Minta 2 Dapat 1 Lagi Pendedahan Video Pemberi Maklumat





Seorang pembocor maklumat berkaitan dakwaan skandal di Sabah, mendedahkan rakaman baru, mengaitkannya dengan ahli politik veteran Rubin Balang.
Bagaimanapun, pembocor maklumat itu memberitahu Malaysiakini dia tidak merasuah anggota parlimen Kemabong, sebaliknya berunding untuk mengambil alih syarikat anak-anak Rubin bagi tujuan pelombongan.
Dalam perbualan itu, Rubin mendedahkan bahawa Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor memberikannya “satu” walaupun dia meminta “dua”.
Dia bagaimanapun bersyukur dengan perkara itu.
Rubin, yang juga pengerusi syarikat milik negeri Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco) tidak menjelaskan apakah “satu” dan “dua” itu.
Namun berdasarkan sari kata, ia merujuk kepada lesen.
Video itu bermula dengan perbualan santai berkaitan betapa sukarnya menjadi YB (wakil rakyat).
Rubin kemudian mengadu dan merujuk kepada anaknya Riduan, yang juga anggota parlimen Tenom.
Dalam pilihan raya umum 2018, Rubin bertanding di Tenom, yang merangkumi Kemabong, sebelum kembali ke dewan undangan negeri (DUN) dalam pilihan raya negeri 2020. 
Anaknya pula menjadi anggota parlimen dalam pilihan raya umum lalu.
Kedua-dua mereka bertanding atas tiket bebas.
Rubin yang sebelum ini bersama Umno kini menganggotai Parti Gagasan Rakyat Sabah pimpinan Hajiji.
“Riduan pun YB, tiada kedudukan, tiada pendapatan, gaji saja,” kata Rubin.
Ditanya sama ada dia diberikan atau tidak jawatan pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Rubin menjawab, tiada.
Diminta mengulas tentang status bebas yang “mahal” dia mengiyakannya tetapi berkata tetap “tiada apa-apa”.
‘RM3 juta? Buang masa’
Rubin kemudian mengenang kembali apa yang berlaku ketika perebutan jawatan perdana menteri antara Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin.
“Kami tandatangan untuk beri kepada Muhyiddin tetapi tidak ada apa-apa balasan diberikan. Kami tanda tangan untuk dia, tandatangan sokong dia.
“Tetapi Muhyiddin tidak jadi PM, kami kemudian pergi kepada PMX,” katanya.
Rubin kemudian memberi gambaran dia tidak cenderung kepada Muhyiddin walaupun menyokongnya sejak sekian lama.
“Sebelum ini, Muhyiddin, dua setiausaha, beri pada orang lain. Saya sudah lama jadi orang dia tetapi dia bagi pada orang lain,” katanya tanpa mengulas lanjut.
Rubin kemudian bercakap tentang  “seseorang yang kembali” ke Sabah dan menyuruhnya meminta batu arang. 
Malaysiakini difahamkan ia merujuk kepada anggota keluarga yang dekat.
“Dia buat cadangan semasa kerajaan BN. (Bekas ketua menteri) Musa Aman tak kasi. Kami sudah minta.
“Ini bukan baru, kan? Tanya anak saya. Dia cadang sudah lama, itu syarikat kami,” katanya sambil mengeluh betapa sukar era Musa.
Merujuk kepada era Hajiji, Rubin berkata: “Waktu Hajiji, kami minta dia tandatangan. Saya minta dua.
“Dua, sudah lama kami tunggu ini barang. Jadi dia bagi satu. Dia cakap pada saya, satu cukuplah. Saya kata OK, cukup. Syukur dengan apa yang dia bagi,” katanya.
Hajiji NoorDalam bab kedua video itu, pembocor maklumat bercakap berkaitan “pengambilalihan lesen”.
Ketika ini sudut kamera bertukar. Wajah Rubin tidak nampak sepenuhnya.
Pembocor maklumat itu berkata jika lesen itu hendak diambil alih, ada dua isu perlu ditangani.
“Satu, Datuk kena jamin kita boleh masuk.  Kalau tak boleh masuk, macam mana? Itu lesen tak guna.   
“Yang kedua, kita ambil alih itu lesen, kena tukar company (syarikat). Sebab saya ada check (periksa) Datuk punya company itu, saya ada check, saya nampak dua anak Datuk punya nama di situ.  
“Tapi sebelum itu, bulan tiga, Datuk punya nama. Bulan empat itu, Datuk punya nama. Datuk letak jawatan,” katanya.
Rubin menjelaskan dia letak jawatan kerana dilantik sebagai pengerusi Sedco.
“Tetapi saya terpaksa letak jawatan. Sebab KM (ketua menteri) yang lantik saya menteri punya status.
“Apa yang ada pada menteri, semua saya dapat.  Gaji menteri apa semua ada,” katanya.
Rubin kemudian meminta cadangan daripada pembocor maklumat itu.
“Kami beli RM3 juta,” jawab ahli perniagaan itu.
“Kami beli semua RM3 juta. Kami mahu kuota saja, kuota untuk lesen. Kami tak mahu beli syarikat.
“Tetapi Datuk kena jamin kami boleh masuk kawasan itu…” 
Dia bagaimanapun dipotong sebelum habis bercakap.
“RM3 juta? RM3 juta? Itu saja? Buang masa saya,” kata Rubin.
Sementara itu, Rubin ketika dihubungi Malaysiakini enggan mengulas perkara itu atas alasan perkara itu mungkin akan sampai ke mahkamah.
Malaysiakini sudah menghubungi Hajiji berkaitan dakwaan itu dan sedang menunggu maklum balasnya.
Semalam Hajiji berkata akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berhubung rakaman video berkaitan dakwaan rasuah,  namun mahu "pemberi rasuah" ditangkap dulu.
"Itu pemberi rasuah ada niat tidak baik untuk dapatkan sesuatu daripada kerajaan, apabila tidak dapat, inilah keluar (rakaman),” katanya.
- Mkini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/11/minta-2-dapat-1-lagi-pendedahan-video.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Rasuah Pemberi Maklumat Hantar Surat Pada Pm Kait Pemimpin Tertinggi Negeri

