Mindarakyat Tidak Dikemaskini Sila Ke 1 Media Https Www 1media My
http://www.1media.my
Assalamulaikum wm. wbt.
dan Salam Sejahtera...
Selepas PRU-10 (1999), laman TranungKite Online (TKO) http://www.tranungkite.net dilancarkan. Laman ini telah menjadi sumber untuk beberapa PRU iaitu PRU-11 (2004), PRU-12 (2008) dan PRU-13 (2013). Laman TKO dan DetikDaily http://www.detikdaily.net telah ditamatkan pada ditutup pada pertengahan tahun 2017 dan laman MindaRakyat mengalih tugas ini untuk PRU-14 (2018) dan laman MR ditamatkan sehari selepas PRU-14.
Untuk PRU-15 (2022) ini sila ke laman 1 Media http://www.1media.my Insya-Allah laman ini akan dikemaskini 30 minit sekali sehingga PRU-15 selesai...
Abbas Mohd Noor
Ketua Editor MR
..........................................................
Sejarah MindaRakyat
MindaRakyat asalnya adalah "Polong-Cyber" dan juga mengguna nama "Jembalang" yang dibina atas tapak server Tripod kini Lycos secara percuma.
MindaRakyat, M@rhein dan Tranungkite dilahirkan atas tapak server Tripod zaman era reformasi sekitar 1998. 20 laman web reformasi dan pembangkang ketika itu dibuang tanpa sebarang notis atau tanpa penjelasan daripada Tripod.com dikatakan ada kaitan dengan dasar sekatan Dr Mahathir Mohamad yang cuba mengawal dan mengekang media pada ketika itu.
Malaysiakini ada menyiarkan berita ini pada 19 Mac 2001 (sila baca di sini)
The reformasi websites involved include Mahafiraun , Komentar , Pemantau , Minda Rakyat , Debat 2020 , NT (anti) Zalim , while the political websites include Harakah Daily (mirror site), Detik Daily (owned by Penerbitan Pemuda company), and those of Pemuda Keadilan, PAS Parit Buntar, Perak and three Tranung Kite sites (operated by PAS Dungun, Terengganu).The webmasters concerned, too, have contacted Tripod to enquire about the termination of services, but have yet to receive any information on the matter.
Selepas itu 20 laman tersebut terumbang ambing menggunakan bermacam-macam tapak server free dan ada yang terpaksa menutup operasinya kerana serangan 'hackers' tajaan BN dan lain-lain tekanan terrmasuk DDos.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mindarakyat.net/2022/10/mindarakyat-tidak-dikemaskini-sila-ke-1.html