut rakan sekelas, Siti Nur Farhana Zulkeflee, 17, mangsa sejak kebelakangan ini kerap menghantar pesanan ringkas di grup WhatsApp meminta dihalalkan makan minum beberapa hari sebelum nahas.

“Ketika Jamal menghantar WhatsApp meminta maaf, dia juga menyebut bukan hendak mati kepada semua rakan yang ada, kami ingatkan dia sekadar bergurau dan tidak sangka itu petanda dia akan pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. 
“Ada antara kami yang balas mesej itu dengan membuat lawak dan dia membalas kembali dengan mesej ceria,” katanya ketika ditemui di Kampung Paya Lebar Batu Anam disini, hari ini.
Pesanan ringkas oleh Jamal dan kejadian kemalangannya itu mulai tular di media sosial rakan-rakan sekolahnya sejak pukul 6.15 petang semalam. 
Jamal yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kenangan Batu Anam, Segamat adalah ketua kelas kepada 23 pelajar, menjadi penghibur dalam kalangan rakan-rakannya setiap kali waktu rehat dan kini, pemergiannya amat dirasai. 
“Dia selalu berpesan kepada kami supaya mematuhi peraturan jalan raya serta menjaga nama baik sekolah dengan belajar bersungguh-sungguh selain menghormati guru dan ibu bapa,” tambah Siti Nur Farhana lagi. 
Mereka juga baru sahaja meraikan ulang tahun kelahiran Jamal pada 28 Februari lalu secara dalam talian walaupun hari lahirnya sepatutnya diraikan setiap empat tahun sekali kerana dilahirkan pada tahun lompat, 29 Februari 2004.
Mereka masih lagi seakan-akan tidak percaya dengan kejadian yang menimpanya, tetapi, reda dengan pemergiannya.
Kali terakhir mereka bertemu adalah pada November tahun lalu. Dia adalah antara penghuni di asrama lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kenangan sementara keluarganya menetap di Kampung Paya Lebar, Segamat. 
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Wakaf Perkuburan Islam Paya Luas di Batu Anam di sini, sebelum waktu Zohor. 
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan. 
“Mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah dibahagian kepalanya,” katanya. 
Tambah Raub, pemandu pacuan empat roda yang melanggar mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan saksi diminta menghubungi Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Segamat ditalian 07-9325811 bagi membantu siasatan. 
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/minta-halal-makan-minum-petanda-pergi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ada Kes Anak 4 Tahun Hanya Minum Susu Makan Nugget Biskut Je Bahaya Overdose Susu

Ada Kes Anak 4 Tahun Hanya Minum Susu Makan Nugget Biskut Je Bahaya Overdose Susu

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 381 hits
Bila disua makanan pada anak lalu di tolak Mulut tertutup kemas walaupun di paksa Tentu mama ayah pernah alami situasi di mana anak menolak makanan dan hanya inginkan susu serta makanan ringan Pening bila berada dalam situasi ini kan SUSU S...
Al Fatihah Pelajar Sempat Minta Halalkan Makan Minum Sebelum Ajal

Al Fatihah Pelajar Sempat Minta Halalkan Makan Minum Sebelum Ajal

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 269 hits
SEGAMAT Seorang pelajar Tingkatan Lima maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 67 Jalan Muar Segamat berhampiran sebuah universiti awam di sini petang semalam Dalam kejadian kira kira pukul 5 50 petang itu mangsa Jamal Farhan Jaafar 1...
Pergi Kedai Nak Makan Kedai Tutup Sekumpulan Lelaki Kelaparan Mengamuk Di Restoran

Pergi Kedai Nak Makan Kedai Tutup Sekumpulan Lelaki Kelaparan Mengamuk Di Restoran

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 290 hits
Pergi kedai nak makan kedai tutup Sekumpulan lelaki kelaparan mengamuk di restoranMalam Ahad sekumpulan lelaki dirakam menjahanamkan sebuah premis di Jalan Tun Sambathan dengan membaling kerusi dan meja plastik dan video kejadian itu viral ...
7 Tempat Makan Steak Halal Terbaik Bermutu Tinggi Di Kl

7 Tempat Makan Steak Halal Terbaik Bermutu Tinggi Di Kl

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 904 hits
Terlalu banyak tempat makan untuk menu makanan barat di KL Sana sini ada saja restoran yang menyajikan menu makanan barat ini Hinggakan kadangkala terfikir juga di manakah sebenarnya restoran atau tempat makan yang terbaik untuk makanan bar...
Kesiannya Anak Mommy Nak Makan Comel Tengok Muka Geram Fatima Tarik Pinggan

Kesiannya Anak Mommy Nak Makan Comel Tengok Muka Geram Fatima Tarik Pinggan

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 398 hits
Dah nak masuk usia 5 bulan keletah Nur Fatima Aisya sentiasa menjadi perhatian peminat mommy dan daddynya Semakin hari anak dara Fattah Amin dan Fazura ni makin panjang akalnya dan mula pandai nak bermain Melalui perkongsian di instagram Fa...
Kelebihan Makan Kurma Ajwa

Kelebihan Makan Kurma Ajwa

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 360 hits
Khasiat makan kurma Ajwa Mempunyai rasa yang sederhana manis semulajadi Kulit dan isi bertekstur lembut Isi yang agak tebal lembut dan gebu serta fresh Lebih banyak khasiat daripada kurma kurma lain Kelebihan makan kurma AjwaTerdapat hadis ...
Ydp Agong Belanja Ustaz Ebit Lew Makan Patin Di Temerloh

Ydp Agong Belanja Ustaz Ebit Lew Makan Patin Di Temerloh

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 362 hits
YDP Agong Belanja Ustaz Ebit Lew Makan Patin Di Temerloh Siapa yang tidak bersa seronok apabila seorang ketua negara yang kita sayangi iaitu KDYMM Seri Paduka Baginda yang Dipertuan Agong belanja kita makan Makan makanan popular pula di Tem...
Asal Buka Mulut Mesti Macam Lupa Makan Ubat

Asal Buka Mulut Mesti Macam Lupa Makan Ubat

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 252 hits
IBRAHIM MAT ISALagi lagi muka ketat pak haji ini yang bercakap Kalau cakap benda lurus tak apa tapi bila dia buka mulut seolah olah silap makan ubat atau terlebih dos ubat Merapu tak ada titik Gini ye haji mereng Dulu hang kutuk UMNO hang k...
Video Gara Gara Tak Dapat Order Makan Sampai Melayang Kerusi Meja Restoran

Video Gara Gara Tak Dapat Order Makan Sampai Melayang Kerusi Meja Restoran

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 205 hits
972 total views 972 views today Tular video sekumpulan lelaki membuat kecoh di sebuah restoran di Jalan Tun Sambathan semalam Insiden itu dipercayai berpunca kerana tidak sempat order makanan menyebabkab sekumpulan lelaki bertindak agresif ...
Syed Saddiq Dijangka Terima Peruntukan Parlimen

Rodziah To Confirm On Monday Which Pkr Post She Seeks

Amanah Urges End To Religious Debates For Harmony

Adventure To Mount Everest Conquering The World S Tallest Peak

Serangan Bom Tembakan Di Golok Polis Sahkan Tiada Rakyat Malaysia Terbabit

Concerned Malaysians Want Justice For Late Customs Tribunal Officer Lim Ju Vynn Prevent A Teo Beng Hock 2 0

Langkawi Umno Rejects Return To Old Election System

Rasa Kekok Bila Buat Kelainan Dalam Mendekati Al Quran Sepanjang Bulan Ramadan Tahun 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Air Balang Yang Tersakiti Penuh Dengan Kata Kata Jiwang Jadi Tarikan Di Bazar Ramadan

Lirik Lagu Husnul Khotimah Ezyree Fayyad

Semak Keputusan Upkk 2025 Secara Online Dan Sms Upkk Jarak No Mykad Ke 15888

Duit Dalam Mykad Cara Semak Dan Keluarkan Duit

Kemarau Kemenangan Sri Pahang Lebih Empat Bulan Berakhir Berjaya Tewaskan Pdrm 3 1 Malam Tadi

Thalapathy Vijay Tarik Perhatian Umat Islam Anjur Majlis Berbuka Puasa Di Chennai