Video Rasuah Pemberi Maklumat Hantar Surat Pada Pm Kait Pemimpin Tertinggi Negeri

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 108 hits
RK AnandPemberi maklumat yang memiliki bukti video berhubung skandal rasuah yang didakwa melibatkan beberapa ahli politik telah menghantar surat rasmi kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim meminta diberi perlindungan sebelum membuat laporan ...
Video Adun Bincang Rasuah Pemberi Maklumat Minta Perlindungan Sprm

Video Adun Bincang Rasuah Pemberi Maklumat Minta Perlindungan Sprm

papar berkaitan - pada 9/11/2024 - jumlah : 150 hits
RK AnandSekurang kurangnya lapan rakaman video mengaitkan beberapa Adun yang didakwa membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit yang diberikan kepada mereka sebagai balasan untuk mendapatkan projek di sebuah negeri Ini termasuk mere...
Viral Adun Rasuah Pemberi Maklumat Hantar Surat Kepada Pmx Khutbah B

Viral Adun Rasuah Pemberi Maklumat Hantar Surat Kepada Pmx Khutbah B

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 112 hits
Pemberi maklumat yang memiliki bukti video berhubung skandal rasuah yang didakwa melibatkan beberapa ahli politik telah menghantar surat rasmi kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim meminta diberi perlindungan sebelum membuat laporan SPRM Sur...
Eksklusif Saya Ketua Menteri Kamu Ceo Pemberi Maklumat Dedah Vide

Eksklusif Saya Ketua Menteri Kamu Ceo Pemberi Maklumat Dedah Vide

papar berkaitan - pada 12/11/2024 - jumlah : 101 hits
Dalam perkembangan terbaru dakwaan skandal rasuah seorang pemberi maklumat mengeluarkan video tambahan di samping lapan video perbualan rasuah melibatkan lapan ahli politik Menurut pemberi maklumat itu video itu dikeluarkan untuk perhatian ...
Sprm Bidas Helah Pemberi Maklumat Kes Rasuah Adun Sabah

Sprm Bidas Helah Pemberi Maklumat Kes Rasuah Adun Sabah

papar berkaitan - pada 16/11/2024 - jumlah : 103 hits
FMT ReportersAzam Baki berkata Akta Pemberi Maklumat 2010 hanya diberi kepada mereka yang tidak melakukan salah laku dalam sesebuah kes Azam Baki berkata SPRM tidak boleh memberikan imuniti kepada individu mendakwa menjadi pemberi maklumat ...
Skandal Rasuah Pemberi Maklumat Lapor Polis Dakwa Diugut Bunuh

Skandal Rasuah Pemberi Maklumat Lapor Polis Dakwa Diugut Bunuh

papar berkaitan - pada 12/11/2024 - jumlah : 102 hits
Malaysiakini nbsp Pemberi maklumat skandal rasuah yang menarik perhatian ramai sejak beberapa hari lalu membuat laporan polis kerana mendakwa dia menerima ugutan bunuh Menurut laporan polis yang dibuat malam tadi pemberi maklumat terbabit b...
Klip Audio Dakwaan Adun Terima Rasuah Terbongkar Terkini Pemberi Maklu

Klip Audio Dakwaan Adun Terima Rasuah Terbongkar Terkini Pemberi Maklu

papar berkaitan - pada 12/11/2024 - jumlah : 98 hits
Pemberi maklumat yang baru baru ini mendakwa ada memiliki bukti video berhubung skandal rasuah melibatkan lapan Adun berkongsi satu rakaman audio kepada Malaysiakini di mana seorang ahli politik dikatakan membincangkan rasuah yang diteriman...
Video Rakyat Malaysia Terus Serbu Siam Beratur Panjang Di Pintu Sempadan

Video Rakyat Malaysia Terus Serbu Siam Beratur Panjang Di Pintu Sempadan

papar berkaitan - pada 1/11/2024 - jumlah : 563 hits
nbsp Tangkap layar video rakyat Malaysia beratur panjang untuk masuk ke Thailand untuk bercuti sempena cuti sambutan Deepavali BUKIT KAYU HITAM Rakyat Malaysia terus berpusu pusu masuk ke Thailand untuk bercuti sempena Deepavali pada esok y...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip