Mingki Telefilem Menarik Yang Mengajar Tentang Erti Kasih Sayang Penuh Pengajaran
Rupanya telefilem Mingki ni pernah ditayangkan pada tahun 2019, dislot cerekarama TV3. Ehhh, cikla je ke yang baru tengok malam semalam ke korang pun sama ada yang first time tengok? Menarik jugak citernya. Gigih jugaklah tengok sampai habis. Hihi. So, cikla nak share sikitlah apa kisahnya telefilem Mingki ni.
Mingki, telefilem menarik yang mengajar tentang erti kasih sayang penuh pengajaran.
Al-kisahnya telefilem ni berkisarkan tantang Nek Mah lakonan Hajjah Fauziah Nawi yang duduk kat kampung bersama kucing kesayangannya bernama Mingki. Jirannya, Mak Teh lakonan Hajjah Norlia Ghani selalu menjenguk Nek Mah dan bertanya khabar. Senang kata segala masalah dan 'keresahan' hati Nek Mah diluahkan kepada Mingki dan Mak Teh. Maznah lakonan Farahdiya berkahwin dengan Rahman, lakonan Zamarul Hisham yang sebelumnya rapat dengan Nek Mah dan selalu membantunya.
Namun begitu, sikap Maznah semakim berubah sejak berkahwin. Selepas itu beberapa ketikanya, Maznah berpindah tinggal ke Kuala Lumpur kerana bekerja di sana dan pulang menjenguk suami dan ibunya bila cuti. Menantunya si Rahman yang tinggal bersama Nek Mah kerana tak sampai hati melihat Nek Mah tinggal bersendirian walaupun diajak oleh Maznah tinggal bersamanya di Kuala Lumpur.
Oh ye, Rahman pulak mengalami kemalangan dan salah satu tangannya gagal berfungsi dengan baik. Jadi, dia pun berhenti kerja kerana kerja yang dia buat sebelum ni tak sesuai dengan keadaannya itu dan hanya duduk dirumah.
Berbalik kepada kisah si Mingki, suatu hari selepas solat Subuh Nek Mah mendapati Mingki mati. Rentetan dari kematian Mingki, Nek Mah mengalami kemurungan seperti dia kehilangan anaknya dulu. Rahman yang melihat keadaan ibu mertuanya itu berasa kesian sebab Nek Mah tak seceria dulu. Disebabkan itu, dia menghadiahkan Nek Mah seekor kucing yang sebijik macam rupa si Mingki. Nek Mah kembali ceria dan menamakan kucing barunya itu dengan nama Mingki, sama macam nama kucingnya yang dah mati tu.
Namun, tindakan Rahman membeli kucing untuk Nek Mah mengundang rasa kurang senang Maznah sebab si Maznah ni rasa suaminya telah membazir duit pampasan yang tak seberapanya itu untuk 'benda' yang tak berfaedah. Rahman kata takpelah, asalkan ibu mertuanya itu kembali happy macam tu.
Tu la orang kata kan, kalau kita happykan orang yang kita sayang, tak kedekut, pemurah, tak berkira, Allah mesti memberikan kita rezeki dari sudut yang lain kan? Macam si Rahman, awalnya dia ada buat bisnes online namun rezeki dia bisnesnya bertambah baik dan berjaya dengan jayanya. Rezeki tak pernah salah alamat kan dan Allah pun dah kata tak kan miskin untuk mereka yang pemurah.
Kiranya telefilem ni happy ending la. Anak anak Nek Mah sedar dengan kesilapan mereka yang hanya sibuk mengejar harta dunia. Apa yang sebenarnya, ibu dorang ni hanya nakkan perhatian dan kasih sayang anak anak dia je. Tu sebab dia meluahkannya pada si Mingki. Maznah pulak berhenti kerja di KL dan balik semula ke kampung tinggal bersama suami dan ibunya. And they live happily ever after. Gitu la kata orang putih. Haha.
Pada cikla pengajaran yang kita boleh amik dari kisah ni. Hargailah ibu bapa kita selagi mereka masih ada, nanti bila dah takde jangan pulak nak menyesal. Dorang ni bukan nak sangat duit ringgit anak anak, tapi yang mereka mahukan hanyalah secebis perhatian dan kasih sayang kepada mereka. Gembira bersama anak cucu. Itulah cara mereka menghabiskan sisa sisa usia senja mereka. Anak anak pulak bila dah senang janganlah mudah lupa diri. Ingat sapa selalu mendoakan kita. Sayangi mereka, jangan sia siakan mereka.
Cikla bagi 9.5/10 untuk telefilem ni. Best
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ciklapunyabelog.blogspot.com/2023/06/mingki-telefilem-menarik-yang-mengajar.html