Minda Seorang Affiliate Yang Mahu Berjaya
Nak buat bisnes apa-apa pun, mentaliti adalah faktor penting kejayaan seseorang.
Dalam bisnes Affiliate, mentaliti yang betul akan menentukan sama boleh berjaya atau tak seorang Affiliate itu
Kesabaran
Sabar adalah sikap yang penting dalam Affiliate. Jika anda tertarik nak buat Affiliate semata-mata kerana nak income yang banyak seperti seorang yang berjaya dalam Affiliate..anda perlu betulkan semula mentaliti itu
Setiap Affiliate yang dah berjaya telah melalui proses sebelum mereka mencapai kejayaan..biasanya proses ini banyak yang pahit dan susah..Orang biasanya tak mahu tahu pun kisah pahit..mereka cuma nampak yang manis saja..komisen hari-hari masyuk
Sanggup Belajar
Nak jadi Affiliate, kena sanggup untuk belajar benda baru, contohnya anda nak promote ebook Tabao..Ebook ini cerita pasal cara nak beli barang murah di luar Negara..contohnya CHINA.
Tapi anda tak pernah pun ada pengalaman membeli daripada luar negara..Ketika ini anda perlu belajar macam mana nak beli borong barang daripada China
Anda kena ingat, Affiliate adalah proses untuk rekemenkan sesuatu kepada orang lain. Kalau anda sendiri pun tak pernah order barang daripada luar negara, macam mana anda nak sahkan ebook ini betul-betul berkesan untuk anda.
Perlu Kreatif
Bagi Affiliate yang baru mula, biasanya mereka akan ambil langkah mudah iaitu copy dan paste konten orang lain. Perkara ini berlaku sebab mereka takda pengetahuan tentang produk Affiliate
Mungkin disebabkan perasaan malas untuk belajar tentang produk yang dipromosikan, mereka hanya copy dan paste mengharapkan ada orang buat belian.Affiliate yang baik perlu kreatif dalam buat konten.
Itulah yang akan membezakan Affiliate yang hebat dan yang baru belajar.
Fokus pada Matlamat
Perkara ini memang sering terjadi dikalangan orang yang mencari peluang untuk tambah income. Mereka mudah terikut-ikut dengan orang lain...
Bila tengok ramai yang berjaya dengan FOREX..dia masuk FOREX
Bila tengok Affiliate boleh dapat 5 angka..dia pindah buat Affiliate pulak
Suka melompat ke sana sini sebelum ada hasil
Affiliate yang berjaya pula akan fokus kepada matlamat mereka iaitu nak berjaya dalam Affiliatye
"Kalau orang lain boleh berjaya dalam Affiliate..Aku pun boleh"..inilah mentaliti yang betul
Perlu keluar modal
Ada yang cakap buat Affiliate ni tak perlu modal. Sejujurnya saya kurang setuju dengan kenyataan ini. Untuk kekal dalam Affiliate..akan perlu keluar modal untuk melabur untuk ilmu
Sebelum anda nak syorkan ebook atau produk fizikal kepada orang lain,anda perlu tahu apa yang terkandung dalam ebook itu terlebih dahulu atau dah ada pengalaman guna produk fizikal tersebut..jadi anda perlu keluar duit beli dulu..kemudian baca dan guna.
Disitu pun dah ada modal..kalau anda tak berani nak keluarkan modal, saya berani jamin anda tak pasti nak cerita apa kepada prospek nanti.
Saya ada buat 2 Affiliate ni
Affiliate Int3mall - rasa dulu produk Int3mall baru senang nak share
Affiliate MTWG - akan dapat perlindungan PA Kemalangan sehingga 50K percuma
Jika anda serius dalam Affiliate Marketing, anda mesti simpan alamat email prospek..nak simpan mesti guna autoresponder..
Autoresponder yang percuma selalu ada limited function..dan selalunya tak banyak email boleh simpan..
Nak tak nak kena bayar juga setiap bulan...Ini termasuk dalam modal juga. Jadi, kalau kata buat Affiliate tak perlu modal tu tak berapa betul.
Penutup
Affiliate ni mesti kena ada minat. Hasil gabungan minat dan mentaliti yang betul, saya yakin anda boleh jana income yang stabil dengan Affiliate
Affiliate memerlukan kesabaran. Bukan benda mudah..buat harini esok terus dapat hasil..Anda perlu sabar dan bertahan
Teknik Affiliate Zero Cost Marketing
Perkara yang akan menentukan anda berjaya atau tidak dalam Affiliate adalah trafik.
Jika anda guna blog, jumlah pelawat ke blog anda sangat penting..semakin ramai pelawat..makin tinggi lah komisen yang bakal anda dapat
Trafik memang susah nak dapat..bagi anda yang guna teknik SEO..ianya perlukan masa sebelum dapat ranking tertinggi..dapat first page..
kalau guna iklan berbayar..perlu keluar modal lagi
Best tak kalau boleh dapat trafik tanpa perlu tunggu lama, tak perlu bayar..Mari saya kongsikan kepada anda teknik zero kos marketing iaitu teknik kolam
Rakan saya berjaya jana RM6000 sebulan dengan hanya guna teknik kolam.
BACA DISINI
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kerja-simple.blogspot.com/2023/09/minda-seorang-affiliate-yang-mahu.html