Minda Melayu Banyak Di Kampung Dan Kawasan Pedalaman Lepas Tu Dengki Atas Kejayaan Orang Lain
MMMS
Masalah yang orang kita selalu abai ialah ingat pendidikan adalah satu beban. Sebenarnya pendidikan adalah satu pelaburan untuk masa depan anak-anak. Jangan bising kalau orang lain berjaya tapi kita nak menabung di SSPN-i pun masih lagi berkira. Rim kereta atau graphic card baru tak boleh tolong anak kita lagi 15 tahun, tapi pendidikan boleh.
Demi pendidikan saya sanggup habiskan gaji yang hanya dalam 1k pada waktu itu untuk bayar yuran KUMON anak-anak pada tahun 1990an. Satu subjek 120 ambil 2 subjek Maths dan English. Sekali hantar 3 orang anak dari Darjah 1 sampai darjah 6. Bayangkan berapa banyak habis untuk pendidikan. Tak termasuk yuran tuition yang lain sebab walaupon mak guru tapi ajar anak terus tukar jadi mak singa 😂
Sebab pendidikan sanggup buat master secara part time. Satu sem masa tu 3k plus tak masuk duit bayaran yg lain-lain. Memang tak tukar spenda pon masa tu. Loan rumah dan keta pon asik tertunggak 🤣
Sebab pendidikan sanggup bayar yuran PhD sebanyak 60k termasuk yuran, tiket kapal terbang, yuran conferens, buku, fotostat etc. Semua dari poket sendiri. Siap korek tabung anak, ASB dan Tabung Haji 🥹
Sebab pendidikan sanggup hantar anak uni swasta kecuali Danial yg fully sponsored by JPA keluar negara. Bukan x dapat tawaran IPTA tapi sebab tak dapat tawaran bidang yang diingini. Kita masuk uni bukan semata nak tunjuk org masuk uni tp kena ada matlamat dan minat juga. Jadi jgn cakap masuk uni pon tak ada kerja juga. Salah tu. Betulkan niat dulu 🙏
Tapi sekarang bila tengok balik semula pencapaian diri sendiri dan anak-anak yang bekerja dengan syarikat multinasional berbaloi lah setiap sen yang dikeluarkan. Gaji mereka pon dah lebih dari gaji Mama yg dah kerja puluh tahun.Tak adalah kaya-raya tapi tak pening pikir pasal duit dah 😂
Dr Norwida
Pendidikan adalah satu pelaburan. Jadi jangan pertikaikan apa pendidikan boleh buat untuk kita. Ni ada nak bayar yuran PIBG pon berkira 😂
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2022/12/minda-melayubanyak-di-kampung-dan.html